Bab 16

25.9K 1.8K 330
                                    

                       “APA?!” Zaiton terkejut. Matanya terus membeliak besar. Telefon canggih yang berada ditelinga kiri segera ditukarkan ke telinga kanan. Ingin memastikan apa yang dia dengarkan tadi adalah benar. Spontan Zaiton bangun daripada kerusi rotan yang berada di beranda rumahnya. Dia yang tadinya tenang mengamati permandangan ombak pantai yang saling memukul, terus bertukar menjadi gelisah tak tentu hala.

"Macam mana pula dia boleh lari?! Kau tak jaga dia elok-elok ke, huh? What? Kau nak tuduh aku ambil dia semula? Hei, bodoh! Aku pun tak hamak lah nakkan si Hawa tu! Dia tu langsung tak berguna dalam hidup aku, untuk apa aku nak ambil dia semula? Engkau yang tak pandai jaga dia, selepas tu kau nak salahkan aku pula huh?!" Hambur Zaiton. Geram pula apabila dia pula yang dipersalahkan. Zaiton merengus kecil. sebelah tangannya memicit dahi yang mula berdenyut.

"Okay, macam ni lah Rizal. Kalau Hawa balik ke sini semula, aku akan pastikan aku hantar dia semula pada kau. Tidak pun, kau sendiri yang ambil dia. Aku pasti, Hawa masih lagi ada dekat Kuala Lumpur tu. Dia tu bukannya tahu pun selok-belok dekat bandar. Apa? Macam mana kalau dia report polis? Ish, kau jangan risaulah Rizal. Hawa tu tak reti nak buat laporan polis. Kan aku kata, dia tu bodoh. Belajar pun sampai setakat mana sahaja? Ah, sudahlah. Kau tak payah pening-pening fikir pasal Hawa. Nanti aku fikirkan cara nak cari dia semula. Iya, aku janji! Bye!" talian dimatikan serta-merta. Dia meletakkan telefon canggih itu ke atas meja kopi.

Kedua belah tangan Zaiton saling mencekek pinggang. Dia berjalan ke kiri dan ke kanan. Hairan betul. Macam mana Hawa boleh terlepas? Ini tak lain tak bukan, pasti dia ada meminta pertolongan seseorang. Tapi ada ke orang baik dekat tempat jahanam macam tu? Zaiton menjuih bibir. Memang tak lah. Siapa yang nak tolong wanita kolot seperti Hawa? Kalau ada yang sudi tolong sekalipun, pasti ada cagarannya.

"Awak dah kenapa ke hulu ke hilir macam orang hilang anak?" sampuk suara garau itu. Zaiton berhenti berjalan. Dia memusing ke belakang, memandang suaminya yang bersandar pada dedaun pintu sambil mengacau kopi yang dibancuhnya sendiri. Zaiton mengeluh kecil.

"Pasal Hawa lah... anak saudara tak guna awak tu!"

"Hawa?" kening Ayah Harun bertaut, pelik.

"Kenapa dengan dia?"

"Dia lari! Rizal bagitahu saya tadi. Ish, ke mana lah agaknya dia pergi? Kalau dia balik ke sini, tahulah apa saya nak buat! Lagi teruk daripada saya hantar dia ke kelab malam tu!" Bidasnya.

Ayah Harun tersenyum sinis. Dia menghirup sedikit air kopi itu setelah siap mengacaunya dengan sebati. "Awak nak cari dia ke?" soal Ayah Harun. Zaiton mengangguk kepala.

"Ya. Saya nak cari dia. Selagi saya tahu yang Hawa tengah bebas dekat luar sana, selagi tu hati saya tak tenang. Saya jual dia sebab saya nak dia terseksa! Tapi tak sangka dia boleh lari daripada tempat tu. Tapi saya pasti, dia takkan boleh lari jauh punya. Mesti dia ada juga dekat kawasan tu!"

"Awak nak pergi seorang diri?"

"Habis? Abang nak ikut, huh?" soal Zaiton, dingin. Ayah Harun mencebik kecil sambil kedua belah bahunya dijongketkan ke atas.

"Kalau Ton tak kisah, abang nak je ikut Ton cari Hawa."

"Heh, tak payahlah bang. Entah-entah nanti dia minta simpati pula dengan abang! Lepas tu, abang pula sibuk nak bantu perempuan tu. Elok saya nak balas dendam dekat dia, karang dia pula yang balas dendam dekat saya. Abang tu bukannya boleh dipercayai sangat!" sinis Zaiton. Dia menjeling, meluat.

