Deel & Deen 57

4.3K 407 74
                                    

DIA berjalan sendirian meskipun sedikit payah. Apa yang mahu dikata? Dia benar - benar sakit hati dengan mama.

Apa yang dia buat semua tak kena di mata mama!

Jadi, biar dia saja yang membawa diri biar dia hilang dari pandangan mama. Tentu mama akan berpuas hafi.

"Deen". Langkah Aydeen mati tatkala dia mendengar suara Shah memanggilnya. Aydeen memusingkan tubuh lalu dia memandang seraut wajah Shah tanpa sebarang perasaan.

"Apa yang kau nak?' Soal Aydeen dingin.

"Aku nak bunuh kau. Tapi..." Pandangan Shah tertumpu pada kaki Aydeen yang sudah berbalut.

"Kau cacat. Aku rasa tak seronok kalau nak bunuh kau dengan keadaan yang kau tak boleh melawan aku. Jadi, aku buat begini saja". Baju Aydeen dicengkamnya lantas Shah menghentakkan kepala lelaki itu dengan kuat tanpa berhenti.

"Ini balasan sebab kau rampas semuanya dari aku!" Jerkah Shah.

Kepala Aydeen mula mengalirkan darah barulah Shah berhenti menghentak. Malahan, Aydeen juga sudah tak sedarkan diri.

Shah melepaskan tubuh Aydeen biar remaja lelaki itu terbaring di situ.

Tubuh Aydeen ditendangnya kuat lantas Shah berlalu pergi.

+++

NAFAS terasa tercungap - cungap. Berpeluh tubuhnya tatkala dia menyedari bahawa dia telah mengingati kesemua memorinya. Kenapa dia boleh lari dari rumah sehinggalah punca dia hilang ingatan.

Aydeen berusaha bangun dari pembaringan.

Tubuhnya yang terasa menggigil kesejukan cuba diabaikan. Dia sedar bahawa dia berada di dalam bilik beku sebegini dia akan mati sekiranya dia tertidur di dalam tempat ini. Jadi, dia juga takkan berupaya untuk membina bahagia bersama - sama Qisha.

Kau kuat, Deen.

Aydeen membuka langkah perlahan - lahan menuju ke arah dedaun pintu bilik itu.

Aydeen memerhatikan keadaan di luar.

Kelihatan seperti ruang pembekuan daging untuk sesebuah restoran terkemuka..

Aydeen menendang kuat pintu itu agar dia dapat melepaskan diri dari tempat itu. Shah memang bodoh gamaknya. Mengurung dia dalam kawasan sebegini. Tentu saja dia akan dilepaskan.

"Sesiapa!" Jerit Aydeen lagi.

Pintu ditumbuknya kuat.

"Tolonglah. Keluarkan aku!" Rayu Aydeen lagi.

Sunyi.

Aydeen melorot jatuh. Air matanya yang mengalir terasa mula membeku. Bibirnya menggeletar. Kulitnya memucat.

Sejuk.

"Mama...." Aydeen menangis teresak - esak.

Dia nak balik.

Dia nak beritahu mamanya yang dia sudah dapat memorinya semula. Dia nak minta ampun sebab dia dah melukakan hati mamanya.

"Mama..." Ulangnya sayu.

+++

AYDEEL resah. Semua kawasan yang dicari tiada Aydeen.

Mana kau pergi, Deen?

Aydeel memandang keadaan yang sudah huru - hara. Mamanya yang paling teruk menangis kerana risau keberadaan dan keselamatan Aydeen.

Telefon bimbit Aydeel tiba - tiba sahaja berdering membuatkan perhatian Aydeel bingkas menekan ikon hijau yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya. Aneh, nombor yang tidak dikenali tiba - tiba sahaja membuat panggilan disaat begini.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now