Deel & Deen 20

3.6K 298 14
                                    

AYDEEN menyimpul senyuman sinis tatkala melihat seraut wajah ketakutan Qisha. Seorang demi seorang kawan - kawan Qisha diperhatikannya bersama - sama senyuman penuh memikat. Senjata utama untuk memastikan gadis - gadis itu mematuhi permintaannya tanpa sebarang larangan.

"Perempuan - perempuan yang cantik ni tengah belajar bersama ke?" Soal Aydeen mesra.

"Ah, ya! Kami ulang kaji subjek sejarah". Tukas seorang gadis bersebelahan Qisha. Manakala, Qisha langsung tak berani mahu membalas renungan tajam Aydeen.

Very rude.

"Bagusnya. Sudahlah masing - masing cantik. Pandai dan rajin pula. Beruntunglah lelaki yang dapat kau orang nanti". Pujian Aydeen membuatkan gadis - gadis itu tersipu malu.

Qisha memutarkan bebola matanya.

Jika dah namanya buaya darat selamanya akan menjadi buaya darat!

"Tapi, boleh tak kau orang masuk ke dalam kelas dulu? Aku sebenarnya ada hal penting untuk dibicarakan dengan Qisha. Please?" Soal Aydeen lembut.

"Baik!" Mereka mematuhi arahan Aydeen tanpa sebarang perasaan sangsi. Puas Qisha memujuk kawan - kawannya supaya jangan pergi namun mereka lebih mematuhi permintaan Aydeen berbanding dengan dirinya.

Qisha memandang Aydeen yang mengukir senyuman sinis.

Gadis itu bingkas mengemas bukunya untuk berlalu dari situ. Dia masih ingat pesan abangnya untuk mengelak dari Aydeen. Jadi, dia akan buat kalau itu dapat menjauhkan Aydeen dari dirinya. Namun, lengan Qisha terlebih dahulu ditarik Aydeen dan gadis itu dipaksa duduk semula.

Sepasang mata Aydeen mencerlung tajam wajah Qisha yang mula menikus.

"Aku kata yang aku nak cakap dengan kau kan? Celah mana lagi yang kau tak faham ni?" Tempelak Aydeen.

Qisha diam.

Aydeen memandang seraut wajah Qisha.

"Rajin kau baca buku. Mesti kau budak pandai kan?" Soal Aydeen spontan. Rasa pelik pula bila Qisha tak membalas kutukannya.

Diam.

Aydeen melabuhkan punggung bersebelahan Qisha.

Bicara Aydeen semalam kembali bermain di ruangan mindanya.

"Esok kau minta maaf pada Qisha. Dia nampak aje lembut tapi sebenarnya dia keras hati. Kalau kau berterusan buat dia marah kau takkan kenal Qisha yang sekarang ni".

Aydeen mengemam bibir.

Dia melampau sangat ke?

Dia cuma mahu membalas dendam terhadap Zafir. Jadi, dia gunakan Qisha sebagai alat untuk dia membalas dendam. Malang sekali percaturannya silap kerana semalam mindanya tak mampu lupakan seraut wajah Qisha yang tampak sangat kecewa dengan apa yang telah dilakukannya.

"Aku minta maaf". Ujar Aydeen senafas.

Qisha diam.

Aydeen mengangkat wajah memandang Qisha.

Kenapa perempuan itu diam tanpa jawapan? Dia dah minta maaf. Sekurang - kurangnya, balaslah 'saya dah maafkan awak'. Hmph!

"Kau ignore aku ke perempuan?" Soal Aydeen bengang.

Qisha menjeling Aydeen lantas buku yang dikemasnya tadi bawa rapat ke dada dan dia melangkah meninggalkan Aydeen sendirian.

Aydeen berdecit kasar.

Aku minta maaf, kau jual mahal pula.

Dasar perempuan cetek akal!

+++

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now