52

27.3K 2.3K 334
                                    

                          ALHAMDULILLAH, doktor kata hari ini aku dah boleh keluar. Tersenyum Hawa memandang ke arah Puan Sri Maryam yang sedang membuat pembayaran di kaunter. Baik sungguh Puan Sri Maryam ini. Entah mengapa dia bersungguh-sungguh ingin membantu mereka.

Dia ruangan menunggu ini, Luth masih tertidur di atas bahunya. Mengantuk sangat nampaknya suami aku ni. Baru sekejap tadi bangun, selepas itu tidur balik. Terpaksa aku tebal muka saat ada mata yang memandang. Aku yang sakit, tapi dia yang tidur lebih!

"Awak, bangunlah..." kejut Hawa, muka Luth ditampar perlahan agar tersedar daripada kena.

"Aku ngantuk lah..." rungutnya. Tangan Hawa yang menampar wajah ditarik ke bawah, lalu digenggam. Nak tidur pun tak senang.

"Saya nak pergi tandas sekejap. Bangunlah." adu Hawa. Luth mendengus kecil. Dia mengangkat kepala daripada bahu Hawa. Mata dibuka. Dia memusing memandang Hawa dengan pandangan kecil.

"Kau nak buat apa pergi sana?"

"Ish, sibuk je lah nak tahu!" herdik Hawa. Tanpa berlengah dia terus bangun. Pantas tangan Luth menyambar tangan kanan Hawa, memberhentikan langkah wanita itu. Hawa mengeluh panjang. Mata dikatup buat beberapa saat. Aduhai, aku nak pergi tandas je pun bukannya berperang.

"Awak nak apa?"

"Tak bahaya ke? Karang tiba-tiba Malik muncul. Aku ikut kau sekalilah."

"Ish, ada pula macam tu? Itu tandas perempuanlah! Takkan dia nak masuk pula? Awak jangan fikir bukan-bukanlah. Dekat sini tak ada Malik pun. Kan mama dah kata, Malik dah di hantar ke tempat sepatutnya."

"Mama?" kening Luth bercantum pelik. Mama mana pula yang Hawa maksudkan? Hawa mengeluh kecil.

"Ya, mama. Puan Sri Maryam. Dia suruh saya panggil dia mama, jadi saya panggillah mama. Ish, sudahlah! Saya nak pergi tandas. Lepaskan tangan saya!" Luth mencebir bibir. Tangan Hawa pun dilepaskan perlahan-lahan. Lantas, Hawa kembali menyambung langkah menuju ke arah tandas wanita. Dia hanya mengikut sahaja ke mana arah papan tanda yang tergantung di siling menunjukkan laluan ke tandas.

Setelah kelibat Hawa hilang daripada pandangan, Luth memeluk tubuh. Dia bersandar pada kerusi dan menarik nafas yang panjang lalu dihembus.

"Mana Hawa?"

Luth mendongak ke arah Puan Sri Maryam yang nampak sudah selesai membuat pembayaran. Ditangannya terdapat resit dan plastik berisi ubat-ubatan.

"Dia pergi tandas. Duduklah Puan Sri." ujar Luth serta mempelawa wanita itu untuk duduk di ruang kosong sebelahnya. Puan Sri Maryam tersenyum kecil, dia mengangguk kepala lalu melabuh punggung di sebelah Luth.

"Tuan Adam ke mana?"

"Dia balik sekejap. Ada hal katanya." balas Puan Sri Maryam. Luth mengangguk kepala tanda faham. Suasana menjadi sepi buat sejenak apabila mereka berdua tidak bersuara. Puan Sri Maryam mengulum senyuman kecil. Perlahan-lahan sebelah tangannya naik menyentuh wajah Luth. Luth sedikit tersentak. Namun dia tidak menepis, hanya menoleh memandang Puan Sri Maryam yang menatapnya dengan penuh sayu. Dielus lembut wajah Luth yang tetap kacak. Terus sebak mencengkam dadanya apabila melihat perubahan Luth yang begitu pantas sekali baginya. Dalam masa yang sama hatinya turut gembira.

"Saya tak sangka, saya boleh bertemu dengan awak Luth. Saya ingat... sampai bila-bila saya tak boleh jumpa awak. Tak sangka, dah besar panjang kamu sekarang. Siap dah ada keluarga sendiri lagi. Tak dapat tengok kamu membesar pun, tengok kamu bahagia pun dah cukup gembira." luah Puan Sri Maryam, sebak.

Kening Luth berkerut pelik tanda tidak faham. Dia hanya diam sahaja. Tapi entah mengapa, perasaan Luth berubah menjadi rindu apabila wanita tua itu menyentuhnya. Rindu sangat-sangat. Hendak bertanya siapa Puan Sri Maryam dan Tan Sri Adam Lim yang sebenarnya, tapi persoalan itu seolah-olah tersekat di kerongkongnya.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now