Bab 23

23.7K 2K 136
                                    

                      “ADIK!" panggil Hawa. Dia pantas berlari anak menuju ke tandas wanita. Eh? Kening berkerut pelik. Ke mana pula budak kecil tadi? Tidak silap dia masuk ke tandas tadi. Teragak-agak Hawa untuk melangkah masuk ke dalam tandas. Tapi dia yakin, ada seorang budak kecil yang masuk ke sini tadi. Mustahil boleh lesap begitu sahaja.

"Adik?" Panggil Hawa lagi, sambil dia menolak satu demi satu pintu tandas. Manalah tahu jika budak kecil itu berada di dalam tandas kan? Sampai sahaja pada pintu paling hujung. Hawa terhenti. Pintu itu sahaja yang tertutup, manakala yang lain dibiarkan terbuka. Maknanya, budak kecil tadi mesti menggunakan yang ini. Hawa cuba menolak, ingin tahu sama ada berkunci atau tidak.

Kreeekkkk....

Pintu ditolak Hawa perlahan. Berdebar pula jantungnya saat ini.

"Huh?!" Hawa terkejut. Begitu juga dengan budak kecil itu. Dia kelihatan seperti cemas apabila memandang Hawa.

Perlahan-lahan anak mata Hawa teralih ke bawah, memandang perut budak kecil itu yang berisi. Tidak gemuk. Tapi ia nampak seperti perut yang membuncit. Hawa mengerut kening. "Kenapa dengan perut adik?" Soal Hawa.

Budak kecil itu kelihatan ragu-ragu ingin memberitahunya. Dia pantas menutup perut menggunakan kedua belah tangannya.

"Adik sakit ya? Pengurus dekat sini tak bawa pergi hospital ke?" soal Hawa, risau.

Budak kecil itu menggeleng kepala sebagai jawapan.

"Astaghfirullah hal Azim... jom keluar. Akak suruh kawan akak bawa adik pergi hospital. Jom!" Ajak Hawa. Dia menghulurkan sebelah tangannya. Menanti sambutan daripada budak kecil itu. Namun, tidak. Budak kecil itu menggeleng kepala. Air mata mula berlinangan di bawah kelopak mata.

"Tak boleh..." rintihnya.

Dahi Hawa berkerut. "Kenapa pula tak boleh? Akak akan bagitahu pengurus dekat sini. Mari!"

"Ad... Ada abang tu dekat luar. Saya tak boleh keluar... Saya takut..."

"Abang? Abang mana?"

"Zulaikha!" jerit Shahidah daripada luar tandas wanita. Dia terus meluru masuk ke dalam tandas. Zulaikha mula cemas. Dia pantas memeluk pinggang Hawa. Kepala digelengkan berkali-kali, seolah-olah merayu akan sesuatu. Air matanya semakin lama semakin laju mengalir.

"Akak tolong saya, kak! Saya nak keluar daripada tempat ni! Tolong saya kak!"

"Zulaikha! Dekat sini kau rupanya!" terus tangan Zulaikha direntap kasar oleh Shahidah. Membuatkan tubuh kecil itu terdorong ke arahnya. Hawa tersentak.

"Hei, aku suruh kau duduk dalam bilik kan?"Shahidah menarik tubuh Zulaikha agar lebih rapat ke tubuhnya. Suara yang tertahan-tahan diluncur dekat ke telinga Zulaikha.

"Hei, jangan kasar sangat dengan budak boleh tak?" Herdik Hawa, tidak puas hati. Pantang betul apabila dia melihat orang dewasa yang melayani budak kecil seperti tiada belas kasihan. Bibir Shahidah terketap geram. Dia mengangkat wajah memandang Hawa.

"Kau diam boleh? Aku pengurus rumah anak yatim ni. Aku berhak ambil diaorang. Mereka memang suka buat lakonan macam ni supaya dapat lari!"

"Mesti ada sebab diaorang nak lari. Awak sebagai pengurus rumah anak yatim, sepatutnya awak kena jaga diaorang baik-baik. Tu! Kenapa dengan perut budak tu? Macam tak normal sahaja. Kenapa tak bawa dia ke hospital?"

"Hei, budak ni tak sakit pun lah! Dia ni cacat. Sebab tu nampak tak normal. Kau sebagai tetamu tak diundang tak perlu nak masuk campur!" bentak Shahidah.

"Zulaikha, pergi masuk bilik sekarang!" arahnya, tegas. Dia menunding jari ke arah pintu belakang rumah kebajikan anak yatim itu. Jangan harap dia benarkan budak kecil ini masuk menggunakan pintu hadapan.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now