Deel & Deen 47

3.6K 382 123
                                    

CELIK saja mata. Telefon bimbit perkara pertama yang digapainya. Trisha terus sahaja membuka aplikas whatsapp lalu nombor Idlan ditaip. Gambar profile Idlan ditekannya. Trisha mengukirkan senyuman manis melihat gambar itu.

Masih kacak seperti dulu.

Tapi, lebih baik berbanding dulu.

Bicara Idlan semalam masih lagi terngiang - ngiang di halwa telinganya. Idlan mahukan gadis yang suci untuk dijadikan isterinya. Tapi, bagaimana? Dia telah kehilangan daranya selepas menjadi teman wanita Shah. Sekarang, dia sudah tiada apa - apa untuk diberikan kepada Idlan.

Trisha mengemam bibir.

Meskipun begitu, Idlan tentu aje akan bertanggungjawab sekiranya mereka berdua terlanjur kan?

Assalamualaikum, Idlan. Boleh awak temankan saya keluar pergi beli baju? Saya rasa saya nak berubah - You.

Trisha hanya menunggu mesejnya dibalas Idlan.

Sungguh, berdebar apabila melihat Idlan sedang menaip untuk membalas mesejnya. Arghhh dia teruja!

Waalaikumusalam, Trisha. Boleh. Tiga puluh minit lagi saya datang ambil awak. Bawa Enrique sekali sebab saya tak mahu menimbulkan fitnah. Jumpa nanti - Idlan.

Trisha memasamkan wajah sebaik sahaja membaca mesej yang dibalas Idlan.

Kenapa perlu begini?

Okey, Idlan. Jumpa nanti. I love you - You.

Seen.

Trisha merengus geram.

Malas mahu sebal lantas dia bangun untuk bersiap secantik yang mungkin demi Idlan. Tak kiralah hilang ingatan atau tidak Idlan masih tetap juga degil sama seperti dulu.

Benci betul!

+++

DEMI seorang Aydeen Hyraz, empat orang remaja itu sudah merayau di tengah mall menuju ke sebuah kafe untuk memulakan kerja. Tapi, sampai sekarang Ayeen masih lagi geram kerana dia terpaksa memakai skirt hitam labuh yang mencecah ke buku lali. Itu memang tak menjadi masalah. Apa yang menjadi masalahnya, di belakang kain itu sudah terjahit kemas ekor arnab yang gebu!

"Ayeen, termenung apa lagi?" Soal Aydeel sambil mencuit lembut pipi Ayeen.

Terus sahaja gadis itu tersedar dari lamunannya.

Aydeel dan Zafir menjadi barista. Manakala, Qisha pula menjadi pelayan di kafe itu. Pakaiannya juga tak kurang comelnya.

"Cari Deen dan pancing dia datang sini tau". Pesan Qisha.

Ayeen mengangguk.

"Jaga diri. Rash, kau jaga adik abang elok - elok. Jadi apa - apa pada Ayeen...." Aydeel menayangkan penumbuk dihadapan Firash membuatkan Firash menayangkan sengihan cuak.

"Rash janji Rash akan jaga Ayeen". Balas Firash lembut.

Aydeel menghela nafas lalu dia mengukirkan senyuman manis.

"Buat kerja tu hati - hati. Kalau ada orang buli si cantik abang ni. Beritaju saja. Abang akan belasah mereka cukup - cukup!" Tekad Aydeel.

Ayeen tersenyum.

"Terima kasih. Kami pergi dulu". Bidas Ayeen seraya mencium pipi Aydeel. Kemudian, lengan baju Firash ditariknya keluar dari kafe. Bila difikirkan semula, tugas mereka untuk menjadi promoter kafe agak mudah kerana mereka dibenarkan berjalan di sekitar mall untuk mengajak pelanggan datang ke kafe mereka.

"Nasib baik kau ikut Abang Deel. Ada juga job lebih untuk kita". Bicara Firash membuatkan Ayeen mencebik.

"Kau comel. Mesti lagi senang nak tarik pelanggan". Tokok Firash lagi.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now