Deel & Deen 28

3K 328 29
                                    

SEMAKIN berat ujian yang dihadapi, semakin besar kasih sayang Allah terhadap hambaNya. Semakin kau cuba untuk istiqamah berubah, semakin berat pancaroba yang kau bakal hadapi untuk melihat keimanan kau...

Aydeen melangkah keluar menuju ke arah halaman rumah.

Sebaik sahaja dia mendekati buaian besi yang berada dihadapan rumah... Aydeen terus sahaja melabuhkan punggungnya di situ. Terasa tenang hatinya menerima cahaya bulan.

Sejujurnya, Aydeen rindu dengan kehidupan dia dan Aydeel ketika kanak - kanak. Meskipun pada ketika itu juga hubungan mereka terbatas. Tapi, dunia dia cuma Aydeel. Dia tak perlu menanggung sakit seperti sekarang ini.

Aydeen ketawa sendiri.

Semasa di asrama swasta ada beberapa orang sahaja yang ikhlas berkawan dengan dia dan cuba menjaga dia. Namun, dia tetap juga terpesong dan dibawa hanyut arus nafsu kerana dia tiada asas didikan.

Papa tak pernah menefonnya dan memberi pesanan apa yang perlu dan tak boleh dilakukan.

Hatinya kering kerana mama sudah lama berhenti mencurahkan kasih sayang kepadanya.

Dia menjadi keji kerananya dia berdendam dengan abang kembar sendiri.

Bodohnya dia.

Setitis demi setitis air matanya mengalir.

Dosa lalu yang dia lakukan kini berbalik padanya semula. Malahan, Ayeen juga turut menerima tempiasnya. Mama tak pernah percaya apabila dia cuba berubah. Mama masih menganggap dia mahu merosakkan segalanya.

"Abang Deen!"

Aydeen lekas menyeka air matanya tatkala mendengar suara Ayeen menegur. Bibirnya cuba melorek senyuman manis tatkala melihat Ayeen memakai cat's ear headphone yang berwarna merah jambu. Baju pijama hello kitty yang turut berwarna merah jambu membuatkan Ayeen kelihatan comel.

"Kenapa Ayeen tak tidur lagi?" Soal Aydeen sambil melihat Ayeen melabuhkan punggung di sebelahnya. Tubuh adiknya dipeluk.

"Kenapa Abang Deen tanya macam itu? Ayeen yang sepatutnya tanya Abang Deen soalan tu. Kenapa Abang Deen duduk seorang diri di luar? Tak sejuk?" Soal Ayeen lembut.

Aydeen tersengih.

"Tadi sejuk tapi sekarang dah tak sejuk sebab senyuman Ayeen dah cukup untuk memanaskan hati abang", Balas Aydeen santai.

Ayeen menampar peha Aydeen.

Meletus ketawa Aydeen melihat pipi Ayeen yang mula memerah. Tentu sahaja adiknya itu segan dengan usikkannya.

"Ayeen tak boleh tidur sebab Ayeen terfikir apa yang mama cakap kat Abang Deen. Kenapa Abang Deen tak menghalang mama dari pukul Abang Deen? Kemudian, Abang Deen teranglah perkara yang sebenar pada mama". Tutur Ayeen sambil memandang Aydeen.

Aydeen tersenyum nipis.

"Mama ialah ratu dalam hati abang. She can do what she want. Abang takkan cakap tak untuk dia". Bidas Aydeen tenang.

Ayeen menghela nafas lemah.

"Ayeen minta maaf. Ayeen sepatutnya report pada mama apa yang Muiz dah buat. Kalau Ayeen report awal - awal tentu Abang Deen tak kena marah. Mama mesti takkan lempang Abang Deen. Aye-Ayeen minta maaf". Ayeen mula menghamburkan tangisan dihadapan Aydeen.

"Hey, it's okey. Abang tahu Ayeen takut. Jangan nangis", Pujuk Aydeen lembut.

Wajah Ayeen yang bersisa dengan air mata itu disekanya.

"Perempuan yang cantik macam Ayeen mesti senyum. Ayeen akan nampak lebih cantik kalau Ayeen tersenyum. Ayeen nampak bersinar".

"Abang Deen memang pandai bermanis mulut kan?"

DEEL &  DEEN  (B4) Où les histoires vivent. Découvrez maintenant