Deel & Deen 53

4.1K 406 103
                                    

RESAH Indah dibuatnya apabila kelibat anak mereka masih tidak kelihatan. Jarum jam sudah menunjukkan pukul enam. Lagi satu jam setengah azan maghrib akan berkumandang. Idlan tak pernah pulang selewat ini.

"Mana Idlan pergi ni?" Gumam Indah resah.

Indah terus berlari mendekati suaminya sebaik sahaja melihat Saiful sudah bersiap seakan - akan mahu keluar.

"Abang nak pergi ke mana?" Soal Indah lembut.

"Bersiap cepat. Kita akan bawa pulang anak kita". Arahan Saiful membuatkan Indah melopong.

"Maksud abang, Idlan dah pergi ke rumah keluarga kandung dia ke? Ya Allah, macam mana ni. Kita mesti akan hilang anak kita". Cemas! Indah sudah mula mahu menangis.

Idlan itu ditatang mereka bagai minyak yang penuh.

"Itu abang kata Indah kena bersiap cepat. Kita kena pergi ambil Idlan semula sebelum mereka meracun fikiran anak kita. Lekas abang tunggu". Tanpa membuang masa Indah terus saja berlalu ke bilik mereka.

Indah tak mampu fikir perkara lain melainkan Idlan.

Saiful menghela nafas.

Sejujurnya, dia tak sangka Idlan tergamak mahu menipu mereka. Malahan, Idlan juga mempermainkan Trisha. Mujurlah dia mengupah dua orang pekerjanya untuk mengikuti Idlan. Jika tidak tentu saja mereka berdua masih meninggu Idlan persis orang dungu.

Saiful tak kira.

Apa pun jadi. Jadilah.

Apa yang dia mahu cumalah Idlan. Jika Idlan tak ada maka dia sendiri tak mahu hidup kerana Idlan itu nyawa dia dan juga Indah.

Idlan cinta yang mereka tunggu selama 16 tahun.

+++

SEGAN. Itu yang terlintas dalam hati Idlan apabila dia dilayan persis tuan putera yang datang bertandang di rumah rakyat jelata. Mana tidaknya. Tak sempat dia capai sudu untuk cedokkan lauk mamanya dulu sudah tolong cedokkan. Malahan, nasi juga mama yang cedokkan. Papanya juga tak kurang seperti mama. Tukang tuang air untuk dia.

Aduhai...

Dia bukannya raja sehinggakan dia mahu mama dan papanya melayan dia seperti ini. Papa dan mama dia bukan hamba.

"Mama, papa..." Lembut suara Idlan membuatkan Harraz dan Ayreena memandang remaja lelaki itu.

"Id-Deen, umur berapa?" Soalnya polos.

Setiap kali Enrique bertanya tentang umurnya dia sentiasa cuba mengelak dari menjawab soalan itu. Padanlah bila dia bertanya tentang umurnya mummy dan daddy kelihatan kelu untuk menjawab.

"Tujuh belas tahun". Balas jawapan itu membuatkan Idlan diam.

Jadi, dia dan Qisha cuma berbeza setahun saja.

Idlan memandang Qisha yang sedang menjamah nasi. Setiap perlakuan Qisha semuanya nampak indah di matanya. Betul orang kata. Kalau dah cinta semuanya cantik. Tapi, Qisha memang cantik. Gebu!

Eyyy, rasa nak gigit je. Geram!

"Kenapa kau tengok Qisha macam nak terkam, Deen?" Tegur Aydeel tatkala melihat renungan adik kembarnya seolah - olah mempunyai angan - angan sendiri.

Ahli keluarganya terus memandang Idlan.

Idlan mengukir senyuman nakal tatkala melihat Qisha turut memandangnya.

"Ya, memang aku nak terkam pun. Geram sangat!" Balas Idlan bersahaja.

Habis hilang sifat polos tanpa cinta sejak Qisha datang semula dalam hidupnya. Dia rasa seperti dia orang lain. Perangai dia mula berubah nakal dari semasa ke semasa.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now