Bab 24

25.2K 1.9K 985
                                    

                      “AMBIL ni, lap darah dekat kepala tu." arah Luth. Dia menyerahkan sapu tangan miliknya kepada Hawa. Sebelah tangannya lagi lincah mengawal stereng kereta. Sekilas dia menoleh memandang Hawa. Pelik juga minah ni. Kena berdarah teruk macam itu pun tak menangis pula? Tapi kena ejek sikit menangis macam budak tadika baru putus couple.  Ada juga perempuan macam dia ni kan? Haih... baru aku ada niat nak pinjamkan bahu tadi. Tak nangis lah pula si Cicak ni!

"Terima kasih." ucap Hawa. Lambat-lambat dia mencapai sapu tangan yang diberi lalu dilekapkan pada dahinya yang terluka.

"Sama-sama." ringkas Luth membalas.

"Kenapa kau bergaduh dengan Shahidah dekat dalam tandas tu? Berebut bilik air ke?" soal Luth. Hawa mengecilkan sedikit matanya memandang Luth. Agak-agaklah nak gaduh sebab berebut bilik air? Aku lepuk juga mamat ni! Hawa menghambus nafas perlahan.

"Bukanlah."

"Habis tu?"

"Tadi. Saya ada nampak seorang budak tu nama dia... Zu... Zulaikha kot tak silap? Saya tengok muka dia pucat lesu jadi saya ikutlah dia masuk tandas. Awak nak tahu tak apa yang saya nampak?"

"Apa dia?"

"Perut budak tu besar! Macam... Macam tak kena sahaja. Awak tak rasa pelik ke? Pelik, kan?" soal Hawa. Tanpa sedar tangannya sudah menyentuh pergelangan tangan kiri lelaki itu. Tiba-tiba rasa nak membawang pula, sampai tak sedar perbuatan sendiri. Luth turut memandang tangan Hawa yang menyentuhnya. Hawa terpempan sejenak. Pantas dia menarik semula tangannya. Dia berpaling wajah ke arah tingkap. Termalu sendiri pula!

Luth kembali memandang ke hadapan. Bibirnya tersenyum kecil.

"Ehem!" Luth berdehem sejenak.

"Habis kau syak budak tu kenapa?" soal Luth apabila suasana menjadi sepi sebentar tadi. Hawa menjongket bahu. Entahlah. Dia pun tidak pasti.

"Saya rasa budak tu macam sakit tapi girlfriend awak tu kata dia cacat. Saya pun tak tahu nak percaya yang mana?"

Luth mengerut kening. Apa dia? Girlfriend?

"Kau cakap apa tadi? Girlfriend? Hei, Cicak... cakap tu biar baik sikit ek. Karang elok luka dekat dahi, nak aku tambah lagi biar muka kau jadi macam Thanos? Nak?!" Herdik Luth, geram. Sesuka hati sahaja gelarkan Shahidah itu teman wanitanya. Itulah orang kata, tak bertanya sesat jalan! Luth menjeling menyampah.

"Manalah saya tahu, tengok awak dengan dia tadi 'mesra' semacam sahaja. Siap 'berabang' pula tu." sindir Hawa. Sengaja dia ingin menyakat.

Luth tersenyum menyenget. "Kenapa? Cemburu ke, sayang?" soalnya dengan nada meleret manja. Dia menatap Hawa sekilas dengan pandangan mata yang menggoda. Hawa buat muka tahan geli. Perasan! Siapa nak cemburu dengan dia? Kerek! Getus Hawa.

"Eeiii... tak ada masa saya nak layan perangai awak." Hawa memeluk tubuhnya.

Luth tergelak kecil. Tergeleng kepalanya memandang Hawa. Haih, tak tahulah macam mana hidup aku tanpa perempuan ni. Kalau dia hilang, mesti aku sunyi. Tak ada tempat untuk menyakat orang.

"By the way Cicak... semalam tu memang kau nak belanja aku ke macam mana?" soal Luth. Dia mula mengubah topik kepada kisah malam semalam. Ah, sudah! Hawa terkulat-kulat mencari jawapan. Aduh, time macam ini jugalah kau nak ungkit. Hawa menunduk kepala ke bawah menahan malu.

Luth tersenyum kecil.

"Selepas ni... kau janganlah keluar pergi balkoni pakai baju tu lagi. Takut ada orang nampak. Even waktu tu gelap macam mana sekalipun. Bahaya." ujar Luth. Turut menasihati wanita itu. Dia lebih lama duduk di rumah agam Tuan Haji Zamani, jadi dia lebih tahu apa yang baik dan apa yang buruk sekiranya Hawa memakai baju itu keluar ke tempat balkoni pada waktu malam.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now