Bab 27

25.4K 1.9K 776
                                    

                         GURUH berdentum dengan kuat. Air hujan turun selebat-lebatnya. Shahidah berdiri di tepi sliding door yang diperbuat daripada kaca, memerhati pemandangan luar rumahnya yang kini dibasahi dengan air hujan. Jari-jemari digigitnya saat dia kembali teringatkan tentang kejadian pagi tadi. Walaupun perkara itu sudah selesai, tapi hatinya masih lagi tidak tenteram. Macam-macam soalan yang bermain di fikirannya. Bagaimana kalau pihak polis menjumpai mayat Zulaikha? Bagaimana jika dia dihadapkan ke mahkamah? Apa hukuman yang bakal menantinya? Ah, aku tak boleh berhenti berfikir!

Shahidah mula gelabah. Dia berjalan ke kiri dan ke kanan. Habislah aku! Habislah! Jeritnya di dalam hati.

“Kau jangan risau. Aku dah kerat budak tu ke 14 bahagian. Aku dah bungkus dia dalam tong air dan tanam di hutan. Pihak polis takkan jumpa. Kau jangan risau.”

Kata-kata Malik kembali bermain di kotak fikirannya. Sudahlah merogol, kini membunuh pula! Kalau pihak polis dapat tahu, pasti hukumannya benar-benar berat.

"Shahidah." sapa Datin Hanis, sambil pintu kamar itu ditolaknya serentak. Shahidah sedikit tersentak. Dia terus menoleh ke belakang memandang ibunya.

"Ya, ma?"

"Kenapa asyik duduk dalam bilik sahaja? Daripada pagi tadi selepas balik daripada rumah anak yatim asyik terperap sahaja. Ada masalah ke dekat sana?"

Pantas Shahidah menggeleng kepala menafikannya. "Eh... Tak... Tak ada."

"Habis tu?"

"Sha cuma penat sikit. Itu je." bohong Shahidah. Memanglah aku anak kesayangan Datin Hanis dan Dato' Mukhriz, tapi jika hal yang membabitkan kematian. Aku tak rasa yang mereka akan bermanja dengan sikap anak sendiri lagi. Atau pun, mereka sendiri yang akan heret aku ke balai. Jujur? Memang tidaklah aku akan jujur dengan mereka!

Puan Hanis mengeluh kecil. Bimbang pula apabila melihat keadaan Shahidah. Gelisah semacam.

"Err... ma." Panggil Shahidah. Dia mengatur langkah menghampiri Datin Hanis. Datin Hanis menjongketkan keningnya ke atas seperti bertanya kenapa.

"Ya, Sha kenapa?"

"Mama ingat lagi tak fasal lelaki yang Sha pernah cakap pada mama haritu?" soal Shahidah, sekadar ingin memastikan. Datin Hanis terdiam sejenak. Cuba untuk teringat semula. Setelah beberapa minit, dia mengangguk kepala.

"Tentang lelaki yang Sha suka tu ke?"

"Haah."

"Kenapa dengan dia?"

"Sha rasa, Sha setuju dengan cadangan mama. Sha dah tak nak lewatkan benda ni. Sha nak kahwin dengan lelaki tu. Macam mama pernah kata pada Sha yang cinta selepas kahwin itu lebih bahagia. Kan?"

Datin Hanis tergamam sejenak. Matanya berkedip-kedip memandang anak daranya. Biar betul? Tak lama selepas itu muncul senyuman gembira di bibirnya. Kedua belah tangan Shahidah digenggam erat.

"Betul ke Sha nak kahwin dengan dia?"

Shahidah mengangguk kepala berkali-kali. Ya. Kali ini dia takkan was-was lagi untuk berkahwin dengan lelaki itu. Lagipun, apabila dia lihat Luth semakin rapat dengan Hawa seperti yang Puan Kalsum ceritakan kepadanya tadi si rumah anak yatim. Hatinya terlampau sakit. Sakit yang teramat sangat! Mungkin aku cemburu. Mungkin juga aku tak suka dengan perempuan pelacur tu! Tapi yang penting, Luth cuma untuk aku.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now