Deel & Deen 18

3.2K 300 14
                                    

LANGKAH dibuka menuju ke arah sebuah taman yang dihuni oleh ramai orang beriadah. Tatkala tiba di situ, Aydeen menendang kuat sepohon pokok tua yang bertumbuh teguh di bahu jalan untuk melepaskan perasaan geramnya.

Aydeen mula tersenyum sinis tatkala teringat kembali wajah bengang Zafir terhadapnya dan tangisan Qisha apabila dia mencium gadis itu. Puas hati? Ya, dia sangat puas hati seolah - olah dia baru sahaja selesai melunaskan dendam kesumatnya pada Zafir.

Tapi...

Senyuman Aydeen mati tatkala seraut wajah kecewa milik abang kembarnya sewaktu menamparnya tadi membuatkan tubir matanya menghangat. Tangisan terus sahaja terhambur.

Takkan dia hendak menipu bahawa dia sudah mulai sayangkan seorang Aydeel?

Hanya Aydeel yang masih ikhlas untuk berdiri disampingnya disaat dia cuba menghalau orang lain dengan menyakiti hati mereka. Sememangnya sudah ramai yang benci pada dirinya. Malahan, ada yang enggan untuk mendekati dirinya kerana takut disakiti lagi. Tapi, kenapa seorang Aydeel Hyriz tak pernah cuba untuk membenci dan menjauhinya? Kenapa abangnya itu masih cuba mendekati walaupun beribu kali disakiti dengan bicaranya?

Ayeen yang kebetulan sedang mencari Aydeen terkaku tatkala melihat abangnya sedang menghamburkan tangis.

Sekarang, gadis itu sendiri keliru.

Perasaan siapa sebenarnya yang paling terluka? Kenapa Aydeel menangis begitu teruk? Adakah abangnya itu marah dengan perbuatan sendiri atau marah dengan seorang Aydeen?

Nafas dihela perlahan - lahan.

"Cuba cakap baik - baik. Semua akan jadi lebih baik". Gumamnya.

Dia harus mengikut pesanan Aydeel.

Kemarahan takkan menyelesaikan sebarang masalah. Malahan, kemarahan akan lebih menambahkan masalah.

Ayeen terus membuka langkah mendekati Aydeen.

"Abang Deen", Lembut suara itu menegur.

Aydeen tersentak.

Secara pantas air mata lelakinya diseka.

Aydeen memusingkan tubuh memandang Ayeen yang tampak risau memandangnya.

"Abang Deen menangis?"

Aydeen berdehem.

"Menangis? Perkataan apa tu?" Soalnya kasar.

Ayeen tersengih nipis.

"Tak salah untuk mengaku yang Abang Deen menangis. Lelaki pun ada perasaan juga. Jadi, lelaki pun dialu - alukan untuk menangis",

"Merepek aje Ayeen ni".

Ayeen menghela nafas perlahan.

"Abang Deen nak tahu tak kenapa Ayeen sayang sangat pada Abang Deel?" Soal Ayeen lembut.

"Sebab dia baik. Ayeen tak perlu cerita pun Abang Deen dah tahu". Rungut Aydeen perlahan. Menyampah.

"Bukan",

"Habis kenapa Ayeen sayang sangat pada dia?" Soal Aydeen tak puas hati.

"Abang Deel suka buat orang di sekeliling dia rasa senang dengan kehadiran dia. Abang Deel cukup jaga perasaan dia sampaikan dia tak pedulikan perasaan sendiri. Abang Deel buat macam tu sebab dia trauma dengan Abang Deen. Abang Deen buatkan dia takut untuk mempertahankan perasaan sendiri", Bicara Ayeen membuatkan Aydeen terkedu.

"Apa yang Ayeen katakan ni?"

"Abang Deel dah banyak terseksa. Lepas Abang Deen pergi dia memang menangis teruk. Sehinggakan dia tak mahu makan disebabkan Abang Deen tau. Dia asyik salahkan diri sendiri. Banyak kali juga Abang Deel pengsan", Bicara Ayeen mengunci bicara Aydeen.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now