51

26.7K 2.2K 898
                                    

                            MATA Malik terbuka. Mimpinya lebur bila wajah disimbah dengan air. Dia terbatuk. Kasar. Nafasnya tercungap-cungap. Dadanya naik turun cuba membendung alunan nafas yang tak menentu. Pedih dalam rongga hidung. Naik pula kepala. Dia buka mata. Duduk bersandar pada dinding. Kedua belah kakinya melunjur ke hadapan dengan kaki tangan terikat. Bila dia cuba leraikan, tali tersebut menggigit kulitnya. Tak bagi untuk dia melawan.

"Arghh..." Malik mengerang sakit tatkala seluruh sendi dan tulang-temulangnya sengal berbisa. Pukulan semalam memang kuat sehingga pengsan dia dibuatnya menahan sakit. Dia melemparkan pandangan ke segenap bibir. Tertelan air liur Malik saat melihat  puluhan jenis senjata api.

Di kabinet, di rak pameran, di atas meja, di dalam laci, segala jenis senjata di susun dengan kemas dan rapi. Daripada jenis Hand guna, shot gun, rifle, sniper sehinggalah kepada koleksi pisau, semua di pamerkan dengan jelas.

"Hei, pandang sini!" dagu Malik ditarik kasar menghadap muka Tan Sri Adam Lim yang mencangkung ditepinya. Malik menjerit kecil. Boleh patah leher jika selalu dikasari begini.

"Kau siapa?"

"Penting ke untuk kau tahu aku siapa? Bukannya kau boleh call polis pun untuk minta bantuan. Kenapa? Kau takut mati?" sindir Tan Sri Adam Lim.

Malik tunduk. Liur ditelan. Siapa je yang tak takut mati? Lebih-lebih lagi duduk di dalam bilik yang penuh dengan senjata api yang mungkin akan memakan dirinya tak lama lagi. Lelaki tua itu ketawa. Wajah Malik ditunjal dengan geram.

"Aku ingatkan kau ni kuat sangat? Tapi sama je macam bapak kau. Penakut! Pengecut! Dah lama aku tahan je tengok perangai kau berdua. Anak dengan bapak sama menyetan! Suka jatuhkan maruah orang lain!"

"Kalau bapak aku buat masalah sekalipun apa kena mengena dengan pak cik macam kau huh?!"

"Hey!" rahang Malik dicengkam kasar. Memaksa lelaki itu mendongak memandang mukanya kembali. Malik mengerang sakit.

"Kalau nak diikutkan hati aku, nak sahaja aku belah mulut kau ni. Boleh tahan bangsat macam mulut bapak kau tahu tak?! Kau tanya aku apa kena mengena? Kau pandang muka aku ni, selepas tu kau cuba cari ada tak kena mengena sikit dengan bapak kau? Tengok!!"

Muka Tan Sri Adam Lim diamatinya. Daripada mata hinggalah ke bibir. Walaupun usia sudah meningkat, namun wajah orang tua itu tetap nampak seperti muda. Hanya rambut sahaja yang sedikit beruban putih. Bila diperhatikan muka itu lama-lama. Baru Malik perasan sesuatu.

"Ma... Macam Luth..."

"Bingo! Tepat sekali. Kau memang pandai." Tan Sri Adam Lim ketawa. Ditampar wajah Malik berkali-kali, memuji kepandaian Malik meneka maksudnya.

"Finally. Kau dah tahu apa kena mengena aku dengan bapak kau. Termasuk sekali satu family kau. Kecuali Kalsum. Dia sahaja yang aku respect sebab dia seorang ibu yang baik. Not like your father, such a shit! Agak-agaknya lah kan..." pisau rembo dikeluarkan daripada belakang seluarnya. Sengaja dia bermain-main dengan pisau itu di wajah Malik. Malik sudah menggeletar ketakutan. Lihat ketajaman pisau itu pun dah buat dia kecut perut, apatah lagi jika ia tertusuk ke muka.

"Jangan..." rayu Malik. Dia menggeleng kepala perlahan.

"Kalaulah Luth tahu yang Sumaiyah mati ditangan kau, apa dia akan buat agaknya ya? Dengan Hawa pun, dia dah macam nak naik gila bila tengok isteri dia terluka. Apatah lagi bila ditambah pula dengan kes lama kematian Sumaiyah? Even Mayah tu bukan anak aku, aku faham perasaan dia dapat abang perangai macam lahanat ni!"

"Di... Dia takkan bunuh aku..."

Tan Sri Adam Lim ketawa. Tergeleng-geleng kepalanya mendengar. "Macam mana kau tahu yang dia takkan bunuh kau?"

"Sebab aku abang dia, dia takkan bunuh aku! Lagipun, dia dah ada isteri. Hawa takkan sokong apa yang dia akan buat!"

