Hidup aku. Dari dulu tak pernah normal. Aku yang dulunya dijulung sebagai anak jenius dalam bermain piano. Namun semua itu mula hancur apabila aku sudah tidak dapat memainkan benda itu lagi. Keluarga aku membuangku. Mereka tidak menerima aku sebagai keluarga mereka lagi. Mereka juga menganggap aku tidak pernah wujud di rumah itu. Aku sedih, keseorangan dan kesunyian. Hanya kasih sayang yang aku mahukan. Dan setelah semua itu berlaku, aku ditimpa lagi dengan satu lagi ujian hidup aku. "Kalau kau gagal tolong aku dapatkan sekolah tu, adik kau akan jadi mangsa. Aku akan hancurkan dia dan keluarga dia juga." - Karl Nathaniel Claes Itulah kata yang memaksa aku untuk menolong lelaki itu atau lebih tepat abang angkat aku a.k.a tunang aku. Memang aku sudah keluar dari keluarga itu tapi aku masih lagi sayangkan keluarga itu. Aku tidak sanggup melihat mereka terluka. "Siapa keluarga kau. Aku tak pernah ingat aku pernah berkeluarga dengan kau." - Perth Aldrich Ascart Satu kalimat yang menghempas diri ini. Lelaki yang selama ini aku kenal sudah tidak mengenal diri aku. Aku sudah tidak dikenali di keluarga itu. Lelaki itu tidak mahu mengaku aku adalah kakaknya. Aku sedih, sakit dan tersiksa. Satu-satunya ahli kelaurga yang aku sayang sudah membenci aku. Adakah hanya aku yang harus menerima semua takdir ini? Kenapa hidup aku terlalu sukar? Atau aku ini yang terlalu lemah untuk hidup. P/S tolong Baca lost soul melody dahulu sebab cerita ni ada kena-mengena dengan cerita tu Cover by: @AizackMesle Start: 11/5/20 End: 9/11/20
121 parts