Deel & Deen 50

4K 352 172
                                    

LENA Idlan terganggu apabila telefon bimbitnya berdering. Tergapai - gapai tangan Idlan mencapai telefon bimbitnya lantas ikon berwarna hijau dilekapkan pada telinga tanpa melihat nama pemanggil.

"Assalamualaikum, nak apa pagi - pagi ni? Orang nak tidur pun kacau". Rungut Idlan tak puas hati. Lepas subuh tadi dia tidur semula sebab semalam mummy dan daddynya mengajak dia menonton drama cinta 50 episod pada satu malam. Jadi, memang dia letih dan mengantuk.

"Waalaikumusalam. Awak memang suka buat janji capati eh? Saya bersiap cantik - cantik sebab tunggu awak. Tapi, dah dekat satu jam awak masih tak sampai - sampai!" Meluas terus mata Idlan sebaik sahaja dia mendengar suara Qisha.

Oh my Allah!

"Qisha, saya minta maaf! Saya tertidur tadi. Sayang tunggu sekejap tau. Saya datang". Tutur Idlan kalut.

Sebaik sahaja Qisha mematikan panggilan, Idlan bingkas berlari masuk ke dalam bilik air lalu dia bersiap secepat yang mungkin. Qisha baru aje nak setuju kahwin dengan dia. Argh, niaya aje kalau gadis itu tiba - tiba menolak dia menjauh. Tidak!

Penyisir rambut dicapai bersama - sama pomade. Sejurus itu, Idlan terus melangkah keluar menuju ke bawah.

Langkah Idlan terhenti melihat dua pengawal peribadi berbadan dua kali ganda tubuhnya berdiri mengapit mummy dan daddynya. Idlan mengukirkan senyuman manis lalu dia menyambung langkahnya mendekati mummy dan daddynya.

Tangan Saiful dan Indah disalamnya.

"Idlan nak pergi mana?" Soal Indah lembut.

"Nak pergi jumpa bakal menantu mummy dan daddy. Alang - alang, Idlan nak pergi bermalam kat somewhere seminggu. Mummy dan daddy tak kisah kan?"

"Daddy kisah, Idlan. Somewhere mana tu?"

"Idlan tak tahu tapi Idlan kena ikut syarat Qisha kalau Idlan nak kahwin dengan dia". Kata Idlan polos.

"Idlan tak payahlah ikut cakap perempuan macam tu. Duduk ajelah rumah. Nanti entah ke mana - mana dia bawa anak mummy pergi. Mummy takut mumny hilang Idlan". Tutur Indah bersama - sama suara sayu.

Tangan Idlan digenggamnya lembut.

"Idlan nak kahwin sangat daddy suruh anak dara kawan - kawan daddy beratur depan Idlan. Idlan pilih aje yang mana satu Idlan suka". Ujar Saiful kurang senang. Berdasarkan apa yang penyiasat peribadinya beritahu gadis yang bernama Qisha itu sememangnya akrab dengan keluarga lama Idlan. Maka, gadis itu tentu saja akan menjadi pemisah mereka.

"Daddy, Idlan tak nak perempuan lain. Idlan nak Qisha".

"Kenapa perempuan tu? Bukan ke sama saja semua perempuan?" Soal Saiful lagi.

Idlan menyentuh dada kirinya.

"Idlan pilih dia sebab di sini ada perasaan yang buat Idlan sentiasa jatuh sayang pada dia. Idlan tak boleh kawal diri sendiri bila Idlan dekat dengan Qisha. Mummy dan daddy faham kan?" Soal Idlan lembut.

Saiful menggeleng. Indah juga begitu.

"Idlan tak boleh keluar". Bicara Indah membuatkan Idlan melopong.

"My, jangan macam ni. Idlan janji lepas Idlan kahwin nanti Idlan bawalah Qisha jumpa mummy dan daddy. Kami tinggal kat sini sampai mummy dan daddy puas hati". Tutur Idlan dengan lembut.

"Itu bukan masalahnya. Daddy tak mahu Idlan keluar dari rumah ni. Idlan duduk aje kat rumah. Idlan minta aje apa yang Idlan nak daddy akan berikan".

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now