Tergeleng kepala Ayah Harun mendengar sindiran daripada mulut isterinya. "Ya Allah, Ton... sampai macam tu sekali Ton anggap buruk pada abang?"

"Ton tak anggap buruk dekat abang, tapi Ton anggap buruk pada perempuan sial tu! Dia tu nampak je baik, tapi dalam hati? Hitam macam arang! Gatal! Miang!Kerja nak mengorat suami orang sahaja. Sebab tu Ton tak nak abang ikut. Ton takut abang terkena jerat lidah ular tedung bercabang macam si Hawa tu!"

"Ish, Ton jangan risaulah. Abang dah berbuih cakap yang abang cuma cintakan Ton seorang. Tak kesahlah dia cuba goda abang macam mana sekalipun, abang janji abang takkan tolong dia! Abang takkan rasa simpati pun pada dia, malah abang tolong puaskan dendam Ton pada Hawa." ujar Ayah Harun, cuba untuk meyakinkan lebih lagi kepercayaan Zaiton padanya. Bukan senang nak pujuk hati isteri untuk menaruh kepercayaan pada dirinya. Dia kena pujuk, hinggalah hati Zaiton yang sekeras-keras batu itu bertukar jadi selembut gula-gula kapas.

Zaiton menjuih bibir. ya lah tu, entah boleh percaya ke tidak kata-kata Harun itu? Dia menjuling anak mata ke atas. "Heh, cakap aje lebih nanti abang sendiri yang selamatkan dia. Yalah... Hawa tu cantik, tak macam bini abang ni kan?!"

"Ish, mana ada!" Laju Ayah Harun membangkang. Dia menggeleng kepala menafikan tuduhan Zaiton. Cawan kopi yang telah kosong di letakkan ke atas meja, sebelum dia mengatur langkah mendekati isterinya dengan lebih dekat. Zaiton menjeling menyampah. Dia memusing tubuh menghadap ke arah pemandangan pantai yang luas di hadapan rumah mereka.

Jari-jemari ayah Harun nakal naik menyentuh bahu isterinya. Zaiton mengemam bibirnya. Menahan diri daripada tersenyum. Lemah betul dia dengan pujukan manja si suami.

"Mana ada Hawa lagi cantik... Zaiton lah yang lagi menawan daripada dia! Kalau si Hawa tu cantik, dah lama abang kahwin dengan dia. Tapi, ada ke abang kahwin dengan dia? Tak ada, kan?"

Zaiton mengangguk kepala.

"Haa... itu sebabnya kenapa?"

"Sebab Ton lagi cantik."

"Pandai isteri, abang." puji Ayah Harun. Hidung mancung yang sudah berkedut dek dimakan usia itu dicuitnya. Biarpun di dalam hati rasa seperti nak mengeluarkan muntah hijau, ayah Harun tetap tayang muka tenangnya. Ini sahaja peluang yang ada untuk dia berjumpa dengan Hawa.

Zaiton ketawa kecil. Geli hati dengan pujian di suami. Dada Ayah Harun ditumbuknya manja. "Ish, abang ni! Malulah Ton!"

"Jadi? Ton benarkan tak abang temankan Ton cari Hawa?"

Zaiton mengangguk kepala dengan senyuman lebar. Ayah Harun turut tersenyum menang. Aku dah agak. Mesti dia akan cair juga dengan pujukan aku. Dasar isteri tolol! sinisnya di dalam hati.

"Tapi sebelum tu... Ton nak kena call anak saudara Ton dulu. Manalah tahu dia boleh bantu Ton cari Hawa juga." ujar Zaiton. Dia kembali mencapai telefon canggihnya di atas meja kopi. Jari-jemarinya pantas menaip sesuatu pada papan kekunci skrin itu.

Kening Ayah Harun berkerut. Dia berhenti mengelus bahu isterinya. "Siapa? Ida?" soal Ayah Harun, dalam masa yang sama dia cuba untuk meneka. Lagipun, satu-satunya anak saudara kesayangan Zaiton pun cuma seorang. Ida lah orangnya. Sememangnya gadis itu suka membantu Zaiton melakukan apa kerja sekalipun. Mereka memang sekepala.

Namun, soalan suaminya langsung tidak dibalas. Dia hanya melemparkan senyuman menyenget sebagai jawapan yang sesuai.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now