Deel & Deen 41

3.6K 386 275
                                    

"WALAUPUN kita sakit tapi itu bukan penghalang untuk kita menunaikan solat. Sebab itu dalam agama kita ada thabat dan murunah. Idlan tahu tak apa maksud thabat dan murunah?" Soal Saiful lembut.

Idlan menggeleng.

"Thabat ialah kewajipan atau ketetapan yang takkan berubah sehingga hari kiamat. Manakala murunah pula kelonggaran. Contohnya, macam solat juga. Kewajipan menunaikan solat lima waktu itu merupakan thabat. Solat dalam keadaan duduk pula murunah. Faham tak anak daddy?" Soal Saiful lembut.

"Faham. Thabat dan murunah..." Balas Idlan polos.

Saiful tersengih.

"Pandai tak nak solat duduk? Kaki Idlan tu sakit lagi. Tak boleh berdiri". Tutur Saiful seraya menyentuh lembut kaki Idlan yang sudah ditukar dengan pembalut baru.

"Tak pandai". Jawab Idlan jujur.

"Tak apa. Belajar perlahan - perlahan. Idlan duduk macam ni dan mengangkat takbir seperti biasa". Ujar Saiful sambil menunjukkan contoh dihadapan anaknya. Idlan hanya mengikuti tanpa sebarang soalan.

"Bila nak rukuk pula Idlan tunduk sikit aje. Bila nak sujud pula, Idlan tunduk lebih bawah sikit berbanding rukuk tadi".

"Rukuk?" Idlan tunduk sedikit.

"Sujud macam ni?" Idlan tunduk lagi bawah kemudian dia memandang daddynya.

"Betul! Yeay, pandai anak daddy!" Tutur Saiful bersama - sama senyuman gembira apabila Idlan begitu mudah memahami cara dia mengajar.

Idlan tersengih suka mendengar pujian daddynya.

"Idlan dah pandai". Katanya penuh jujur.

"Bagus. Jadi, daddy akan tunggu Idlan solat di sini. Lepas tu, kita turun makan di bawah ya?"

"Baik!"

Saiful melabuhkan punggung di atas sofa sambil memerhatikan Idlan yang sedang mula menunaikan solat. Terasa bahagia pula perasaannya tatkala melihat remaja lelaki itu polos mengikuti arahannya.

Salah ke kalau dia berniat tak mahu memulangkan Idlan ke pangkuan keluarga itu semula?

Dia sudah menyayangi Idlan. Isterinya juga sudah semestinya jatuh sayang pada awal - awal lagi dia bawa pulang Idlan ke rumah mereka.

"Abang..." Saiful terus bangkit mendekati Indah yang menyerunya keluar dari bilik Idlan.

"Ya, Indah?"

"Apa makanan kegemaran Idlan ya? Saya nak cuba masakkan untuk dia. Saya dah lama teringin nak masak untuk anak kita". Kata Indah.

"Tak apa. Nanti kita tanya dia waktu makan nanti". Balas Saiful lembut.

Indah menjenguk Idlan yang sedang menunaikan solat.

Bibirnya terus menguntum senyuman manis.

"Idlan tu memang kacak betul rupanya. Saya rasa suka je tengok dia. Hati saya sejuk. Dia budak baik". Puji Indah.

Saiful mengangguk setuju.

"Abang rasa abang tak mahu pulangkan Idlan pada keluarga dia. Kita buat aje dia macam anak kita. Tak perlulah bagi dia ingat semula".

"Tak apa ke kita buat macam itu?" Soal Indah resah.

"Indah sanggup ke hilang Idlan?"

Indah terus menggeleng.

Sejujurnya, dia sudah lama mahukan anak. Dia pernah mengandung sekali namun dia keguguran sehingga mengalami masalah peranakkan. Justeru itu, dia tidak boleh mengandung sehingga sekarang. Bukan dia tak mengizinkan suaminya berkahwin lain. Namun, suaminya enggan untuk melakukan demikian. Sehinggalah mereka jumpa Idlan pada hari ini.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now