Bab 43

26.7K 2.2K 304
                                    

                       PULANG saja dari surau selepas menunaikan solat subuh, Hawa dan Luth melangkah perlahan melewati rumah-rumah penduduk di sini dan beberapa buah kedai runcit. Tersenyum simpul Luth memandang Hawa yang berada di sisinya dengan memakai telekung. Tipulah, kalau kata isteri sendiri tak comel.

Tangan kanan Hawa yang dari tadi bergerak ke depan dan ke belakang semasa berjalan terus digapainya. Lantas, Luth berpaling ke arah lain saat Hawa menunduk memandang tangannya yang dipegang erat. Nampak seperti pasangan yang serasi. Ceh! Nak pegang tangan pun masih nak berlagak macho lagi. Ejek Hawa di dalam hati. Tergeleng kepalanya memandang Luth. Dibiarkan sahaja tangan kanannya digenggam oleh suami.

"Awak, boleh tak nanti kalau awak beli barang dapur?" soal Hawa. Mula membuka topik. Dia lihat dapur di rumah itu kosong tiada barang. Kalau asyik mengharapkan makanan daripada luar sahaja, lagilah akan membazir. Baik masak sendiri di rumah.

"Kau nak aku beli apa?"

"Paling penting sekali awak kena beli tong gas. Selepas tu, beras. Bahan perencah awak belilah ikut suka hati awak. Saya tak kesah pun. Makan nasi dengan garam pun saya okay je. Saya cuma tak nak awak beli makanan daripada luar je selalu. Lagi membazir." ujar Hawa.

Luth tergelak kecil. Hidung mancung isterinya dicubit manja. "Iyalah tu, boleh makan nasi dengan garam. Kau ingat ni zaman batu huh?"

"Eh, betullah. Saya tak tipu. Awak ingat saya ni berasal daripada keluarga senang huh? Dulu, keluarga saya susah sangat-sangat. Kadang-kadang dua hari tak dapat makan. Dekat rumah pun cuma tinggal nasi, garam dengan minyak. So kami makan je lah dengan apa yang ada. Tapi, bila dah lapar. Makan apa pun jadi sedap, asalkan kenyang." ujar Hawa, bercerita panjang lebar tentang kenangannya bersama keluarga suatu ketika dahulu. Ha, rindu betul pada zaman itu. Mak dengan abah, sentiasa mengajar aku erti bersyukur dengan apa yang diberikan. Jadi, duduk di rumah yang kecil bersama Luth langsung tiada apa-apa masalah bagi aku. Seadanya aku terima.

Terangguk-angguk kepala Luth mendengar cerita. "Well... itu zaman kau dengan keluarga kau. Tapi aku takkan sesekali biarkan kau makan nasi dengan garam je. Aku dah janji yang aku nak jaga kau, Kan?"

"Memanglah awak janji. Tapi tak semestinya janji awak tu kena setinggi bulan dan bintang. Sampai awan pun dah cukup baik."

"Tapi aku akan usaha untuk capai semua tu." ujar Luth. Serentak langkah mereka berhenti di tengah jalan. Hawa berpaling memandang Luth, tersenyum lebar dia mendengarnya.

"Alolo... sweetnya suami saya yang seorang ni." puji Hawa d diengan gelak tawa. Dagu lincin lelaki itu dielusnya seperti seekor kucing yang ingin dimanja. Luth ketawa, geli. Dia pantas menarik tangan Hawa ke bawah, dan menggenggamnya. Kini anak mata mereka saling bertentangan. Lama.

"Hawa!"

terkejut Hawa apabila ditegur oleh Salmah yang kebetulan berselisih jalan dengannya. Daripada kening berkerut, kini pandangannya serta-merta bersinar. Salmah dan suaminya melangkah menghampiri mereka. Luth pula sudah tayang muka meluat sesaat melihat Firdaus. Mamat ni lagi... entah kenapalah aku menyampah sangat dengan suami si Salmah ni! Getus Luth, geram. Dia berpaling wajah ke arah lain. Tengok pokok lagi bagus.

"Macam mana duduk rumah tu, okay ke?" soal Salmah. Hawa mengangguk kepala.

"Alhamdulillah, okay je. Suami aku tak adalah merengek mana pun. Dia terima je apa yang ada dekat dalam rumah tu."

"Baguslah kalau kau cakap macam tu. By the way, aku ada beli barang sikit untuk Kauorang. Lupa pula yang barang dekat dapur tu dah kosong, jadi aku belikanlah barang-barang dapur untuk Kauorang." ujar Salmah. Hawa terlopong, terkejut.

"Ya Allah, kau ni... buat susah je."

"Tak apalah, bukannya selalu aku dapat bantu kawan aku ni. Anggap je sebagai sedekah. Okay? Kejap lagi aku suruh suami aku hantar dekat rumah kau." cadang Salmah. Pantas Luth menoleh kembali ke arah Salmah. Riak wajahnya jelas terkejut. Dipandang muka Firdaus dengan anak mata ke bawah dan ke atas. Ish, menyampah betul aku! Muka sudahlah macam ada iras-iras Malik je.  Pandai-pandai isteri dia sahaja nak suruh suami dia hantarkan barang ke rumah.

