Deel & Deen 22

3.3K 295 20
                                    

"QISHA!" Setelah penat mengejar Qisha, akhirnya Aydeen membuat keputusan untuk menghalang laluan gadis itu. Hanya kerana seorang Nur Qisha, Aydeen terpaksa mengerah tenaga untuk berlari di awal pagi. Haish.

"Awak nak apa?" Soalnya penuh dingin.

Aydeen menghela nafas.

"Aku nak minta maaf atas kekasaran aku terhadap kau dan aku betul - betul minta maaf sebab cium kau. Aku tak sepatutnya jatuhkan maruah kau depan orang ramai. Maafkan aku".

Qisha diam.

"Weh, dengar tak?"

"Saya dengar, Deen. Tapi tolonglah berhenti mengganggu saya lagi. Saya maafkan awak. Awak jangan tunjuk muka awak depan saya lagi". Pesan Qisha dingin.

"Kau bencikan aku?"

"Saya tak bencikan awak. Saya cuma nak hidup saya bahagia tanpa awak". Tutur Qisha seraya mengatur langkah meninggalkan Aydeen sendirian.

Aydeen menoleh memandang Qisha yang berlalu pergi.

Auch.

Rasa macam plastik sampah pula. Kena buang senang - senang je.

Aydeen menolak lidah ke pipi.

Qisha tak suka dia? Tak apa. Tak apa. Dia akan kacau hati Qisha sehinggakan gadis itu merindukan dia. Heh.

"Hai, Deen!"

"Eh, kakak ipar".

Nayli terkebil - kebil mendengar bicara Aydeen. Kakak ipar? Siapa? Dia ke?

"Ehem. Maksud aku, Nelly. Apa hal?"

"Kau ada nampak Deel tak? Aku cari dia kat library tadi. Tapi, aku masih tak jumpa dia. Kau tahu dia ada di mana? Atau dia masih tak datang lagi?" Soal Nayli perlahan.

"Dia dah datang sekolah. Aku pasti dia ada kat dalam kawasan sekolah ni. Nanti, aku dah jumpa dia... Aku akan lekatkan kau berdua dengan gam gajah". Tutur Aydeen bersama - sama sengihan nakal.

"Gam gajah? Apa yang kau merepek ni, Deen?"

"Abang kembar aku sukakan kau. Takkan kau tak nampak lagi?" Soalan Aydeen membuatkan Nayli terkedu.

Pipi gadis itu mula bertukar rona.

"Comel kau blushing. Tapi, kau bukan taste aku. Jadi, aku pergi dulu. Bye, kakak ipar!" Pamit Aydeen lantas membuka langkah berlalu dari situ.

Aydeen tergelak nakal.

Aydeel sepatutnya ada disitu bersama - sama Nayli. Tentu lebih menyeronokkan jika dia mengusik kedua - duanya sekali!

Aydeen mengatur langkah menuju ke kelasnya.

Ada beberapa orang gadis yang cuba menegurnya tetapi sengaja dia mengendahkan kerana minatnya hanya tertarik pada Qisha sahaja. Tak tahu apa yang menarik pada gadis itu sehinggakan fikirannya langsung tak mampu melupakan Qisha.

Adakah dia sudah mendapat kifarah dari Allah atas dosa yang dia lakukan?

"Deen!" Suara Aydeel yang menyeru membuatkan Aydeen mencari abang kembarnya. Bibirnya mengukirkan senyuman manis tatkala melihat Aydeel melambai mesra ke arahnya. Namun, senyuman itu hilang apabila seraut wajah sinis Shah menjamu ruang matanya.

Saat itu, masa terhenti.

Kenapa musuhnya ada di sini?

+++

HAMPIR semua rakan sekelas mereka memandang aneh ke arah Firash dan Ayeen yang mula tampak janggal. Perkara ini kelihatan sangat pelik. Ayeen takkan pernah menjauhkan diri dari Firash meskipun lelaki itu begitu gengster. Ayeen memang kelihatan sebati dan arif dengan perangai Firash. Tapi kali ini Ayeen tampak enggan mendekati Firash.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now