Bab 19

23.5K 2K 239
                                    

                         MENATANG dulang yang diisi dengan semangkuk Shin Ramyun, segelas air susu dan segelas lagi ais suam, Hawa meniti anak tangga menuju ke tingkat atas. Setiba sahaja di hadapan pintu yang berada di tengah, Hawa mula mengetuk tanda kehadirannya.

"Makanan dah siap. Encik nak saya letak dekat mana?" soal Hawa, sedikit menjerit. Manalah tahu Luth tidak mendengar suaranya daripada luar.

"Masuk!" arah Luth, tegas daripada dalam bilik. Hawa mengangguk kepala tanda faham. Lantas, sebelah tangannya memulas tombol pintu lalu dikuaknya. Apabila dia memasuki ruang bilik yang luas itu, dia agak sedikit terkejut melihat Luth yang hanya mengenangkan singlet berwarna hitam bersama seluar tracksuit. Menampakkan tubuhnya yang tegap dan maskulin sedang berkeringat. Tatkala Luth pula terus menumbuk dan menendang punching bag yang tergantung di sebelah kanan biliknya berkali-kali dengan menggunakan glove boxing pada kedua belah tangannya. Makin lama semakin kuat dia memukul seperti melepaskan semua amarah yang terbuku di hatinya.

Hawa pula masih lagi berdiri kaku menyaksikan perbuatan Luth.

"Arghh!!" jerit Luth sekuat hati bersama tumbukan paling kuat yang dilepaskan pada punching bag itu buat kali terakhir. Luth berhenti memukul. Nafasnya Kina lelah. Terbongkok-bongkok dia melepaskan penat. Dada bercampur baur dengan seribu rasa. Puas kerana dapat melepaskan tekanannya, dan penat apabila seluruh tenaganya dilepaskan pada punching bag ini. Setelah beberapa minit dia mengambil nafas, Luth kembali menegakkan badan. Dia melemparkan pandangan ke sisi memandang Hawa yang tercengang seperti patung. Sedikit pun tidak berkelip menatapnya.

"Hawa..." panggil Luth, termengah-mengah.

Hawa masih lagi berdiri kaku.

"Hawa..."

Tetap tidak bergerak.

"Hawa!!"

"Oi bapak kau handsomenya! Eh? Astaghfirullah hal Azim..." pantas Hawa menundukkan pandangan setelah dia sedar daripada lamunan. Dia menggigit bibir, menahan malu. Ya Allah, apa aku cakap tadi?

Luth mengerut kening. Kurang jelas mendengarnya. "Kau cakap apa?"

Terpinga-pinga Hawa mengangkat muka memandang Luth. Dia pantas menggeleng kepala tanda tiada apa-apa dengan sengihan yang menampakkan gigi putih berseri-seri. Alhamdulillah, dia tak dengar apa yang aku cakap tadi. Ku bersyukur padaMU ya Allah! jerit Hawa di dalam hati.

Luth mengangkat sebelah keningnya. Ya ke? Aku rasa seperti aku terdengar perkataan sesuatu tadi daripada mulut dia. Ah, mungkin aku salah dengar.

"Letak makanan dekat situ." arahnya, tidak keras dan tidak dingin. Lembut sahaja sambil dia menunding jari ke arah meja kopi yang berada di tengah ruang bilik. Berdekatan dengan sebuah rak buku yang besar. Tak sangka ulat buku juga si Luth ni. Kebanyakan buku-buku yang berada di rak itu adalah tentang keusahawanan. Kagum pula Hawa melihat. Tak sangka perangai dingin mamat ni pun minat hal bisnes. Ini kalau jadi bos, mahunya semua pekerja kecut perut sebab dapat bos yang tegas.

"Baik." Hawa menurut arahan. Dia mengangguk kepala, lantas mengatur langkah menuju ke meja kopi yang ditunjukkan. Dia meletakkan dulang itu ke atas meja. Lalu memusing ke belakang, memandang Luth yang sedang menanggalkan glove boxing.

"Encik memang selalu berlatih boxing ke?" soal Hawa, sengaja dia ingin tahu. Lihat cara Luth memukul tadi nampak seperti sudah mahir.

Luth menggeleng kepala. "Tak. Boxing ni cuma tempat aku lepaskan geram sahaja. Selagi aku tak dapat nak tumbuk muka orang tu, baik aku tumbuk benda alah ni." ujarnya.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Donde viven las historias. Descúbrelo ahora