"Okay, we will see. Aku takkan bunuh kau, jangan risau. Aku nak serahkan semua ni pada Luth, sebab dia yang kena hadap perangai tak semegah kau. Bukan aku. And lagi satu, tentang budak-budak dekat rumah kebajikan anak yatim Murni tu. Aku akan laporkan pada pihak polis nanti. Tak sangka, jahat sungguh kau dengan perempuan bertudung tu kan? Sanggup rogol dan bunuh, semata-mata untuk kepuasan diri sendiri. Dahsyat... Dahsyat..."

Malik tersenyum sinis. "Kau takkan ada buktilah, orang tua!" sindirnya.

Tan Sri Adam Lim ketawa kecil. "Tak ada bukti, tapi ada saksi. Kau ingat lagi Ain? Ingat? Budak tu belum mati. Dia masih bernyawa waktu kau tanam dia. Lepas sahaja kau dengan perempuan tu pergi, Aku terus korek tanah tu dan bawa dia ke hospital. Sekarang budak tu tengah koma sebab kekurangan darah dalam badan! Mujurlah kau tak kerat dia macam kau kerat budak lagi seorang tu, siapa nama dia? Errmm... Zulaikha? Ya, Zulaikha. Sanggup kau keluarkan janin budak tu yang lahirkan anak kau sendiri. Kau memang betul-betul kejam!"

"Tu bukan masalah kau lah sial!"

"Apa?"

"Arghh!" Malik menjerit kecil saat pisau itu ditekan ke pipinya.

"Kau cakap aku apa? Sial? Habis perangai kau tu baik sangat huh? Aku paling pantang kalau lelaki macam kau ni merendah-rendahkan maruah kaum perempuan, kau tahu? Pantang sangat! Kau fikir bila kau jantan kau boleh rosakkan semua perempuan dalam dunia ni, huh?! Kau ingat kau hebat sangat?! Kau dengan bapak kau sama je jahat! Pentingkan diri sendiri! Aku terkejut sangat, Malik. Kau nak tahu tak sebab apa?"

Malik hanya mendiamkan diri. Menanti sambungan yang Tan Sri Adam Lim ingin berkata. "Sebab bila aku siasat balik pasal kes Sumaiyah, aku dapat tahu yang Sumaiyah tu dah lama tak ada dara sebelum kau sentuh dia lagi. Agak-agaknya kerja siapa ya?"

"Apa maksud kau ni?"

"Sebab tu aku kata, kau dengan bapak kau sama. Jiwa aku pula ada dalam diri Luth. Kau nampak je Luth tu senang kena pijak, jenis manja dengan isteri, tak pukul Hawa. Tapi bila kau kacau isteri dia, macam kau dah kacau harimau yang tengah tidur kau tahu tak? Apa-apa pun aku terserah dekat dia apa yang dia nak buat. Tapi aku tak yakin yang dia akan lepaskan kau setelah dia tahu hal yang sebenar. Mati je ayat sesuai dengan kau." sinis tan sri Adam Lim. Kepala Malik ditujah sehingga kepala lelaki itu terteleng ke tepi. Dia kembali berdiri. Pisau rembo itu diletakkan ke atas meja yang penuh dengan koleksi pisau.

"Sampai masa yang sesuai, baru aku akan bagi kau dekat Luth. Sekarang, aku nak dia kejar impian dia dahulu. Jadi kaya dan buat isteri dia bahagia. Lepas dia dah berjaya, kau lah akan jadi hadiah untuk dia. Faham?"

"Kau tak boleh buat aku macam ni! Kau tak boleh bunuh aku!" jerit Malik. Dia mula cemas. Tubuh digeraknya cuba untuk memboloskan diri daripada terikat, malangnya perbatuan itu sekadar sia-sia. Tan Sri Adam Lim terus melangkah keluar daripada bilik itu. Pengawal peribadi yang menjaga di kiri dan kanan pintu itu lantas menutupnya dengan rapat apabila Tan Sri Adam Lim sudah pun keluar. Siap dikunci kemas lagi. Jelas di pintu itu ada papan tanda yang bertuliskan Torture Chamber. Bilik yang berada di tingkat bawah tanah.

"Tan Sri nak bagi dia makan ke?"

"Ermmm... Yes. Saya nak dia bertahan lama. Tapi jangan bagi dia makan banyak. Sikit je. Biar dia tahu erti seksa tu macam mana?"

"Baik, Tan Sri."

"And one more thing, tolong arahkan housekeeping untuk kemaskan rest house.  Saya ada pekerja baru tak lama lagi." ujar Tan Sri Adam Lim. Salah seorang pengawal di situ mengangguk kepala tanda menuruti arahan.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now