Deel & Deen 25

3.2K 325 33
                                    

MASING - masing aneh dengan sikap Aydeel yang tiba - tiba sahaja menjadi murung hari ini. Shah menegur pun dia buat tak endah sahaja. Malahan, Aydeen menegur pun Aydeel tidak menjawab. Apatah lagi jika Zafir dan Firdaus menegur. Tentu sahaja Aydeel hanya mengabaikan mereka seolah - olah mereka tak wujud.

"Kenapa dengan Deel?" Soal Zafir sebaik sahaja melabuhkan punggung bersebelahan Firdaus. Pelik juga kerana Aydeel enggan pulang sewaktu sesi petang. Bukankah pengetua di sekolah mereka sudah memberikan kelonggaran untuk Aydeel lebih berehat kerana kondisi tubuh tidak stabil?

Firdaus menjungkit bahu.

Jangan ditanya tentang itu. Aydeel buat perkara yang berada di luar jangkaan mereka.

Nayli mengemam bibir.

"Apa kata kau pergi pujuk abang aku?" Cadangan Aydeen membuatkan pandangan mereka bertiga tertumpu ke arah lelaki yang tampak santai itu. Aydeen langsung tak terkesan melihat Aydeel sebegitu rupa.

"Kau tak risau tengok abang kembar kau murung ke?" Soal Zafir tak puas hati. Mulalah dia rasa bahawa Aydeen ini seorang adik kembar yang teruk.

"Kenapa kau suruh Nelly pujuk Deel pula? Kau adik Deel. Kau yang sepatutnya kena pujuk abang kau". Bidas Firdaus tak puas hati.

Aydeen menyimpul senyuman sinis.

"Mudah... Abang aku bukannya murung. Abang aku sebenarnya merajuk. Kau orang rasa pelik sebab Deel tak pernah merajuk selama ini. Dia merajuk sebab dia cemburu. Jadi, punca utama Deel jadi macam itu ialah Nelly", Tukas Aydeen mudah.

Nayli blur.

Aydeel merajuk?

Bibir Zafir dan Firdaus juga melopong. Mustahil. Aydeel jarang menunjukkan emosi melainkan marah, sedih dan gembira. Perasaan yang lain hanya disimpan. Tetapi kali ini...

"Kau orang nak bukti lebih kukuh?" Soal Aydeen dalam nada nakal.

Firdaus dan Zafir hanya menantikan tindakkan Aydeen yang tiba - tiba bangun mendapatkan Nayli. Gadis itu dipaksa bangun menghadapnya.

Menghangat wajah Nayli tatkala melihat Aydeen mula mengukirkan senyuman menggoda ke arahnya. Tangan kanan Nayli dicapai Aydeen lalu kekura tangan yang cukup lembut itu dicium penuh lembut.

Nayli masih tidak mengerti mengapa Aydeen buat begini.

"Nelly..." Serunya.

"Ya?" Soal Nayli hairan.

"I love you...", Membulat mata Nayli tatkala mendengar bicara Aydeen. Bibir Zafir dan Firdaus makin luas terbuka.

"Kau akan balas cinta aku tak? Aku janji aku akan bahagiakan kau. Aku akan jaga kau dengan penuh cinta. Ada anak ramai..."

"A-aku..." Tak sempat Nayli mahu membalas Aydeel meluru ke arah mereka berdua dan kemudiannya, tangan Nayli disambar pantas. Nayli terpinga - pinga tatkala diheret pergi bersama - sama Aydeel yang sedang kelihatan marah.

Manakala Aydeen hanya tersengih sinis sambil memerhatikan kelibat Nayli dan abang kembarnya yang sudah jauh menghilang.

"Kenapa kau cakap macam tu, Deen? Kau kata Deel sukakan Nelly..." Kata Zafir perlahan.

"Ya, abang aku sukakan Nelly",

"Then, kenapa kau confess yang kau suka Nelly depan kami semua? Depan Deel?" Soal Firdaus penuh keliru.

"Aku nak abang aku fahamkan Nelly. Deel memang agak loser bila berhadapan dengan perasaan dia sendiri. Jadi, aku selaku adik kembar dia... Aku akan tolong perbaiki hubungan dia dengan Nelly. Kalau abang aku asyik merajuk je sampai ke sudah takkan selesai", Terang Aydeen.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now