Deel & Deen 26

3.1K 361 34
                                    

FIRASH sendiri mampu mengakui bahawa dia bukanlah lelaki yang penyabar jika hendak dibandingkan dengan perangai Ayeen yang sudah mula berubah sekarang ini. Ayeen seakan - akan fobia melihatnya walhal dia sekalipun tak pernah melakukan perkara terkutuk pada Ayeen.

Kebetulan, Firash terlihat kelibat Ayeen yang baru sahaja keluar dari tandas dengan wajah yang kelihatan sembab dan juga pipi yang masih basah kerana tersisa dengan air mata. Ah, ini Ayeen yang Firash Amril kenali. Ayeen yang mudah menangis dan beritahu segalanya dengan kejujuran bukan Ayeen Hazreen yang sentiasa berusaha melarikan diri.

"Ayeen", Firash terus menegur Ayeen yang sudah berura mahu masuk ke kelas.

Air muka Ayeen terus sahaja berubah apabila seraut wajah Firash memenuhi ruangan matanya. Perasaan resah dan takut mula menyelubungi diri. Jika dia tak menjaga jarak dan pergaulannya dengan Firash, dia sendiri yang akan mendapat bahananya.

Ayeen bertindak mahu melarikan diri. Namun, Firash lebih cekap menangkap lengan kanan Ayeen. Kalut gadis itu menyeka air mata yang mula mengalir sebaik sahaja pandangan mereka bertemu.

"Aku tahu kau sembunyikan sesuatu dari aku", Tutur Firash geram.

"Aku tak sembunyikan apa - apa. Aku tak mahu berkawan dengan kau lagi. Aku dah ada Muiz. Dia jauh lebih baik dari kau. Dia budak yang pandai. Kau bodoh. Aku benci kau",

"Kau tipu", Balas Firash bersahaja.

Dia bukanlah baru mengenali Ayeen sehari dua. Keluar aje dari rahim uminya, dia sudah mengikat tali persahabatan dengan Ayeen kerana papa dan mama Ayeen merupakan kawan baik umi dan abinya.

"Lepaslah", Dia cuba merungkaikan pegangan Firash.

"Beritahu aku secara jujur. Apa yang Muiz dah buat sehinggakan kau bertindak menjauhi aku secara tiba - tiba? Kau tak pernah mendahulukan orang luar melebihi aku",

Ayeen mengetap bibir.

"Ayeen, aku janji dengan kau yang aku akan jaga kau. Aku sanggup buat apa - apa sahaja asalkan kau tak sengsara. Mungkin kau boleh nafikan perasaan kau. Tapi,aku boleh baca kau macam aku baca buku. Mata kau tak boleh tipu", Tutur Furash dengan nada yang cukup lembut. Sebolehnya, dia cuba memujuk Ayeen untuk berterus terang dengannya supaya dia dapat membalas segalanya.

Ayeen mula menangis.

"Aku takut", Ayeen mula mengaku membuatkan Firash menguntum senyum.

"Kau takut apa?"

"Di-dia paksa aku menjauhi kau. Dia berikan aku kekerasan dengan gangguan seksual. Aku takut nak mengadu sebab dia kata yang dia akan memalukan keluarga aku dan dia akan rosakkan maru-", Bicara Ayeen mati tatkala melihat Muiz berdiri tak jauh dari mereka berdua sambil memeluk tubuh. Muiz mengukirkan senyuman yang kelihatan manis namun sebenarnya berbahaya.

Ayeen meleraikan tangan Firash dari terus memegang lengannya lantas Ayeen meminta pamit sebelum Firash sempat mahu menghalang.

Firash memerhatikan Ayeen yang nampak takut dari jauh.

Tak boleh dibiarkan. Dia harus lakukan sesuatu meskipun dia terpaksa mengambil risiko.

+++

SUBJEK matematik yang diajar oleh seorang guru dihadapan tidak dapat meresap ke dalam fikirannya apabila seraut wajah kecewa Qisha mula terbayang di dalam fikirannya. Kenapa dia rasa resah memikirkan Qisha sedangkan dia tak pernah punya perasaan pada gadis itu.

Pap!

Bahu kanan Aydeen terasa ditepuk membuatkan Aydeen memandang wajah abang kembarnya yang kelihatan risau melihatnya.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now