Deel & Deen - 4

3.8K 287 26
                                    

ANAK patung beruang di peluk erat ke dada. Bibir muncung sedepa sambil tangan elok memegang telefon bimbitnya.

Offline.

Dia merengus.

Aydeel masih tidak cuba memujuknya lagi. Kata sayang dia. Bila dia minta tumpang, macam - macam alasan bagi. Itulah, inilah!

Telefon di letak kasar di atas meja soleknya.

Malas mahu pegang lama - lama. Makin sakit hati adalah! Susah benar dia mahu memahami sikap Aydeel yang agak perahsia meskipun dari kecil dia mengenali lelaki itu.

"Hanan..." Suara lembut menyapa halwa telinga buat Hanan menoleh. Wajah ibunya menyapa ruangan mata.

"Kenapa ibu?"

"Ada orang nak jumpa Hanan". Tukas Haryani lembut.

Hanan menjuih bibir.

Pasti saja Firdaus. Kawan baik Aydeel!

"Tak naklah. Suruh aje dia balik. Dah malam ni. Esok ajelah jumpa Hanan". Kasar suara Hanan. Selimutnya di tarik - tarik menutupi tubuh.

Haryani tersenyum kelat.

Dia menggeleng perlahan. Pelbagai kerenah sungguh anak tunggalnya ini.

"Tak baik Hanan, tetamu tu. Cepat keluar". Haryani masih lagi cuba memujuk.

Hanan menggeleng laju.

"Kenapa lama sangat ni? Hanan..." Suara garau menyapa buat Hanan angkat wajah memandang si ayah.

"Tak naklah. Abah pergi ajelah halau dia. Hanan tak nak jumpa", Rungut Hanan.

Adif tayang wajah garang.

"Keluar sekarang". Suara Adif meningkat satu oktaf, buat Hanan tiada pilihan lain selain daripada akur. Dia merengus geram. Anak patung beruang di hempas kasar pada katil lalu telefonnya di capai kasar menuju ke luar.

"Bagi telefon tu pada abah". Tangan kekar menghulur.

Telefon bertukar tangan.

Masam wajah Hanan bila melintasi ayah dan ibunya. Adif dan Haryani mengekor dengan anak mata.

"Garang sangat abang dengan Hanan. Kesian dia",

Adif mencebik.

"Hani yang manjakan sangat Hanan tu. Itu yang mengada - ngada". Tukas Adif.

Haryani mengeluh halus. Sejurus itu, dia mengambil keputusan untuk membisu.

"Malam tak reti nak balik..." Melopong bibir Hanan tatkala melihat wajah di hadapan matanya. Sangkanya Firdaus datang menyemak di rumahnya. Namun silap sama sekali!

"Abang...", Bagai ada penyakit split personality, Hanan mula tersenyum - senyum. Rambut panjangnya di pintal sambil mata memandang wajah kacak Aydeel.

"Er... abang minta maaf sebab tak tumpangkan Hanan. Bukan niat abang nak buat Hanan terasa". Lembut suara Aydeel bertutur.

Wajah serba - salah itu tampak benar - benar kacak pada pandangan matanya.

"Ni untuk Hanan". Sejambak bunga yang di hiasi dengan coklat di hulur pada Hanan. Tersenyum teruja Hanan bila menerima huluran dari Aydeel. Bibir tersengih - sengih suka. Lesap terus api amarahnya seketika tadi.

"Abang minta maaf sangat - sangat tau", Kata Aydeel lagi.

Hanan mengangguk laju.

"Hanan tak marah pun abang. Hanan sayang abang!" Kata Hanan teruja. Kalau ingin diikutkan rasa hati, mahu saja tubuh Aydeel di peluknya.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now