"Hei, apa pula hantar dekat rumah? Kalau aku tak ada masa suami kau ni hantar barang macam mana?" soal Luth, dingin. Dia menjeling tajam ke arah Firdaus.

"Ish, jangan risaulah. Bukannya suami saya nak goda Hawa pun."

"Manalah aku tahu. Kauorang kan bestfriend for ever, semua benda nak buat sama-sama. Pergi tandas sama-sama, kalau boleh suami pun nak sama!" gumam Luth. Dia berpaling ke arah lain. Hawa yang mendengarnya buat-buat ketawa. Pantas pinggang Luth menjadi sasaran cubitannya. Luth mengaduh sakit. Kecil sahaja dia memandang Hawa. Nasib baik isteri sahaja, kalau tidak dah lama aku cubit berkali-kali ganda. Luth mendengus geram.

"You look cute, Hawa. Nampak macam remaja bila pakai telekung." puji Firdaus. Makin membahang wajah Luth dibuatnya. Menyirap darah apabila Firdaus mula berani memuji Hawa. Ini dah lebih! Ini dah lebih! Luth menggeleng kepala sambil nafas ditarik sedalam-dalamnya, lalu dihembus keluar agar jiwanya kembali tenang. Dia cuba untuk menahan sabar.

"Terima..." baru sahaja Hawa ingin mengucapkan terima kasih, mulutnya sudah ditekup dengan tangan kiri Luth. Hawa tergamam.

"Rasanya puji isteri sendiri lebih bagus kot? Tak payah puji isteri orang." ujar Luth, dingin. Dia memandang tajam ke arah Firdaus.

Salmah mengerut kening. "Lah? Tak suka ke orang cakap isteri comel? Selalunya lelaki lain dah bangga bila isteri dia kena puji."

"Itu lelaki lain, bukan aku."

"Biarlah dia sayang. Dia cemburulah tu bila saya puji. Dah sayang sangat nak buat macam mana, kan?" ejek Firdaus. Mereka ketawa mengekek. Makin turun naik nafas Luth dibuatnya.

"Hei, kau..." dengan pantas Hawa pula yang menekup mulut suaminya. Tangan Luth yang tadinya berada di bibirnya terus di tepis. Hawa tersengih-sengih menampakkan gigi putih. Kalau dibiarkan sahaja mulut Luth ni terbuka, macam-macam ayat makian yang terkeluar. Baik aku tutup sebelum gunung berapi meletus!

"Errr... nanti kita jumpa lagi ya Salmah. Aku dengan suami aku dah nak balik. Kejap lagi dia nak pergi cari kerja. Kami minta diri dulu ya." pamit Hawa, tergesa-gesa. Salmah dan Firdaus hanya mengangguk kepala. Tanpa berlengah, terus tangan Luth ditariknya memaksa lelaki itu mengekor dia meneruskan langkah ke hadapan. Sempat lagi Luth memberi isyarat mata ke mata kepada Firdaus yang bermaksud I See You sebelum jarak mereka semakin menjauh.

Setelah kelibat Firdaus dan Salmah hilang daripada pandangan, terus tangan Hawa yang menekup mulutnya ditepis. Mereka berhenti sekali lagi.

"Awak ni dah kenapa huh? Nak cari gaduh dengan suami dia? Hei, tanpa diaorang kita takkan ada tempat tinggal tahu?"

"Pasal tempat tinggal tu lain ceritalah, memang diaorang baik pun. Tapi masalahnya... kenapa suami dia tu lebih-lebih nak puji kau? Dia ada isteri, kan? Dekat sebelah pula tu! Selamba badak dia sahaja puji kau depan Salmah. Kalau aku yang puji Shahidah depan kau, apa perasaan kau?"

"Cemburu."

"Ha, tahu pun! Ingatkan dungu sangat!"

"Jadi, maksudnya awak cemburulah tadi?"

Luth terpempan sejenak. Matanya berkedip-kedip memandang Hawa yang sudah tersenyum menyeringai. Terkulat-kulat Luth memandang sekeliling. Terus tak duduk diam dia dibuatnya. Kejap menunduk ke bawah, kejap lagi mendongak memandang langit.

"Errr... Hei, cuaca hari ni nampak mendunglah. Kau tak nampak ke? Ha, tu! Langit nampak gelap. Rasanya nak hujan. Elok kita balik lagi bagus sekarang ni daripada membebel kepada perkara yang tidak beefaedah. Kan? Jom!" Luth melangkah laju ke hadapan. Dia buat-buat seperti menunjuk ke arah langit yang gelap. Padahal, cuaca elok sahaja. Hawa menjuih bibir, menyampah.

"Tak nak mengakulah tu. Eeiii... geramnya aku! Nasib baik suami, kalau tidak aku dah carik-carik muka dia!" Ejek Hawa, geram. Terbayang-bayang pula macam mana jika dia dapat mencarik muka lelaki yang ego setinggi gunung Everest tu. Puas hati!

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now