LENGAN baju disinsing hingga ke paras siku. Aydeel terus menarik kerusi yang terletak di tengah dapur dan melabuhkan punggungnya. Dia hanya memerhatikan adik kembarnya. Mahu sahaja dia menghulurkan bantuan. Tetapi tahu sajalah adik kembar dia tu bagaimana. Keras kepalanya macam kekuli besi!
“Kau buat apa duduk di situ?” Soal Aydeen bersama suara beku. Jika orang yang tidak mengenali Aydeen mendengar suaranya, pasti saja orang akan menuduh Aydeen seorang yang kasar. Walau hakikat sebenarnya memang betul pun...
“Tengok kau. Nak tolong kau mesti tak bagi”, Jawab Aydeel bersahaja.
Gaya Aydeel memang sungguh santai apabila berdekatan dengan adik kembarnya. Ramai juga yang beritahu bahawa dia berbeza tingkah laku semenjak Aydeen berpindah semula ke rumah. Aydeel yang dulunya introvert menjadi Aydeel yang banyak cakap dan rajin bergurau.
“Bukan mama nak jumpa kau ke?” Soal Aydeen berbaur perlian.
Tipulah kalau dia kata dia tak terkilan bila mamanya hanya mahu berjumpa dengan abang kembarnya saja.
“Tak. Ayeen dan Rash pergi jumpa mama dalam bilik. Pujuk mama. Ayeen buat mama merajuk”, Tukas Aydeel lagi.
Aydeen diam.
Telefonnya di letakkan di atas para sebaik sahaja dia selesai menaip resepi paprik ayam pada Mr. Google.
“Siapa Rash tu? Kau macam kenal rapat aje dengan dia”. Hendak akui dia cemburu, memang taklah. Jatuh menjunam ego dia nanti!
Aydeel simpul senyum.
Sebelah keningnya terjungkit sedikit. Ada bau api cemburu nampaknya.
“Kenapa tanya? Kau jealous ya?” Soal Aydeen berbaur usikkan. Senyuman nakal serta - merta meniti di bibirnya.
Aydeen menjuih bibir.
“Jangan nak perasan. Tak ada maknanya aku nak cemburu. Lagipun aku saja tanya. Iyalah aku ni dah berapa tahun tak balik rumah kan? Sampaikan Ayeen sendiri dah bencikan aku. Bukan Ayeen je, mama pun sama”. Suara sayu itu membuatkan sekeping hati Aydeel turut rasa pilu sama.
“Jangan merepeklah. Kau tu sentiasa jadi adik kesayangan aku tau. Mama pun sayang sangat kat aku. Ayeen pun sama. Cuma dia perlukan sedikit masa untuk kenal kau dengan lebih dalam. Tambahan pula, Rash tu kawan baik Ayeen dari kecil. Nak pergi ke mana - mana, mesti berdua. Adik kita tu selalu kena kacau dengan lelaki. Kau faham - fahamlah kenapa...”
“Ya, aku faham. Ayeen tu cantik. Aku yang tengok pun geram”. Tukas Aydeen tanpa dipinta.
Aydeel ketawa kecil.
“Sebab tu lah Rash selalu ada untuk Ayeen. Dia nak awasi Ayeen masa aku tak boleh nak awasi adik kita tu”.
“Kau percayakan jantan tu? Nanti dia sentuh Ayeen macam mana?” Soal Aydeen tak puas hati. Bengang pula dengan sikap abang kembarnya yang terlebih baik hati biarkan orang luar menjaga Ayeen.
Aydeel tersengih.
“Rash tu anak Uncle Am”, Kata - kata Aydeel membuatkan Aydeen terkelu. Tubuhnya mengeras.
YOU ARE READING
DEEL & DEEN (B4)
Teen FictionAYDEEL Hyriz - Dia lelaki yang lemah lembut pekertinya, sopan santun dan menjadi kesayangan buat semua. Kata orang, Aydeel tak ubah seperti ubat pemikat hati! Namun dalam diam terselit rahsia yang tak ingin dia buka pada seorang Aydeen. AYDEEN Hyr...