-RASH-
Aku on the way datang ke rumah kau. Uncle Zaf minta aku tolong tengok - tengokkan kau sekali.BIBIR nipis Ayeen terus sahaja memekar dengan senyuman manis sebaik sahaja dia membaca sebaris pesanan ringkas dari Firash. Memang sudah di sangka papanya sentiasa mempercayai Firash sebagaimana papanya mempercayai Uncle Am.
Loceng yang tiba - tiba sahaja berbunyi lantang membuatkan Ayeen laju sahaja berlari ke daun pintu. Dia agak, abang - abangnya itu sudah pulang dari kedai untuk membeli barang basah yang dia minta belikan tadi.
Tapi...
“Ayeen?”
“Rash?” Serta - merta pipi Ayeen merona merah. Langkah di atur ke belakang tatkala menyedari kepalanya togel tanpa sebarang alas. Apatah lagi bajunya juga berlengan pendek.
Tanpa sebarang bicara Ayeen terus mencicit lari naik ke biliknya.
Firash hilang kata.
Sejujurnya, dia terpesona melihat Ayeen sebegitu.
“Eh, Rash?” Ayreena membetulkan tuala di atas kepalanya. Terkebil - kebil juga bila dia melihat Firash tiba - tiba sahaja berdiri di hadapan pintu yang terbuka.
“Assalamualaikum, Aunty Reen”. Sapa Firash bersama sengihan.
“Waalaikumusalam. Macam mana pintu boleh terbuka ni?” Soal Ayreena hairan. Hendak di kata Firash punya kunci rumah, itu sangat mustahil.
“Erm, Ayeen buka. Kemudian dia lari naik ke atas sebab nak pakai tudung”, Dalam serba salah Firash bercerita. Takut juga mama kepada Ayeen mengamuk. Sudahlah papanya pernah pesan bahawa mama kepada Ayeen ini garang orangnya. Hish, takut dia!
Ayreena tersenyum nipis.
Padanlah tengok muka anaknya gadisnya menjadi semerah tomato.
“Masuklah dulu. Nanti Ayeen turun”, Kata Ayreena.
“Terima kasih, Aunty Reen. Rash minta maaf tau. Rash memang tak sengaja nampak aurat Ayeen”.
“Tak apa, aunty faham”. Balas Ayreena tenang.
Kemudiannya, dia terus berlalu ke dapur dan meninggalkan Firash berteleku seorang diri di ruang tamu.
Firash menghela nafas lega.
Mujur dia tak kena amukkan sang singa. Jika tidak...
“Maaf, lambat!”
Sepasang anak mata Firash hanya memerhati Ayeen yang sudah lengkap bertudung. Bajunya juga lebih sopan berbanding tadi. Dalam hati dia tak mampu nak menafikan bahawa Ayeen memang punya kulit yang cantik. Putih bersih dan berwarna merah kemerahan.
“Kau memang seksi ke kalau duduk rumah?” Soal Firash bersama sengihan. Niatnya hanya mahu mengusik.
Mendengarkan soalan Firash, darah terus sahaja berebut - rebut menyerbu ke muka. Malunya dia langsung tidak terkata!
“Jangan cakap tentang topik tu boleh? Kau lupakan je”,
Firash tersengih.
“Nak tak nak terpaksa juga lupakan apa yang aku nampak tadi. Tapi kau memang cantiklah. Nasib baik aku je yang nampak dan bukan lelaki lain. Kalau lelaki lain, mesti dah terabur hati dia orang semua sebab tengok kau tadi”,
YOU ARE READING
DEEL & DEEN (B4)
Teen FictionAYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata orang, Aydeel tak ubah seperti ubat pemikat hati! Namun dalam diam terselit rahsia yang tak ingin dia buka pada seorang Aydeen. AYDEEN Hyr...