Bab 20

26.1K 1.9K 555
                                    

                           HARI berganti malam, kini rumah kebajikan anak yatim Murni menjadi sunyi. Sudah ditetapkan di dalam jadual, apabila pukul 10:30 mereka akan bergerak ke dorm masing-masing untuk tidur. Sebelum itu, mereka akan mengisi perut dengan makan malam dan barulah akan bergerak ke bilik tidur. Kini, jam telah menandakan tepat pada yang ditentukan.

Shahidah melabuh punggung di atas sebuah sofa yang berada di ruang tamu. Telefon canggih dikeluarkan daripada kocek seluarnya. Akhirnya dia dapat merehatkan diri setelah penat melayani kanak-kanak di sini. Tersengih-sengih Shahidah apabila membaca mesej daripada Malik. Suka betul Malik bercerita tentang hal pagi tadi dia bersama budak kecil bernama Hidayah. Shahidah pula hanya ketawa. Mereka saling berbalas mesej tak henti-henti. Pada waktu begini sahaja dia dapat peluang untuk berehat dan berbalas mesej dengan Malik.

"Kak Sha..." panggil Ain, budak perempuannya berusia 8 tahun. Shahidah sedikit tersentak. Dia terus melemparkan pandangannya ke tepi. Memandang Ain yang menunduk menikus sambil bermain dengan jari-jemarinya. Shahidah mendengus geram. Dia tayang riak tegang di wajahnya.

"Kau tak tidur lagi ni kenapa? Budak-budak lain dah pergi tidur, kan?!" bentan Shahidah. Pantang betul jika ada kanak-kanak yang cuba melanggar jadual yang ditetapkan. Ain menggigit bibir. Sekejap dia mengangkat wajah memandang Shahidah, selepas itu kembali memandang ke bawah. Dia terlampau takut.

"Ma... Maaf, Kak Sha."

"Maaf... Maaf... aku tengah nak rehat kau boleh pula kacau aku, kan? Pergi tidur sekarang! Pergi!!" jerkahnya dengan menunding jari ke arah dorm perempuan yang berada tidak jauh daripada ruang tamu.

"Kau tercegat apa lagi? Pergilah!" Shahidah mula geram. Dia bangkit daripada sofa. Ain terpinga-pinga. Tubuhnya sudah menggigil ketakutan. Langkahnya turut terundur tiga tapak ke belakang saat Shahidah mula bangkit daripada tempat duduk. Dia takut, jika ada tamparan yang bakal hinggap ke wajahnya kerana masih tercegat di situ.

"Apasal kau ni degil sangat? Kau ni memang nak makan penampar aku ke?! Huh? Jawab! Kau nak ke?!" jerkahnya lagi, kini kedua belah tangan Shahidah mencengkam kuat lengan Ain. Digoncangnya tubuh itu berkali-kali sehingga budak kecil itu menangis. Shahidah menjuling anak mata ke atas. Ini yang paling aku menyampah! Gigi dikacip, geram.

"Kau berhenti menangis sekarang! Aku kata berhen..."

"Kak Zulaikha mengandung!"  Ain bersuara apabila Shahidah mengangkat tangan ingin menamparnya. Terus tindakan Shahidah berhenti serta- merta. Lengan Ain dilepaskan.

"Ain datang sini sebab nak minta tolong Kak Sha bawa kak Zulaikha pergi hospital. Sejak semalam dia asyik muntah. Ain cuma kasihankan kak Zulaikha..." luah Ain, sebak. Menceritakan sebab kehadirannya ke sini. Zulaikha, gadis remaja berumur 12 tahun. Merupakan senior paling rapat dengan kanak-kanak di sini. Dia juga mangsa pertama Malik sewaktu berpindah ke rumah anak yatim Murni.

"Tolonglah Kak Sha... Kak Zulaikha cakap dengan Ain dia nak bunuh diri..."

"Hei, kau boleh diam tak? Kau cakap apa? Dia mengandung? Kau tunggu." Shahidah berjalan menuju ke kabinet yang berada di sebelah kanannya. Satu persatu laci diselongkarnya. Dia tersenyum lebar saat menjumpai sepapan abortion pill. Ubat gugur kandungan yang telah dibelinya. Sudah menjadi ubat paling wajib berada di rumah anak yatim ini. Tiada alasan untuk bunuh diri disebabkan mengandung. Shahidah kembali melangkah ke arah Ain. Sebelah tangan budak kecil itu ditarik kasar, lalu dia meletakkan ubat itu ditangannya.

