Deel & Deen 59

5.9K 394 52
                                    

TIDURNYA ditemani mama. Indah saja mimpinya apabila rambutnya dan pipinya dibelai mama. Hatinya tenang tatkala mama ada disampingnya. Sudah lama rasanya dia tak merasa bahagia sehingga begini.

Aydeen membetulkan postur tubuh badannya.

Kenyang perutnya disuap mama dengan sup ayam yang hangat. Malahan, mama menyediakan selimut yang cukup hangat untuknya.

Aydeen tersenyum suka tatkala mama mengusap lembut rambutnya.

"Masih rasa sejuk lagi?" Soal Ayreena dengan prihatin.

"Tak sejuk dah. Deen rasa semakin hangat sebab kasih sayang mama membantu menghangatkan tubuh Deen". Balas Aydeen jujur.

Ayreena memeluk erat tubuh Aydeen lalu dahi itu dicium penuh kasih.

Ya, Aydeen tak sesejuk semalam. Suhu tubuh Aydeen sudah kembali normal.

"Mama, Kak Qisha datang nak tengok Abang Deen. Boleh?" Soal Ayeen sebaik sahaja dia menguak pintu bilik Aydeel dan Aydeen tadi.

Ayreena memandang Aydeen yang sudah tersengih.

"Suka ea buah hati dia datang". Usik Ayreena sambil mencuit lembut pinggang Aydeen.

Aydeen ketawa.

"Suka!" Balas Aydeen jujur.

Ayreena mengusap lembut pipi Aydeen lalu dahi Aydeen diciumnya penuh kasih.

"Deen bersungguh ke dengan Qisha?" Soal Ayreena lagi.

Aydeen mengangguk.

"Deen nak kahwin dengan Qisha. Bila dah kahwin nanti kami boleh belajar sama - sama dan Deen senang nak jaga Qisha. Dalam masa yang sama boleh dah Deen... Ehem!"

"Gatal!" Meletus ketawa Aydeen apabila Ayreena mencubit pipinya.

Sekurang - kurangnya dia jujur. Dia memang nak buat macam itu.

"Kalau macam itu dua minggu lagi mama hantar rombongan meminang. Awal bulan tahun depan Deel dan Qisha nikah. Boleh?" Cadangan Ayreena membuatkan Aydeen mula tersengih lebar.

"Boleh!" Balas Aydeen pantas.

Ayreena tersenyum nipis.

Dahi Aydeen diciumnya lagi lantas Ayreena bangun untuk keluar dari bilik yang dihuni Aydeen.

Namun begitu langkahnya terhenti tatkala Aydeen menarik lembut tangannya. Ayreena menoleh memandang Aydeen.

"Terima kasih syurga. Terima kasih berikan kasih sayang pada Deen. Demi Allah, Deen bahagia". Ucap Aydeen bersama - sama senyuman ikhlas. Air menahan air mata dari jatuh.

Bibir merahnya melorek senyuman nipis.

"Sama - sama, Deen". Balas Ayreena seraya berlalu keluar tatkala Aydeen melepaskan tangannya.

Aydeen tersenyum.

Bahagia.

Papa dan mama ada dengan dia malam tadi. Papa yang memandikan dia dengan air hangat untuk memulihkan suhu tubuh badannya. Mama pula tak henti memberikan pelukan hangat dan kasih sayang seperti yang didambakan dia dulu.

"Deen!" Aydeen memerhatikan Qisha melangkah masuk ke dalam bilik dan gadis itu berlari mendekatinya.

"Bidadari dah datang. Oh tak... Diri ini belum bersedia untuk mati".

"Jangan cakap bukan - bukan!" Marah Qisha membuatkan Aydeen ketawa suka. Qisha menjeling Aydeen lalu dia melabuhkan punggung dihadapan lelaki itu.

"Jeling - jeling. Cium nanti baru tahu". Ugutan Aydeen membuatkan Qisha terkejut.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now