Bab 26

24.2K 1.9K 423
                                    

DIA terus melencong kaki ke dapur. Saat melihat figura Hawa yang lincah menumbuk sambal belacan di sana, lelaki itu tersenyum sumbing sambil meratah tubuh belakang Hawa dengan pandangan nakalnya. Kali ini dia akan dapat apa yang ditunggu-tunggu selama ini. Aku takkan sesekali lepaskan peluang yang paling berharga sekarang. Kau cuma milik aku, Hawa! Milik aku seorang! jeritannya di dalam hati. Tanpa sebarang bicara, tubuh Hawa terus dipeluknya daripada belakang. Hawa tersentak. Spontan melepaskan batu lesung itu daripada tangannya. Dia mula panik.

"Finally, I got you dear!" bisik Malik, penuh bernafsu sambil bau wangian yang dipakai pada leher Hawa di hidunya. Kelopak mata dipejam rapat. Menikmati keharuman Hawa sepuas-puasnya. Makin lama dia menikmatinya, semakin mencanak-canak gelora nafsunya. Hawa sudah meronta-ronta ingin dilepaskan. Ditepis berkali-kali tangan lelaki itu sekuatnya, namun sedikit pun tidak memberikanny kesan.

"Lepaslah! Lepas!!"

"Kau nak tahu sesuatu tak Hawa? Dalam banyak-banyak perempuan, kau satu-satunya yang paaaaling aku tak sabar nak 'rasa' Hawa. It's been a while, I've been waiting for you. Now you have to pay it, Hawa..." Bisikan menggoda itu membuatkan jantung Hawa seperti mahu meletop. Apa lagi yang dia ada sekarang? Luth pun sudah tiada. Siapa yang bakal menyelamatkannya lagi?

Air mata Hawa bercucuran mengalir. Dan kali ini dia dapat merasakan kucupan Malik singgah ke kepala. Kemudian bergerak pula ke pipinya. Hawa pantas berpaling ke lain. Takkan sesekali aku biarkan dia sentuh aku!

"Malik! Kalau kau sentuh aku, aku takkan teragak-agak bagitahu keluarga kau! Aku akan bongkarkan semuanya biar diaorang halau kau, Malik!!"

Malik ketawa besar. "Kau cuma pelacur, mampu ke kau bagitahu diaorang tentang aku? Tiada siapa yang bakal percayakan kau. Mereka cuma akan anggap kau cuba rosakkan hidup aku! Haa... kita tak ada banyak masa, Hawa. I can't wait any longer." tangan Malik semakin berani menanggalkan tudung wanita itu. Sekali rentap sahaja, terus tercabut tudung itu daripada kepala Hawa. Terserlah rambut ikal mayang Hawa yang terikat kemas.

"Lepaslah!! Aku kata lepas!!"

"Cantiknya rambut kau. Kenapa kau pakai tudung ek? Kan bagus kalau tiap-tiap hari aku boleh nampak kau macam ni. Aku tergoda dengan kau Hawa. Kalau boleh, tiap-tiap hari aku 'nak' dengan kau. Tak ada perempuan lain pun aku tak kesah, asalkan kau ada." bisiknya lagi. Leka dia mengucup telinga Hawa berkali-kali. Tidak kisah sekalipun jiwa Hawa menepis. Janji dia puas dan dapat rasakan segala yang ditahan selama ini. Tangisan Hawa lagi membuatkan dia terasa ingin meneruskan dengan lebih teruk.

Saat terpandang batu lesung di atas kabinet di sisi, Hawa sedar itulah peluang terakhir yang dia ada. Objek yang cukup keras untuk dibentangkan ke kepala Malik yang sudah hilang akal. Cuma agak sukar untuk dia capai kerana pergerakannya yang terhad. Lagipun, dia bimbang jika Malik mampu meneka rancangannya.

Demi menyelamatkan maruah diri sendiri, bersungguh-sungguh Hawa berusaha. Terasa hujung jarinya berjaya mencuit batu lesung tersebut. Sedikit sahaja lagi, sedikit sahaja lagi! Dan pada hujung-hujung nafas di dada, tangan berjaya juga mencapainya. Dengan segala tenaga yang masih tersisa, dilibas sekuat hati ke tepi kepala Malik.

"Arghh!!!" Malik meraung sebelum tubuh gagah itu tumbang ke lantai.

"Sial punya perempuan!!"

Tubuh Hawa tersentak. Cemas dia melihat Malik masih terbaring mengiring sambil menekup kepalanya yang berdarah. Terkial-kial lelaki itu cuba bangkit daripada situ.

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|Where stories live. Discover now