"Suruh Kak Zulaikha kau tu telan benda ni. Nanti-nanti keluarlah budak dalam kandungan dia tu dengan sendirinya. Entah-entah dia tak mengandung pun. Manalah tahu masuk angin ke apa? Tapi tak mengapa, kau takut dia bunuh diri sangat kan? Suruh dia makan ubat ni."

"Tapi Kak Sha..."

"Apa lagi? Aku dah bagi ubat tu cukuplah! Nak sangat pergi hospital tu kenapa? Kau ingat dekat hospital tu diaorang boleh tolong Kak Zulaikha kau, huh? Diaorang buat Zulaikha tu lagi nak bunuh diri adalah!"

Ain terdiam sejenak. Shahidah merengus geram. Banyak pula permintaan budak kecil ni! Dia ingat aku ni siapa? Mak dia? Heh, memang tidaklah!

"Kak Hidayah pula macam mana?" soal Ain, dia memberanikan diri mendongak memandang wajah Shahidah. Shahidah mengeluh kecil.

"Dah kenapa pula dengan budak Hidayah tu?"

"Dia sakit perut. Daripada tadi lagi dia tak berhenti menangis. Kak Sha tak kesiankan dia ke?"

"Aku nak kesian buat apa, aku bukannya mak bapak kauorang pun! Aku ni jaga kauorang sebab papa dengan mama aku yang bagi rumah ni dekat aku, suruh aku jaga sebelum aku naik pangkat ambil alih syarikat papa aku pula! Kalau nak diikutkan, aku pun tak nak lah duduk sini jaga kauorang. Kauorang bukannya darah daging aku pun!" sinis Shahidah. Dia membuat muka menyampah.

Teresak-esak Ain menangis. Kalau nak diikutkan hatinya juga, dia pun tidak terlintas langsung untuk duduk di rumah puaka ini. Biar merempat di tepi jalan, lebih bagus daripada hari-hari jadi santapan lelaki bernafsu syaitan.

"Sampai hati Kak Sha cakap kami macam tu. Kami pun manusia, ada perasaan Kak Sha... kami pun ada maruah macam Kak Sha..."

"Hei, aku pun dah hilang maruahlah. Tak ada pun jadi tertekan macam kauorang! Apalah sangat kau layan kawan aku tu? Boleh mati ke kau layan dia? Tak, kan? Setakat hilang dara nak kecoh macam hilang nyawa..." sindirnya. Shahidah menggeleng kepala. Sekilas dia memusing ke arah jam dinding yang menandakan pukul 11 malam.

"Ha, dah pukul 11. Pergi balik ke dorm kau! Dah dapat ubat, kan? Bagi dekat Kakak kesayangan kau tu. Aku nak pergi tidur. Tepi!" tubuh Ain ditolaknya ke tepi sehingga jatuh terjelepok ke atas lantai. Shahidah terus membawa langkah menuju ke bilik tidur yang berada paling hujung. Tersedu-sedan Ain menangis. Ubat gugur yang berada ditangan ditatap lama. Patutkah dia berikan ubat ini kepada Zulaikha? Tidakkah itu sama sahaja dengan membunuh? Membunuh bayi yang langsung tak ada apa-apa kesalahan. Mengapa harus mereka yang menanggung sendiri nasib malang itu? Manakala lelaki si durjana itu boleh pula bersenang-lenang bebas di luar sana.

Kalau boleh, dia nak lari daripada rumah ini. Bukan tak pernah cuba, tapi setiap kali ada yang melarikan diri pasti akan tertangkap juga akhirnya dan dihukum lebih teruk. Lebih menyeksa daripada sebelum ini.

"Kenapa ibu dengan abah pergi tinggal Ain? Ain tak sanggup tengok kakak-kakak dekat sini menderita... Ain tak sanggup, ibu... abah... Ain nak balik duduk dengan keluarga kita. Ain nak ikut ibu dengan abah pergi syurga." rintihnya seorang diri. Air mata berjurai keluar dengan laju. Dia tak sanggup lagi menjadi patung di rumah anak yatim ini yang hanya mampu mendengar satu demi satu jeritan yang keluar.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now