Deel & Deen 55

4.2K 373 41
                                    

PENUH lauk di atas meja membuatkan empat remaja itu sudah melopong. Ini sarapan pagi atau makan tengah hari?

"Mummy buatkan Idlan kek milo. Mummy suruh pembantu rumah bawa bahan dari rumah untuk memasak. Idlan makan tau. Bakal menantu mummy pun janganlah malu - malu. Kamu berdua pun jemputlah rasa masakan aunty".

"Deen makanlah ni. Mama ada buat kuih ketayap. Mama ada masak tom yam. Dulu masa Deen kecil - kecil Deen suka makan tom yam". Kata Ayreena sambil mencedokkan kuah tom yam ke dalam mangkuk lalu diberikan pada Idlan.

Idlan terkebil - kebil.

Tom yam?

Tapi, dia tak suka tom yam.

"Idlan, tak suka tak payah makan. Jangan paksa diri. Nanti Idlan muntah". Pujuk Indah. Faham sangat kalau Idlan sudah membuat reaksi sebegitu rupa.

"Apa pula tak mahu? Dia memang suka!"

"Kau..." Tak sempat Indah hendak membalas bicara Ayreena...

"My, it's okey". Pujuk Idlan lembut.

Indah hanya memerhatikan Idlan yang hanya menyudu tom yam itu.

"Sedap ke?" Soal Ayreena lembut.

"Sedap". Balas Idlan seraya mengukirkan senyuman nipis. Dia tetap saja menyudunya. Sejujurnya, tekak dia tak boleh menerimanya. Dia tak sukakan tom yam. Tapi, tentu saja mama akan berkecil hati jika dia menolak.

"Idlan... Sudahlah". Indah memberhentikan Idlan yang tampak terpaksa.

"Apa kau buat ni?" Soal Ayreena kasar.

"Kenapa kau tanya aku? Kau patut tanya diri kau! Aku dah kata kat kau Idlan tak suka makan tom yam! Kau tak percaya!" Marah Indah.

"My... Sudahlah..." Idlan menarik lembut lengan Indah.

Tak suka melihat mummynya bergaduh dengan mama.

Tak sampai beberapa saat Idlan berteleku dia terus berlari menuju ke tandas. Kerana mahu muntah.

"Kau tengok apa yang kau dah buat.. Kau ni mak kandung dia atau tak?" Soal Indah garang.

"Indah jangan cakap macam itu..." Tegur Saiful lembut.

"Saya geram dengan dia ni. Apa saya pesan semua tak mahu dengar. Degil ikut kepala dia saja.. Saya tahulah apa saya cakap sebab saya betul - betul ambil tahu apa yang Idlan suka atau tak. Idlan memang pernah muntah lepas saya masak tom yam. Dia menangis beritahu saya dia tak suka tom yam tapi dia makan sebab dia kesian saya penat masak!" Air mata Indah jatuh.

Indah memandang tajam pada Ayreena.

"Tolong jangan fikir ego kau saja". Tegas Indah.

Ayreena diam.

"Abang, bagi saya minyak yang kita beli hari tu". Pinta Indah membuatkan Saiful hanya memberikan apa yang isterinya mahu.

Tanpa membuang masa Indah terus berlalu menuju ke tandas.

Dia buat salah lagi.

Air mata Ayreena gugur.

"Sayang..." Harraz menggosok lembut belakang tubuh Ayreena.

"Sayang nak bersendirian sekejap". Ujar Ayreena mendatar lantas dia berlalu masuk ke dalam bilik utama tanpa sempat dihalang Harraz.

Harraz menghela nafas.

"Aku minta maaf sebab kata - kata isteri aku. Indah tak pernah garang dengan sesiapa. Tapi, Indah sayang sangat pada Idlan. Itu dia jadi marah sampai macam itu". Ucap Saiful serba salah.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now