Deel & Deen 36

3.2K 349 86
                                    

NAYLI berjalan bersendirian untuk pulang ke rumahnya. Namun, wajahnya mendung tatkala teringat kata - kata Aydeel padanya. Seteruk itukah dia di mata Aydeel sebenarnya?

Langkah Nayli mati apabila seraut wajahnya ditutup dengan kain hitam lantas dia dipukul sehingga pengsan.

Apabila dia terjaga saja bukan kawasan rumahnya yang dia berada sekarang. Ini bilik seseorang dan dia berada di dalam rumah seseorang.

Nayli memerhatikan tangannya yang sudah diikat dengan tali.

Kepalanya turut disentuh.

Mana tudung dia? Allah...

"Oh, kau dah bangun". Nayli mengangkat wajah memandangb seorang lelaki yang kelihatan sebaya Ayeen melangkah masuk ke dalam bilik yang dihuninya bersama - sama segelas air.

"Aku ada kat mana?" Soal Nayli perlahan.

"Rumah kami. Kau dah bangun. Aku kena beritahu abang aku".

"Nan-nanti!" Nayli pantas menyeru lelaki itu sebelum lelaki itu pergi meninggalkan dia bersendirian di dalam bilik.

"Tolong lepaskan aku. Aku nak balik". Rayu Nayli.

"Tak boleh. Abang aku dah bersusah payah heret kau datang sini. Takkan aku nak susahkan dia lagi untuk tangkap kau? Duduk aje dalam bilik ni. Tunggu sampai abang aku datang". Bidas lelaki itu dingin lantas dia berlalu meninggalkan Nayli seorang diri di dalam bilik.

Nayli menahan tangisan.

Macam mana dia boleh datang sini sedangkan dia memang berniat mahu pulang?

Nayli tunduk membuka ikatan pada kedua - dua kakinya. Tak kira apa yang akan jadi dia tetap nak cuba lari. Demi nyawa yang Allah berikan dia takkan menyerah.

Dedaun pintu dikuak dari luar.

"Nelly!" Melebar sengihan Shah tatkala melihat Nayli sedang sibuk meleraikan ikatan pada kedua - dua kaki gadis itu.

Nayli mengabaikan Shah.

Tali itu berterusan dibukanya. Namun, tangannya terasa menggeletar sehingga dia tak mampu meleraikan tali dengan betul. Dia tahu. Dia sedar. Sekarang, memang dia takut dengan Shah kerana dia terkurung di dalam bilik lelaki ini dengan keadaan berikat.

Dia tahu Shah bakal memusnahkan dia.

Shah mengusap lembut rambut Nayli.

"Jangan sentuh aku!" Jerkah Nayli apabila Shah sengaja memintal rambutnya.

"Kedekut. Deen mesti dah sentuh lebih dari ni. Kau biarkan saja sebab kau pun mesti ada perasaan pada dia juga kan? Tipikal. Perempuan kenal Deen aje terus jatuh cinta dengan dia. Jantan tak guna macam itu pun semua orang nak. Bodoh".

Nayli mengetap rahang.

"Kau yang fitnah aku pada Deel! Kau buat Deel bencikan aku!" Jerkah Nayli geram.

Shah hanya ketawa saja melihat Nayli menangis.

"Nelly, kau selalu berlagak dengan aku. Aku perhatikan kau aje tau. Kau berkepit dengan Deen sebab kau takut aku apa - apakan kau. Betul tak?" Soal Shah sinis.

Nayli diam.

Shah menekan bahu Nayli sehingga gadis itu terbaring secara paksa di atas katil. Nayli lekas sahaja meronta di atas katil tatkala Shah mula naik menindihnya. Kaki Nayli yang terikat ditahannya.

Shah ketawa sinis.

"Lepas!"

"Mana Deen, Nelly? Mana dia bila dia janji nak lindungi kau daripada aku? Kau kena sedar. Deen tu penipu, Nelly. Deen penipu".

DEEL &  DEEN  (B4) Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora