Deel & Deen 32

3.2K 353 113
                                    

"KENAPA dengan kaki tu?" Masuk aje ke dalam rumah si papa sudah menegur tatkala melihat Aydeel dan Zafir membantu Aydeen. Ikutkan hati Zafir memang dia nak belikan tongkat atau kerusi roda untuk membantu Aydeen.

Malangnya, Aydeen Hyraz memang sangat degil.

"Kemalangan..." Balas Aydeel bagi pihak Aydeen.

"Kemalangan?!" Tanpa membuang masa Ayreena bingkas mendekati Aydeel yang sedang membantu Aydeen. Tubuh anaknya itu ditarik pantas lalu seraut wajah kacak anaknya dibelek dengan penuh risau.

"Deel okey? Sakit kat mana - mana tak?" Soal Ayreena risau.

"Mama..."

"Deel, janganlah buat mama takut. Deel kalau sakit beritahu mama. Lain kali nak melintas hati - hati!" Pesan Ayreena lembut.

"Mama, Deel tak apa - apa. Deen yang cedera". Aydeel menyedarkan mamanya yang kelihatan begitu risau padanya. Dia bukan budak kecil lagi. Sudah tentulah dia pandai menjaga diri. Tapi, mamanya itu risau terlampau.

Mama memandang Aydeen.

Aydeen cuma tunduk sahaja. Tak berani langsung nak memandang si mama.

"Lain kali kalau nak memberontak pun jangan sampai cuba nak bunuh diri".

"Sayang, apa yang sayang cakap ni?" Tegur Harraz lembut. Pantas sahaja Harraz menarik lembut tangan Ayreena cuba untuk menenangkan isterinya.

"Apa? Betulkan sayang cakap? Bahaya takkan datang sendiri kalau tak sengaja cari. Kalau dah sayang nyawa ingat Allah sama. Itu sebabnya Allah letak otak di kepala dan bukannya di lutut",

Zafir sendiri mengucap dalam hati apabila mendengar kata - kata mama Aydeel dan Aydeen.

Aydeel meraup wajahnya.

"Mama. Mama tolomglah jangan tuduh melulu sampai begini. Deel tak tahu apa yang mama bencikan sangat pada Deen. Tapi, Deen sanggup bahayakan diri dia untuk selamatkan adik Af. Tak ada Deen mesti adik Af pun dah lama meninggal".

"Habis yang dia mengada - ngada pergi ke tengah jalan kenapa? Sengaja nak bunuh diri?!"

"Mama..." Sungguh Aydeel tak tahu apa yang dia mahu buat lagi dengan si mama.

"Sayang, jangan buat perangai. Malu anak kembar kita depan kawan mereka". Tegur Harraz lembut.

"Deel..." Suara Aydeen membuatkan empat orang di situ memandangnya.

"Boleh bawa aku masuk ke bilik?" Pinta Aydeen bersama - sama senyuman nipis.

"Bo-",

"Berhenti menyusahkan abang kembar kamu boleh tak? Mama tak suka kamu susahkan abang kamu. Cukuplah dia sakit sebab kamu!"

"Mama!" Aydeel mula kehilangan kesabaran.

Melihat si mama terkejut, Aydeel istighfar dalam hati.

"Deel minta maaf, mama. Tapi janganlah layan adik kembar Deel macam ini. Dia bukan berlakon sakit. Dia memang sakit betul - betul. Deel minta maaf sekali lagi. Deel tak ada niat nak tengking mama. Maafkan Deel, papa". Ucap Aydeel sopan lantas dia membantu Zafir membawa Aydeen masuk ke dalam bilik tidur mereka.

Ayreena menghela nafas.

"Sayang..."

"Saya tak nak Deen susahkan Deel. Saya tak suka. Anak kita tu sah sakit teruk. Bila dia nak pergi buat pembedahan kalau dia sibuk jaga Deen? Kenapa dari dulu Deen tak boleh jaga diri? Asyik nak menyusahkan orang saja!" Amuk Ayreena.

"Bawa mengucap, sayang. Jangan cakap apa - apa waktu tengah marah. Bila kita marah semua perkara terkeluar secara spontan dan akhirnya kita juga yang menyesal. Deen pun anak kita juga",

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now