SEBAL hati lelakinya apabila memikirkan tindakan Aydeel yang lebih menangkan kawan - kawan berbanding adik sendiri. Salahkah dia ingin berang atas kecuaian kawan - kawan abangnya?
Aydeen berdecit geram.
Apa yang dia sedang fikirkan ni? Sejak bila dia sibuk mahu mengambil tahu tentang Aydeel? Dia bukan sukakan abangnya pun. Ya, dia sangat bencikan abangnya!
Langkah Aydeen mati apabila belakang tubuhnya terasa basah. Rahangnya mengeras dan dia berpaling untuk melihat gerangan manusia yang berani mengotorkan bajunya. Selama dia bersekolah, belum pernah lagi mana - mana manusia yang berani mengotorkan bajunya.
“Ya Allah, baju awak dah kotor! Saya minta maaf. Saya tak sengaja”. Kalut gadis yang manis bertudung itu memohon maaf. Gerun dia jadinya apabila melihat muka bengis lelaki di hadapannya. Menakutkan!
“Eh perempuan, kau ni jalan pakai mata atau lutut? Jalan tengok depanlah! Buta ke apa?!” Cemuh Aydeen.
Perkataan maaf yang di ucapkan oleh si gadis seketika tadi dibiarkan bagai angin lalu.
Hatinya cukup kebal dengan perkataan maaf. Dia sememangnya sudah muak dengan ayat itu.
“Saya betul - betul tak sengaja. Sumpah!”
Aydeen ketawa sinis.
“Kau pasti ke tak sengaja? Ataupun kau memang sengaja. Perempuan macam kau ni tentu akan buat apa - apa sahaja untuk dapatkan perhatian aku kan? Dasar murahan”. Hina Aydeen lagi.
Baginya, perempuan hanya layak di jadikan alas kaki. Dia tak perlukan perempuan untuk berdiri di sisinya.
Terkebil - kebil si gadis itu memandang seraut wajah kacak milik Aydeen. Tak faham dengan bicara angkuh lelaki itu.
Perasan sungguh. Bila masa pula dia acah - acah tersadung dan mencampak air kepada lelaki itu? Memang tak terniat langsung pun. Tak pernah walaupun sepintas lalu.
“Saya betul - betul minta maaf. Maafkan saya”. Ujarnya perlahan.
Kata abangnya, minta maaf sajalah. Tak kira sama ada betul ataupun salah. Menjadi orang yang pertama meminta maaf, bukan bererti hina. Malahan, tampak hebat kerana telah berjaya merendahkan ego sendiri.
Aydeen tersenyum senget.
“Kau ingat perkataan maaf tu boleh buat baju aku ni bersih semula ke?”
Si gadis mengetap bibir.
Dia bukannya seorang gadis yang sangat - sangat penyabar. Tak mustahil jikalau berlama - lamaan dengan lelaki yang kurang ajar seperti Aydeen, terlepas juga penampar sulungnya.
“Eh, kau dengar sini. Lain kali... jalan tu guna mata! Muka tu dah lah buruk. Jangan jadi buta pula!” Hambur Aydeen.
Seronok dia apabila melihat wajah gadis di hadapannya sudah bertukar merah. Marah. Sudah lama dia tidak bertengkar sejak keluar dari sekolah lamanya.
“Suka hati awaklah. Saya dah cakap saya minta maaf. Saya tak sengaja. Jadi, saya rasa tak perlu kut sampai awak nak menghina saya!”
YOU ARE READING
DEEL & DEEN (B4)
Teen FictionAYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata orang, Aydeel tak ubah seperti ubat pemikat hati! Namun dalam diam terselit rahsia yang tak ingin dia buka pada seorang Aydeen. AYDEEN Hyr...