Deel & Deen 48

3.7K 415 156
                                    

Dedicate  to  mniyh37

+++

KEBETULAN pula pada hari yang sama mereka berlima berkerja di kafe itu ramai pula yang datang untuk makan di kafe.

Sepasang mata Idlan memerhatikan Qisha yang sedang mengambil pesanan setiap pelanggan yang datang. Gadis itu kelihatan sangat comel di matanya membuatkan bibirnya tak lekang dengan senyuman.

Trisha menampar lembut peha Idlan membuatkan lelaki itu menoleh memandang Trisha yang duduk bersebelahan dengan patung arnab yang cukup besar untuk memisahkan jarak mereka berdua. Qisha juga yang meletakkan patung arnab itu.

"Awak tengok siapa? Tersenyum - senyum". Tegur Trisha tak puas hati.

"Saya tunggu cik comel tu ambil pesanan kita. Tadi, sebelum saya nak order tak ada pun sampai ramai macam ini. Sekarang, tiba - tiba aje ramai. Si comel tu pun macam sibuk je..."

"Awak lapar sangat ke? Jom pergi shopping barang dapur. Saya boleh masakan untuk awak". Tutur Trisha seraya menarik lembut tangan Idlan. Sejujurnya, Trisha tak suka kedai ini kerana ada dua gadis yang sengaja mahu merampas Idlan darinya.

"Tak nak". Balas Idlan perlahan sambil menarik tangannya semula.

Trisha mencebik geram.

"Maafkan saya sebab lambat. Nak order apa?" Soal Qisha lembut.

Sengaja dia memberikan Idlan masa untuk memikirkan menu yang sesuai sementara dia mengambil dan menghantar pesanan pelanggan. Alang - alang, dia boleh fikirkan rancangan jahat untuk mengenakan trash bin yang sesuka hati sahaja memegang peha Idlan!

"Give me, fresh orange". Pinta Trisha.

"Minum je? Makan tak nak?" Soal Idlan hairan.

"Diet. Saya nak kuruskan badan untuk awak". Balas Trisha seraya tersengih manis.

Qisha mencebik kecil.

Diet! Diet sampai kurus macam chopstick. Senang sikit aku nak patahkan badam kau! Gumam Qisha dalam hati.

Idlan diam.

"Idlan nak makan apa?" Idlan memandang gadis itu apabila mendengar gadis itu menyeru namanya. Suara...

Merdu.

"What's your favourite food and drink?" Soalan Idlan membuatkan Qisha blur.

Apa Idlan ni? Dia tanya nak makan apa boleh pula lelaki itu tanya dia suka makan apa. Kalau ya pun amnesia tapi janganlah jadi gila. Jenuh nak jawab kat anak - anak mereka berdua nanti. Haih....

"Si comel". Idlan menyeru Qisha yang masih tak menjawab soalannya.

"Saya suka air apple asam boi. Makanan pula, nasi ayam". Ujar Qisha.

"Oh, jadi saya nak order yang itu lah". Melopong bibir Qisha apabila mendengar bicara Idlan.

Trisha pun sudah membulatkan mata tatkala mendengar nada Idlan yang kedengaran sedang menggoda Qisha. Sejak bila pula Idlan pandai mengurat?!

"Jadi, itu saja?" Soal Qisha lembut.

"Menu yang sama untuk kawan saya juga tau". Pesan Idlan lagi.

"That's all?" Soal Qisha seraya memandang seraut wajah Idlan.

Idlan mengukirkan senyuman manis tatkala melihat pipi Qisha yang mula memerah.

Aww, cute!

Qisha terus sahaja berlalu dari situ.

DEEL &  DEEN  (B4) Where stories live. Discover now