Deel & Deen 34

3.2K 343 100
                                    

Deel atau Deen? Pilihan di tangan kau - You.

PILIHAN yang menjadi persoalan mesej itu dibalas dengan Nayli memilih untuk mencari Aydeen. Shah ketawa sinis. Dia membuka langkah menuju ke arah wad khas yang ditempatkan Aydeel setelah dia mengetahui penyakit Aydeel.

Shah mengetuk pintu bilik rawatan Aydeel.

"Masuklah", Suara Aydeel yang kedengaran itu menbuatkan Shah masuk ke dalam bilik rawatan tersebut. Shah memberikan sekotak hadiah pada Aydeel sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi berdekatan dengan katil.

"Kau tinggal seorang aje kat bilik ni ke?" Soal Shah prihatin.

"Tak. Papa aku pergi ambil mama dan adik aku. Kesian kau datang tengok aku. Aku buat susah kau aje. Aku minta maaf", Ucap Aydeel serba salah.

"Eh, tak apa. Kau bila nak buat pembedahan?" Soal Shah lagi.

"Aku malas nak ambil tahu. Kau ada jumpa Deen tak? Aku rindukan adik kembar aku. Aku tak nak pun duduk kat bilik ni. Aku tak suka". Rungut Aydeel pada Shah.

"Cakap tentang adik kau. Kau tahu tak apa hubungan Nelly dan Deen?" Soal Shah.

Aydeel mengerutkan dahi.

"Apa maksud kau?" Soal Aydeel tak mengerti.

"Kau tak perasan ke? Nelly tu lebih pedulikan Deen berbanding kau? Aku tengok dia lebih suka rapat dengan Deen. Rahsia pun dah pandai simpan berdua. Kau aje yang tak tahu". Tutur Shah.

"Apa yang kau cakap ni? Jangan nak merepek. Adik kembar aku tak pernah rampas Nelly dari aku. Dia pun sukakan Qisha". Nafi Aydeel. Dia kenal Aydeen. Dia tahu cara pandangan Aydeen terhadap Qisha dan Nayli jauh berbeza.

Aydeen memandang Qisha dengan penuh rasa. Manakala, Aydeen memandang Nayli dengan pandangan yang biasa - biasa.

Mustahil Aydeen mahu merampas Nayli darinya.

"Tak percaya? Aku ada bukti".

Shah membuka telefon bimbitnya.

Rakaman suara ditekannya.

"Kau nampak pedulikan Deen. Kau tak takut ke kalau Deel salah faham?" Suara Shah mula kedengaran.

"Aku tak takut sebab Deel bukan jenis berdendam dengan adik dia. Aku cuma mahu membantu Deen. Deen lebih perlukan bantuan aku. Deel boleh uruskan diri dia. Af dan Fir juga ada. Tapi, Deen tak ada sesiapa tambahan lagi sejak kau datang. Deen rasa makin dipinggirkan". Suara Nayli seakan - akan marah.

"So, kau nak kata yang kau sayang Deen?"

"Ya. Aku sayang dia lebih dari sesiapa saja. Aku rasa dia penting".

Shah memandang Aydeel yang sudah berubah.

"Kau fahamkan apa yang aku kata? Aku tak salahkan adik kembar kau. Tapi, memang jelas Nelly lebihkan Deen. Kau tak tahu Nelly pernah peluk Deen. Aku tak sangka bila tengok semua tu".

"No! Kau tipu". Nafi Aydeel.

Nayli sayang dia.

Dia tahu. Nayli tetap akan melebihkan dia.

"Aku ada bukti". Shah menunjukkan gambar Nayli memegang bahu Aydeen sambil mata kedua - duanya bertentang seakan terkejut.

Sakitnya.

Aydeel menangis.

"Aku kesian pada kau. Mereka berdua mempermainkan kau. Kau aje yang bodoh sebab tak tahu apa - apa Deel".

"Keluar". Hanya itu aje yang Aydeel katakan.

Shah terkejut.

"Tolong keluar, Shah. Aku nak masa bersendirian". Suara tegas Aydeel membuatkan Shah bingkas bangun.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now