PROLOG

92.7K 2.9K 467
                                    

"Andai Malaikat pelindung setiamu, aku sudi untuk menjadinya asalkan kau selamat di sisi buat selamanya."


"HAWA!" Jerit suara garau itu lantang memanggil namanya. Ya. Hawa. Itulah nama yang diberikan kepada aku oleh kedua orang tuaku. Aku bangga memiliki nama Hawa Sofiah. Biarpun nama aku tidaklah semoden nama anak gadis zaman sekarang yang ala-ala Mat Salleh. Tapi sedikit pun aku tidak mencemuh nama ini. Lincah Hawa melakukan kerja memasak di dapur. Perbuatan itu sekalipun mata terhenti apabila suara garau itu menyebut namanya. Lantas, Hawa mengecilkan sedikit api dapur. Kain buruk yang berada di atas kabinet di capainya bersama. Dia mengelap dahulu kedua belah tangannya yang sedikit kotor semasa melakukan kerja sebelum melangkah ke arah bilik tidur Ayah Harun.

Ayah Harun ini pula bapa saudara aku. Dia lah yang mengambil alih memelihara aku setelah kematian ibu dan abah.

Hawa berhenti setelah sampai di pintu bilik Ayah Harun. Keningnya berkerut seperti bertanya kenapa. "Ada apa pak cik panggil, Hawa?" soal Hawa.

Sekilas Ayah Harun menoleh memandang Hawa yang sudah tiba di biliknya. Dia kembali memandang pakaian di dalam rak almari yang agak bersepah. Jari ditunding ke arah pakaian-pakaian itu. "Apasal baju ni bersepah sangat? Kau tak kemas ke?" soal Ayah Harun, dingin.

Berlapis dahi Hawa memandang pakaian yang bersepah di dalam almari. Setahu aku, aku dah kemaskan elok-elok semalam. Macam mana boleh bersepah semula? Mungkin Tompok yang buat kut? Dekat rumah ni memang ada seekor kucing bertompok hitam dan putih. Dia memang agak nakal. Suka selongkar almari dan mengais baju. Setelah bersepah, pandai pula tompok larikan diri. Yang kena marah, aku juga.

Hawa mengeluh kecil. Kepada digelengnya berkali-kali. "Tompoklah ni yang buat. Tak apa, biar Hawa kemas lagi sekali." ujar Hawa. Tanpa banyak bicara, dia terus melangkah masuk ke dalam bilik Ayah Harun. Hawa membongkokkan sedikit tubuhnya, mencapai pakaian yang berselerak di dalam rak almari lalu dikeluarkan. Ayah Harun pula hanya berdiri di belakang. Memerhatikan Hawa yang sedang membuat kerja.

Senyuman sinis terbentuk di bibirnya saat dia melihat tubuh badan Hawa yang kelihatan solik sekali. Biarpun Hawa hanya memakai pakaian yang biasa-biasa sahaja. Ia tetap mencabar imannya. Tambah pula umurnya yang semakin meningkat tua. Lagilah bertambah nafsu syaitan dalam dirinya. Lincah Hawa mengutip semua pakaian di dalam rak, Ayah Harun mengambil peluang itu dengan meraba pinggan Hawa daripada belakang.

Hawa tersentak kuat dengan perbuatan itu. Dia terus memusing ke belakang. Tubuh di sandarkan pada pintu almari. Riak mukanya mula berubah cuak. Jantung mula berdegup kencang seperti tahu sahaja apa yang bakal terjadi sekejap lagi.

"Pak cik nak buat apa ni, huh?" soal Hawa, sedikit meninggikan suara. Ayah Harun menjuih bibir. Dia tayang mula meluat. Setapak demi setapak dia aturkan langkah mendekati Hawa. Hawa tidak berdiam diri sahaja. Dia juga turut mengundur ke tepi, cuba untuk menjauhkan jarak mereka.

"Suka hati aku lah nak buat apa? Aku yang bagi kau makan, aku yang bagi kau tempat tidur dan aku juga yang jaga kau. Ini rumah aku, apa yang ada dalam rumah ni semua milik aku."

"Apa pak cik merepek ni? Hawa tak ada masa nak layan perangai pak cik!" tengking Hawa. Tanpa berlengah, dia terus membuka langkah seribu keluar daripada bilik itu. Malangnya, Ayah Harun lebih pantas menangkap. Tubuh Hawa dipeluknya. Mengunci Hawa daripada melarikan diri.

"Tolong!!" Jerit Hawa, kuat. Mengharapkan bakal ada sesiapa yang mendengar jeritannya. Namun, apakan daya waktu-waktu siang begini kebanyakan jiran pergi ke tempat kerja. Ayah Harun pula hanya ketawa apabila mendengar jeritan wanita itu. Malah, nafsunya semakin membuak-buak. Dia tidak tahan lagi untuk melawannya. Lantas, tubuh Hawa ditolak kasar jatuh ke atas katil. Hawa cuba untuk bangun, namun Ayah Harun lebih pantas menerpa tubuhnya.

"Pak cik, jangan buat macam ni. Lepaskan, Hawa! Lepas!" bentak Hawa. Dia merayu. Air mata sudah mula membasahi pipinya. Akan tetapi, sedikit pun tiada rasa peduli dalam hati orang tua itu. Melihat Hawa menangis, lagilah dia suka. Ini sahaja peluangnya untuk melunaskan segala yang dia telankan selama ini.

"Aku nak puaskan diri aku dengan kau, dan barulah aku akan lepaskan kau." sinis Ayah Harun dan ketawa jahat. Kedua belah tangan Hawa digenggamnya lalu ditekan pada katil. Menghalang Hawa daripada cuba untuk melawannya.
Air mata semakin mengalir laju. Dia sudah tiada daya untuk bergelut dengan orang tua itu. Pantas Hawa mengatup matanya saat wajah Ayah Harun semakin dekat dengan wajahnya. Ya Allah, selamatkanlah aku! zikir Hawa berkali-kali di dalam hatinya.

"Abang!" sampuk suara wanita itu. Zaiton. Isteri kepada Ayah Harun. Spontan beg rotan yang di galasnya jatuh ke lantai saat dia melihat suami dan Hawa berada di atas katil bersama. Ayah Harun sedikit terkejut. Dia terus melepaskan Hawa sebaik sahaja melihat Zaiton di pintu bilik dan turun daripada katil. Hawa kembali membetulkan posisinya kepada duduk. Teresak-esak dia menangis sambil sebelah tangannya menggosok lengan yang terasa pedih.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now