Bab 12

26K 2.1K 595
                                    

                     MALIK tersenyum menyenget. Dia meletakkan tablet miliknya itu ke tepi, lantas bangun daripada sofa yang menjadi tempat dia melabuhkan punggung sebentar tadi. Setapak demi setapak dia melangkah menghampiri Hawa yang berada di sisi Luth. Hawa sudah mula gelabah. Dia pantas menyorok di belakang tubuh lampai Luth. Malik berhenti melangkah, dia berhenti satu meter daripada mereka berdua. Kedua belah tangannya di silang ke belakang. Anak matanya hanya tertumpu memandang Hawa dengan pandangan yang penuh dengan maksud tersirat.

"Betul ke dia ni kawan kau?" soal Malik. Dia memandang Luth pula menantikan jawapan. Luth telan air liur. Lain macam sahaja soalan Malik kali ini. Seperti dia dapat menghidu sesuatu sahaja. Tak mengapa, Luth. Kau harus tenang dahulu. Bisik hatinya.  Dia menarik nafas panjang, lalu dihembus keluar.

"Haah. Kenapa? Ada masalah ke encik Malik?"

"Kalau macam tu... dia daripada mana?"

"Dari kampung. Dia datang sini nak cari kerja. Jadi aku cadangkan untuk dia kerja di sini. Aku pun boleh pantau dia. Takut apa-apa yang jadi. Almaklumlah, dia kan orang kampung. Tak tahu sangat selok-belok bandar KL ni." ujar Luth. Malik mengangguk kepala. Boleh tahan jawapan Luth. Pandai betul dia menyorokkan identiti sebenar wanita kampung itu.

"Then? Mana beg pakaian dia?" soal Malik lagi. Luth terdiam. Dia menoleh memandang Hawa. Hawa menggeleng kepala. Aku datang sini pun sehelai sepinggang. Mana datangnya beg pakaian? Luth mengatup mata sejenak. Dia tarik nafas lagi. Cuba untuk bersabar.

"Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal..." soal Luth, berbisik. Cukup untuk dia dan Hawa sahaja yang mendengarnya. Hawa menjongket bahu.

"Manalah saya tahu. Encik tak tanya pun."

"Habis takkan semua benda aku nak kena tanya kau? Kau lah yang kena bagitahu aku! Ish, nasib kau ni perempuan sahaja... kalau tidak dah lama aku humban kau dalam tasik tahu tak?!" Herdik Luth, perlahan. Kalau boleh hendak sahaja dia mengetuk kepala Hawa sekarang. Geram punya pasal! Kalau tidak, Boleh aku belikan pakaian untuk dia sebelum tiba di rumah ini. Sekarang nak jawab apa? Ergh!

Luth kembali memusing memandang Malik. Nampaknya lelaki itu masih lagi menantikan jawapan daripada Luth. Bukan Malik sahaja, malah Puan Kalsum dan Tuan Haji Zamani juga turut menoleh memandang Luth.

Luth buat-buat ketawa sambil menggaru telinga kirinya. "Ad... Ada! Ada. Cuma tertinggal dekat... err... homestay! Tadi nak cepat. Sampaikan lupa nak suruh dia ambil beg."

"Takkan pakaian sendiri pun boleh lupa nak bawa sekali?" soal Malik, menyindir.

"Biasalah. Orang nak cepat mesti akan terlupa benda penting." sampuk Puan Kalsum. Luth mengurut dada, lega. Mujur maknya turut membela jawapan yang dilemparkan tadi. Fuh, nasib baik!

Malik hanya mengangguk kepala. Tiada lagi soalan yang dia hendak tujukan kepada Luth. Sebaliknya, Malik hanya menayang senyuman penuh bermakna kepada Hawa yang masih lagi berdiri membelakangi tubuh adiknya. Hawa pantas melarikan anak matanya ke lain. Seolah-olah dapat membaca maksud disebalik satu senyuman itu. Sejujurnya, kalau boleh aku nak buka langkah seribu keluar daripada rumah ni sekarang juga! Tapi apakan daya, dah terlambat. Patutlah daripada tadi aku rasa tidak sedap hati sahaja apabila jejakkan kaki ke rumah ni.

"Eh, kenapa Hawa berdiri dekat belakang Luth tu? Jemputlah duduk. Jangan segan-segan, keluarga kami tak pernah lagi makan orang. Duduklah." pelawa Tuan Haji Zamani apabila melihat Hawa lama berdiri membelakangi Luth.

"Haah. Duduklah. Boleh kita kenal-kenal dulu sebelum mulakan kerja, tak ke begitu mak?" celah Malik. Dia memandang Puan Kalsum yang turut mengangguk kepala tanda setuju.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now