Deel & Deen 30

3.6K 363 25
                                    

PERLAHAN - LAHAN dia membuka langkah menuju ke arah pokok yang terdekat. Dia memerhatikan Aydeen yang gigih berusaha untuk bangun. Namun, lelaki itu terjatuh kembali.

Qisha mengemam bibir.

Kenapa dia kejam sangat? Aydeen sanggup membantunya sehingga nyaris mengorbankan nyawa sendiri. Tapi, dia boleh pula berlalu pergi meninggalkan lelaki itu sendirian.

"Qisha..."

Qisha memusingkan tubuh memandang abangnya yang melangkah mendekatinya bersama - sama seraut wajah yang risau.

"Kenapa lambat sangat? Qisha kata Qisha nak pinjam buku aje. Abang risau tau", Marah Zafir perlahan.

Qisha mengemam bibir.

"Ab-abang, tolong Deen".

"Kenapa dengan Deen?" Soal Zafir keliru.

"Dia selamatkan Qisha. Qisha yang salah sebab tak pandang kiri kanan sebelum melintas jalan. Sekarang, Deen dah cedera. Abang tolonglah dia. Nanti kalau Abang Deel tahu mesti dia marah Qisha". Qisha mula menangis dihadapan Zafir.

Zafir menghela nafas.

"Mana Deen?" Soalnya.

"Sana..." Qisha menunjukkan ke arah Aydeen yang tak mampu bangun. Rasa serba salah mula menggunung di dalam dirinya. Jika benar Aydeen jahat kenapa lelaki itu sanggup membahayakan nyawa demi dia?

Tanpa banyak soal, Zafir terus mendekati Aydeen.

"Mari..." Tubuh Aydeen dipapahnya.

Aydeen terkedu memandang Zafir yang membantunya.

"Macam mana kau boleh ada kat sini?" Soal Aydeen keliru. Meskipun begitu dia rasa bersyukur kerana Zafir sudi membantunya.

"Aku datang ke sini untuk teman Qisha. Qisha beritahu yang kau tercedera sebab selamatkan dia dari dilanggar. Jadi, ini giliran aku pula untuk membantu kau sebagai tanda terima kasih". Tutur Zafir.

Aydeen mengangguk perlahan.

"Te-terima kasih". Ucapnya malu - malu.

Seumur hidupnya, dia cuba untuk melakukan semuanya bersendirian. Apabila dia dibantu oleh orang lain menjadikan dia segan kerana ucapan terima kasih itu seperti merendahkan ego seorang Aydeen Hyraz.

"Tak ada masalah. Kau pun kawan aku juga". Balas Zafir tenang.

Kawan.

Perkataan itu membuatkan Aydeen menguntumkan senyuman manis.

Ya, mereka kawan.

"Deen..." Aydeen memandang Qisha yang berjalan di sisinya. Air mata yang masih bersisa di wajah gadis itu cukup untuk membuat Aydeen tahu bahawa gadis itu telah menangis.

"Kenapa kau menangis?"

"Saya minta maaf". Ucap Qisha perlahan.

Sungguh, dia rasa sangat berdosa pada Aydeen. Mujurlah Aydeen masih lagi bernafas dihadapannya. Jika tidak, dia tak tahu apa yang dia mahu ucapkan dihadapan Aydeel.

Aydeel nampak saja tenang. Tapi, lelaki itu cukup pantang jika orang melakukan sesuatu pada Aydeen.

"Relaks lah. Benda dah jadi", Balas Aydeen selamba.

Qisha mengetap bibir.

"Dah jangan menangis, Qisha. Pergi daftar nama Deen untuk dia buat rawatan". Arahan Zafir dipatuhi dengan segera. Qisha tak mahu Aydeen terus menangung sakit lagi kerana dirinya.

Aydeen hanya memerhatikan Qisha yang semakin menjauh.

Haih...

+++

DEEL &  DEEN  (B4) Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα