MALU? Usah dikata. Memang sangat malu dia dibuatnya. Tapi, apa yang boleh dia lakukan? Perut dah besar sebegini mana boleh hendak disembunyikan lagi.
Sebenarnya, dia tak mahu ikut. Tapi, Aydeen mula racun fikiran dia dengan perkara negetif. Aydeen sengaja buat dia cemburu. Aydeen boleh kata kalau suaminya pergi ambil result SPM, ramai akan meminta untuk mengambil gambar memandangkan semenjak suaminya menjadi model pakaian kurta nama suaminya seringkali disebut orang. Hmph!
"Qisha..." Qisha memandang Lily yang menegurnya.
"Patutlah aku ajak kau keluar kau tak mahu ikut. Orang dah berisi rupa - rupanya. Makin tembam dan berseri. Mengandung anak perempuan ke?" Soal Lily ingin tahu.
Qisha mencebik.
"Aku tak tahu. Aku ajak Deen pergi check jantina tapi dia tak nak. Dia kata nak suprise",
Suprise kepala lutut dia!
Lily ketawa.
"Tak sangka lah kawan a.k.a bakal adik ipar aku ni tengah mengandung! Eyyy, comel!" Pipi Qisha dicubit geram.
Qisha menepis tangan Lily.
"Jangan layan aku macam budak - budak!" Pesan Qisha.
Lily ketawa.
"Aku pegang perut kau boleh? Teringinlah nak sentuh". Pinta Lily dengan muka penuh simpati.
"Sentuh saja". Balas Qisha.
Lily menyentuh perut Qisha dengan muka teruja.
"Dia tendang!!" Jerit Lily.
Segan Qisha apabila dia dipandang orang.
"Diamlah sikit!" Marah Qisha seraya menampar bahu Lily.
Sudahlah tadi dia datang sekolah pun orang pandang dia macam nampak makhluk asing. Ada juga pandang dia dengan penuh prejudis. Bila dia kata dia malu jawapan Aydeen cumalah... "Nak malu apa? Qisha mengandung anak abang. Abang ni suami Qisha. Qisha bawa anak halal".
Tak mampu Qisha nak menjawab.
Aydeen kini lebih arif berbanding dia. Tetapi itulah. Gatal suaminya itu memang tak boleh bawa bincang dah.
"Termenung lagi!"
Qisha menjeling Lily.
"Berapa bulan dah?" Soal Lily ingin tahu.
"Lapan bulan".
"Uish, dah sarat. Mana boleh berjalan".
"Ajaran sesat mana yang kau ikut ni, Lily? Makin saratlah makin kena banyak berjalan. Lagi senang nak beranak". Bidas Qisha bersahaja.
"Wahhh, mana dapat ilmu ni?" Tegur Lily.
"Mama aku la..." Balas Qisha sambil mengusap perutnya.
Aduhai, sayang. Manalah daddy kamu ni? Nasib baiklah kat sekolah ni dia tak ada bekas kekasih. Jika tak, jangan harap mummy nak lepas dia pergi jumpa geng dia!
YOU ARE READING
DEEL & DEEN (B4)
Teen FictionAYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata orang, Aydeel tak ubah seperti ubat pemikat hati! Namun dalam diam terselit rahsia yang tak ingin dia buka pada seorang Aydeen. AYDEEN Hyr...