Deel & Deen 24

4.2K 371 35
                                    

SESUNGGUHNYA, berdosa seorang anak sekiranya merajuk ataupun menyimpan perasaan marah terhadap ibunya. Namun, Aydeen bukan mahu merajuk atau sebagainya. Aydeen cuma mahu mengelak dari bertentangan empat mata dengan si mama agar hati rapuhnya ini tak lagi terluka.

Dia tak mahu minta harta segunung. Dia tak mahu minta perhatian seperti Aydeel dan Ayeen dapat. Apa yang Aydeen mahu cuma kasih sayang dari si mama. Aydeen mahu mamanya tersenyum dan gembira kerana dia. Tapi, Aydeen sedar bahawa mamanya takkan pernah tersenyum kerananya.

Dia pembawa masalah.

"Deen marilah makan". Suara Harraz menggamit Aydeen kembali ke alam realiti.

Aydeen yang sedang kebetulan mahu turun dari tangga terhenti memandang seraut wajah papanya.

"Deen tak lapar. Papa pergilah sarapan dengan yang lain". Ujar Aydeen ringkas.

"Deen jangan macam ni. Penat papa dan mama masak untuk Deen. Deen sarapan sikit ya? Semalam pun Deen tak makan".

"Papa dan mama tak perlu bersusah payah masak untuk Deen. Deen tak layak". Balasnya dingin.

"Deen. Papa dah ajak kau makan tu. Marilah makan. Jangan buat perangai macam ini lagi. Kecil hati mereka". Tegur Aydeel pula.

Aydeen bukanlah sedegil ini.

Aydeen mengukirkan senyuman sinis.

"Kau baik kan? Kau pergilah makan dengan mereka. Hari ini aku nak datang ke sekolah awal sikit. Aku ni anak derhaka. Bakal ahli neraka. Mana layak nak duduk dengan orang yang baik". Bidas Aydeen seraya melangkah keluar dari rumah tanpa menghiraukan perasaan keluarganya.

Aydeen bukanlah mahu menyakitkan hati keluarga. Tapi, hati ini sudah terlalu rapuh.

Aydeen sendiri tak mengerti apa silapnya pada si mama sehinggakan setiap kesalahannya akan dibenci mama. Mungkin dia memang tak patut lahir di dalam keluarga ini.

+++

DIA takut untuk datang ke sekolah. Pelbagai prasangka buruk mula menjengah mindanya. Bagaimana jika Muiz cuba melakukan perkara terkutuk lagi pada dia? Apa yang dia patut buat? Nanti maruahnya juga akan tercemar.

Ya Allah, dia takut.

Dedaun pintu bilik Ayeen diketuk dari luar.

"Ma-masuklah". Gamitnya.

Harraz masuk ke dalam bilik itu memerhatikan anak gadisnya yang kelihatan pucat.

"Ayeen tak apa - apa?" Soal Harraz risau.

Ayeen mengukirkan senyuman kelat.

"Ayeen tak sihat hari ni papa. Ayeen tak nak pergi sekolah". Balas Ayeen lembut.

"Ayeen dah beritahu Rash?"

Ayeen menggeleng.

"Papa akan beritahu Rash yang Ayeen tak sihat. Jadi, Ayeen berehatlah. Semoga cepat sembuh". Harraz mendekati Ayeen lalu bibir merahnya mencium lembut ubun - ubun anaknya.

Ayeen memeluk si papa.

"Terima kasih". Ucapnya ringkas.

Harraz menggosok lembut rambut Ayeen lantas pelukan di leraikan. Dia juga harus pergi kerja sekarang.

"Ayeen tolong tengokkan mama untuk papa". Pesan Harraz lagi.

Ayeen mengangguk.

"Papa janganlah risau. Papa boleh harapkan Ayeen". Balasnya tenang.

+++

"KAU ada apa - apa hubungan ke dengan bad boy tu? Dia nampak tertarik pada kau aje", Teguran Lily membuatkan Qisha mencebik. Aydeen tertarik kepadanya? Dalam mimpi pun tak rasanya. Mustahil.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now