Qisha tersedak.

Terus Ayeen menghulurkan segelas air kosong buat gadis itu. Habis merah muka Qisha.

Sejujurnya, Qisha tak menyangka Idlan akan kata begitu di depan ahli keluarga lelaki itu. Aduhai, Idlan ni walaupun amnesia. Perangai kejujuran dan pemikat dia tu masih tetap ada. Tak boleh nak buang dah!

Ayreena dan Harraz memandang Idlan dan Qisha.

Aih, dua orang ni macam ada something je.

Tak sempat Ayreena nak membuka mulut tiba - tiba saja keharmonian mereka diganggu dengan suara orang memberi salam. Mungkin yang lain tak mengenali suara itu. Tapi, seorang Idlan Dean kenal.

Laju saja Idlan bawa pinggan ke dapur lalu dia mencuci tangannya.

"Nanti saya basuh pinggan!" Katanya kalut seraya menuju ke arah pintu utama tatkala melihat Ayreena juga menghala ke arah sana.

Sudah dijangka.

Mummy dan daddynya datang ke mari. Mencarinya.

"Idlan!" Tak sempat Indah mahu menerpa Idlan, Ayreena terlebih dahulu menarik lengan Idlan supaya berdiri dibelakangnya. Jangan harap dia nak biarkan pasangan ini merampas Idlan darinya.

"Pulangkan Idlan". Kali ini Saiful pula mengarah.

"Kau siapa nak suruh isteri aku pulangkan dia?" Harraz terus mencelah sambil tayang muka kurang senang.

"Pulangkan Idlan". Ulang Saiful lagi.

"Dia anak aku. Aku mengandung dan lahirkan dia. Kau tak ada hak nak rampas dia dari aku". Kata Ayreena tegas.

"Idlan anak aku!"

"Hey, perempuan. Nama dia bukan Idlan. Nama dia, Deen. Aydeen Hyraz!" Bidas Ayreena.

"Tak kisahlah. Aku dan suami aku yang jaga dia waktu dia sakit! Dia separuh mati waktu suami aku jumpa dia. Kaki patah. Kepala berdarah. Leher ada kesan jerutan. Tangan luka torehan sana sini. Kami berdua yang ubatkan luka dia sampai hilang parut tu! Kami didik dia dan berikan dia kasih sayang!" Balas Indah dengan geram. Sampai menjerit dia pada Ayreena.

Hati dia sakit bila Ayreena mahu memisahkan dia dengan Idlan.

Air mata mummy...

"Betul. Kalau kau orang mak ayah yang hebat kau orang akan jaga dia leok - elok. Tapi kau orang buat dia macam sampah! Kami dah ambil dia dan tatang dia macam minyak yang penuh. Sekarang, kau nak rampas dia daripada kami? Tergamak kau orang". Bidas Saiful.

"Kau!" Melihat Harraz mula berang...

Idlan tak sanggup lagi berdiri saja.

Dia lekas berdiri di antara pasangan itu.

Harraz, Ayreena, Indah dan Saiful. Masing - masing memandang ke arah Idlan.

Sementara, Aydeel, Ayeen dan Qisha hanya memerhatikan saja. Mereka tak rasa mereka perlu masuk campur kerana ini masalah Idlan. Sebolehnya, biar Idlan saja yang menguruskan sendiri.

Idlan menghela nafas.

"Jangan bergaduh". Pujuk Idlan lembut.

"Macam mana mummy tak mahu bergaduh, Idlan? Perempuan ni nak rampas Idlan dari mummy". Adu Indah sayu.

"Nama anak aku Deen!" Herdik Ayreena geram.

"Suka hatilah!" Bidas Indah kasar.

"Please, stop". Suara tegas Idlan membuatkan masing - masing terdiam.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now