Deel & Deen 29

3.1K 339 26
                                    

"AMPUNKAN Deen. Deen merayu jangan buat macam ni..." Esakkan Aydeen yang perlahan itu jelas pada pendengaran Aydeel yang baru sahaja ingin baring di atas katil untuk membaca terjemahan al - Quran.

"To-tolonglah..." Tangisan Aydeen yang semakin menjadi - jadi membuatkan Aydeel terus sahaja mematikan niatnya untuk membaca terjemahan al - Quran itu. Tubuh adiknya dirapati lalu bahu Aydeen digerakkan dengan perlahan.

"Deen", Seru Aydeel lembut.

Aydeen meronta sedikit. Namun, Aydeel terus membangunkan adik kembarnya.

Aydeen memandang Aydeel dengan wajah hairan.

"Ke-kenapa kau kejutkan aku?" Soal Aydeen keliru.

"Kau tu kenapa menangis? Mimpi apa?" Soal Aydeel prihatin. Begitu serius Aydeen menangis. Mustahil hanya perkara biasa sahaja yang dimimpikan oleh adik kembarnya itu.

Aydeen menyentuh wajahnya.

Allah...

Kenapa dia menangis?

"Kau takut ke? Aku boleh temankan". Tutur Aydeel lembut.

Tak sempat Aydeen membuka mulut untuk melarang, Aydeel terlebih dahulu menarik tubuh Aydeen ke dalam pelukan. Apa yang pasti Aydeen tiada niat hendak menolak kerana dia sendiri juga selesa dipeluk Aydeel.

Sebenarnya, dia sangat susah untuk tidur kerana dia teringatkan dosa lalu.

Dia bawa perempuan bersama dengan dia atas alasan dia mahu pihak sekolah buat keputusan untuk membuang dia. Tapi, pengetua sayang sangat nak membuang dia kerana Aydeen memonopoli semua aktiviti sukan kecuali bola jaring. Malahan, akedemik Aydeen juga cemerlang.

Jadi, makin sakanlah pengetua menyembunyikan perangai terkutuknya. Namun, bak kata pepatah 'sepandai - pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga'. Akhirnya, kejahatan dia itu diketahui mama dan papanya setelah Shah dan Aydeen bergaduh di sekolah hanya kerana Trisha.

"Deen..."

"Hm?"

"Kau menangis sebab apa ni?" Soal Aydeel prihatin.

Aydeen rasa nyaman apabila kepalanya dibelai Aydeel. Rasa dia betul - betul dimanjakan setelah dia sudah lama diabaikan.

Aku menangis sebab aku berdosa Deel. Aku takut dengan dosa aku sendiri.

"Eh, Deen?"

Aydeen tersedar dari lamunannya tatkala melihat seraut wajah manis Nayli menyapa retina matanya. Terus bibirnya menguntum senyuman manis. Senyuman ikhlas yang dia belum pernah lemparkan kepada sesiapa melainkan Aydeel dan Ayeen.

"Kau datang cari abang aku kan?"

Nayli mengangguk.

Sepasang matanya melihat wajah Aydeen yang tampak sembap. Aydeen seperti tak cukup tidur juga kerana dibawah mata lelaki itu ada lingkaran hitam. Sekali tengok sudah persis panda.

"Kau tak cukup tidur ke?" Soal Nayli prihatin.

Aydeen gelak.

"Kau risaukan aku, kakak ipar? Sejak bila?" Soalan Nayli sengaja dibalas dengan soalan. Dia tak mahu sesiapa risaukan dirinya setelah mengetahui masalahnya yang satu ini. Cukuplah dia sudah menyusahkan semua orang selama ini.

"Kau adik Deel. Mestilah aku risau..." Rungut Nayli.

Aydeen tersenyum nipis.

"Perempuan, Nelly..."

Nayli seakan memberikan fokus kepada Aydeen.

"Kenapa dengan perempuan?" Soal Nayli keliru.

Sepasang mata hazel Aydeen bertemu dengan sepasang mata bundar Nayli. Aydeen melorek senyuman.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now