Epilog

6.3K 439 104
                                    

Assalamualaikum, Deel & Deen. Aku kirimkan al - Quran pada Deen sebelum dia pergi sebab aku nak Deen sentiasa pegang al - Quran ini. Aku nak Deen terus untuk mempercayai Allah. Maafkan segala kesalahan yang aku dah lakukan pada kau orang berdua selama kita berkawan ya? Aku tulis semua ni sebab aku dah rasa aku takkan ada lama dengan kau orang. Aku takkan dapat menjaga Deel macam yang aku janjikan. Deel, maafkan aku. Demi Allah aku tak ada perasaan pada Deen. Aku menjaga dia sebab aku takut Deen buat kerja gila. Maaf sebab mendekati Deen dapat menjadi modal untuk Shah menyebarkan fitnah. Maaf, Deel. Maafkan aku. Aku doakan kau bahagia. Aku harap Deen juga bahagia dengan Qisha. Aku harap kau teruskan kehidupan demi aku. InsyaAllah, kita boleh berjumpa di Sana kelak. Selamat tinggal. Kirimkan salam terakhir aku pada Af dan juga Fir - Nelly.

"NELLY..." Sebak suara Aydeel sebaik sahaja selesai membaca nota terakhir yang diberikan Nayli. Mujur saja dia baca bersama - sama Aydeen jika tidak tentu dia akan meraung.

Aydeen mengukirkan senyuman hambar.

Belakang tubuh Aydeel diusapnya dengan begitu lembut. Memujuk avabg kembarnya.

"Aku berdosa dengan dia. Aku tak bahagiakan dia walaupun itu kali terakhir dia bertemu aku. Aku tuduh dia secara melulu. Aku lelaki yang teruk". Adu Aydeel bersama - sama tangisan.

Disebabkan perasaan cemburu dia hilang kewarasan akal.

Cinta memang boleh buat manusia menjadi gila!

Aydeen memeluk erat tubuh Aydeel.

"Jangan menangis, abang. Kau tak tahu apa - apa. Aku tahu Nelly takkan sesekali salahkan kau sebab dia sayang sangat pada kau. Setiap kali Nelly jumpa aku saja dia akan cerita tentang kebaikan kau. Disebabkan Nelly juga aku sayang sangat pada kau, Deel". Pujuk Aydeen lembut.

Aydeel menangis teresak - esak.

Hari mereka habis SPM sepatutnya mereka menyambut bersama - sama. Tapi, disebabkan Nayli sudah pergi menghadap Ilahi, mereka berempat saja yang keluar menyambut kemerdekaan SPM.

"Deel, aku ada untuk kau kan? Aku takkan pergi mana - mana. Aku akan temankan kau aje". Kata Aydeen lagi.

Dia memandang wajah Aydeel yang basah dengan air mata lalu wajah abangnya itu diseka dengan begitu lembut.

"Jangan menangis dah. Hari ni hari bahagia aku. Abang kembar aku pun kena happy juga. Lagipun, kau kan dah dapat adik baru?" Soal Aydeen bersama - sama sengihan.

"Mestilah aku happy sebab Qisha jadi adik ipar aku. Af pun gembira juga. Tapi, aku masih rindukan Nelly". Melihat wajah mendung Aydeel, Aydeen mengemam bibir.

"Sayang!" Aydeen bingkas menyambar tangan Qisha yang kebetulan sedang melintasinya. Gadis yang baru dinikahinya itu nampak sedang mengekori mama dan mummy menyediakan lauk untuk disedekahkan kepada orang masjid.

"Ya?" Soal Qisha hairan.

"Panggilkan Af dan Fir. Kita pergi melawat kubur arwah Nelly. Suruh mereka bawa tikar dan yassin. Kita sedekahkan untuk Nelly sebagai penzahiran rasa rindu dan sayang kita". Bicara Aydeen membuatkan Qisha mengangguk faham.

"Baik abang". Akurnya.

Aydeen tersengih - sengih memerhatikan Qisha yang sudah semakin menjauh.

Seraut wajah abang kembarnya dipandang dengan senyuman.

"Kau cintakan Nelly, kita akan melawat dia hari ni".

"Betul ni, Deen?" Soal Aydeel sekali lagi.

Aydeen mengangguk.

Tubuh Aydeen dipeluk Aydeen dengan begitu erat. Air mata Aydeen gugur untuk sekian kalinya namun bersama - sama perasaan yang bercampur aduk.

Aydeen tersenyum nipis.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now