Deel & Deen - 1

7.5K 390 28
                                    

TENANG wajahnya memerhati tiga lelaki yang tertunduk bila bertentang mata dengannya. Bibir yang terukir senyum buat tiga lelaki itu menjadi lebih seriau. Di balik wajah tenang, renungan mata itu memandang mereka seperti mahu di siat - siat kulit mereka.

"Deel...", Lembut suara menyapa.

Spontan mata itu di kalih dari memandang mereka. Lega!

"Nelly", Bibir Aydeel tersenyum manis. Ikhlas.

"Ustaz Razli dah datang. Ni ke tiga pelajar yang bergaduh tu?" Soal Nayli sambil dia mendekati tiga lelaki yang berdiri sebaris.

"Nelly..", Mereka bertiga tersengih - sengih tatkala menatap wajah Nayli.

"Kenapa kau bertiga bergaduh eh?" Soal Nayli kasar. Dia mencekak pinggang. Wajah garang di tayang.

Namun soalannya tidak berjawab. Ketiga - tiga lelaki itu hanya tersengih memandang dirinya.

"Nelly", Tangan di tarik Aydeel menjauhi ketiga - tiga lelaki itu. Wajah terkebil - kebil Nayli buat Aydeel tersenyum nipis.

"Pasal budak bertiga ni biar aje aku yang settle. Af dan Fir mana?" Soal Aydeel. Matanya meliar mencari kelibat kawan baiknya. Dari tadi dia menyuruh mencari Ustaz Razli. Alih - alih Nayli yang jumpa dulu. Mereka berdua? Sampai sudah tak balik lagi!

"Oh, dia orang eh? Tadi aku nampak mereka jumpa Cikgu Su. Tolong cikgu angkat barang - barang naik bilik guru", Tukas Nayli. Aydeel terangguk - angguk.

"Deel...", Suara tua menyeru buat Aydeel mengalihkan pandangannya ke arah Ustaz Razli. Sekali lagi bibirnya membentuk senyum.

"Ustaz", Tubuh di tunduk sedikit tanda hormat.

Ustaz Razli memandang tunak wajah Aydeel. Dalam lembut sikapnya, terselit tegas. Dalam indah tuturnya, lidah tercipta kadang berbisa. Dalam tenang wajahnya, membawa seribu satu makna.

Itu menjadi punca mengapa dan kenapa semua pelajar yang mempunyai masalah disiplin cukup gerun dengan Aydeel. Walhal, mengamuk pun masih dia belum pernah lihat lagi. Tapi mata itu memang benar - benar mampu menggerunkan sesiapa saja yang melihat.

"Kamu berdua pergilah masuk ke kelas. Maaflah sebab ganggu waktu PDP kamu", Lembut suara Ustaz Razli bertutur.

Aydeel tersenyum segaris.

"Saya tak kisah pun, ustaz. Lagipun, tegakkan peraturan sekolah memang dah jadi tugas saya", Balas Aydeel tenang. Nayli yang berdiri di sebelah Aydeel turut tersenyum manis.

"Saya dah masak dah dengan perangai kamu tu Deel. Iyalah, pergi masuk kelas. Nanti cikgu yang mengajar kamu tu kata apa pula. Buat cikgu marah, ilmu yang di ajar memang takkan masuk. Tak berkat", Terang Ustaz Razli buat Aydeel mengangguk.

"Kalau macam tu, kami minta diri dulu ustaz". Pamit Aydeel. Tangan di sua pada Ustaz Razli lalu tangan tua itu di ciumnya tanda hormat.

Ustaz Razli tersenyum. Gemar dia dengan tingkah Aydeel. Memang menyejukan hati sesiapa yang memandang.

"Assalamualaikum Ustaz", Pamit Nayli pula. Kepala di tunduk sedikit tanda hormat.

"Jom Nelly", Tangan Nayli di tariknya mengikuti langkahnya. Kalut Nayli mengikuti langkah Aydeel.

"Waalaikumusalam", Balas Ustaz Razli. Matanya tak lepas memandang kelibat Aydeel dan Nayli yang semakin menjauh.

Bibir tuanya mengukir senyum.

Dia percaya kelak, Aydeel mampu menjadi pemimpin yang baik dan adil.



BIBIRNYA tersenyum sinis. Derap langkah yang yakin dan penuh aura tersendiri buat mata yang memandang langsung tak berkalih. Apatah lagi mereka bagaikan melihat raja yang diiringi pengawal peribadi bilamana kawan - kawan lelaki itu berjalan mengikuti setiap langkahnya.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now