Deel & Deen 46

3.8K 379 161
                                    

"SELAMAT pulang tuan muda". Terus sahaja pembantu - pembantu rumah menyambut kepulangan Idlan sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. Idlan mengukirkan senyuman manis.

"Terima kasih. Ini saya belikan coklat. Kongsi tau". Pesannya lantas memberikan sebungkus coklat kepada salah seorang pembantu rumah yang berdekatan.

Idlan terus berlalu menuju ke dapur manakala pembantu rumah di situ awal - awal lagi mengerumuni bungkusan yang diberikan Idlan.

"Mummy dan daddy!" Idlan pantas menerpa mummy dan daddynya. Kedua - duanya dipeluk dengan kasih sayang. Indah dan Saiful turut tersenyum senang dengan perangai lembut Idlan.

"Best tak teman Enrique pergi beli hadiah birthday mom dia?" Soal Saiful lembut.

Idlan mengangguk.

"Best sebab dia belanja Idlan makan. Idlan ada beli hadiah untuk Aunty Hannah memandangkan Enrique dah bersungguh mengajak Idlan pergi ke rumah dia malam ni. Mummy dan daddy pun pergi tau". Pesan Idlan.

"Mummy tak laratlah Idlan...."

"Daddy rasa daddy ada hal..."

"Alaaaa. Bolehlah kita pergi sama - sama. Idlan kekok kalau Idlan duduk seorang diri kat rumah Aunty Hannah dan Uncle Noh. Pweish, daddy. Daddy sayang Idlan kan?" Soal Idlan manja.

Saiful terus ketawa melihat gelagat Idlan.

"Daddy bergurau aje. Mestilah daddy pergi". Balas Saiful seraya mengusap rambut Idlan.

Idlan tersenyum suka.

"Mummmmmy? Mummmy pergi juga kan?" Soal Idlan sambil memandang Indah.

"Beri mummy dua sebab kenapa munny perlu pergi".

"First, Idlan Dean ni anak mummy. Second, mummy saaaayang Idlan sangat - sangat kan?" Tutur Idlan penuh nakal.

Bila Indah memandang Idlan, anak lelakinya itu mengerdipkan mata sambil tayang muka comel membuatkan Indah ketawa juga.

"Mummy akan pergi", Kata Indah seraya menarik lembut pipi Idlan.

Idlan tersengih suka.

"Daddy, tadi Idlan keluar dengan Enrique kat mall. Kami ada terserempak dengan married couple. Dia orang gelarkan Idlan ni Deen lepas tu dia orang buat muka sedih. Kali kedua pun waktu tengah makan ada budak comel panggil Idlan 'Deen'. Kenapa ya daddy? Idlan tak faham..." Cerita Idlan polos.

Air muka Indah dan Saiful terus saja berubah.

"Idlan jangan mudah percaya pada orang tau. Kalau mereka cakap apa pun jangan sesekali mendengarnya". Pesan Saiful dalam nada lembut. Bahu Idlan diusapnya penuh kasih.

Indah memeluk erat tubuh Idlan.

Awal - awal lagi mummynya menghamburkan tangisan.

"Mummy, janganlah menangis". Pujuk Idlan resah.

"Jangan tinggalkan mummy dan daddy, Idlan. Idlan aje satu - satunya anak yang kami berdua ada. Mummy sayang anak lelaki mummy. Mummy tak nak kehilangan Idlan". Tutur Indah teresak - esak.

Saiful juga menangis.

Sesungguhnya, mereka berdua takut kehilangan Idlan.

Baru dua bulan mereka merasa nikmat mempunyai anak seperti Idlan. Masih belum puas untuk mereka mencurahkan segala kasih sayang yang terpendam selama ini.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now