cp 4

1.1K 139 0
                                    

Perth berjalan keluar dari perpustakaan pergi ke bilik ketua pelajar. Dengan hati yang panas itu dia masuk bilik pelajar dengan mood yang teruk.

Bam!

Pintu bilik itu terhempas oleh Perth yang membuatkan rakannya di dalam bilik itu terkejut.

"Kau dah kenapa hempas pintu tu? Nanti senior tahu habis kita," rakannya bernama Ray itu membebel.

Perth berjalan menuju ke arah meja di bilik itu dan terus duduk. Mukanya kelihatan sungguh marah pada waktu itu.

Ray yang melihat kejadian itu tiba terasa takut untuk menegur rakan baiknya itu. Entah apa yang di marahkan oleh perth tersebut?

"Ini seperti biasa, hadiah dari peminat kau dan borang kemasukan murid pindahan. Presiden suruh kau uruskan," ujar Ray lalu memberikan beberapa helai kertas kepada Perth.

Perth mengambil kertas itu lalu membaca beberapa helai. Setelah itu dia terus berdiri dan berjalan menuju ke arah meja presiden. Laptopnya di atas meja itu dibuka lalu terus dia melakukan kerjanya.

"Hadiah tu kau ambil je. Tak pun kau buang. Aku tak nak semua tu." perth berkata kepada Ray.

Ray terkejut dengan sikapnya itu. Biasanya dia akan ambil semua hadiah dari peminat dia kerana dia berfikir bahawa semua peminatnya itu berusaha memberiakn hadiah itu. Tapali hati ini dia kata tidak pada hadiah ini. Sudah teruk sangat mood Ray pada hari itu.

"Okay, kalau macam aku keluar dalu," kata ray lalu keluar sambil membawa beg yang penuh dengan hadiah perth tadi.

Seram sejuk dia berada di dalam bilik itu dengan keadaan Perth yang terlalu menakutkan itu. Selama dia berkawan dengan perth tidak pernah sekali pun dia melihat Perth seperti itu. Mesti ada benda terjadi ini.
.
.
.

Perth menatap skrin laptop dihadapannya. Kepala dia serabut memikirkan kejadian tadi. Dia sungguh marah sehinggakan dia tidak boleh fokus dengan kerja.

Perth adalah seorang anak yang dilahirkan dalam keluarga yang bermain piano. Walaupun dia tidak mahu bermain paino tapi dia terpaksa juga kerana itu adalah bakat yang dia memiliki dan keluarganya sudah tentu mahu dia bermain piano.

Jikalau dulu dia ada kakaknya untuk menolong dan menyokong dia bermain piano tapi kini dia sudah tiada. Semua itu bermula sejak Claire berhenti bermain piano.

Pada waktu itu dia fikirkan mungkin kakaknya ada sebab tertentu kenapa dia berhenti, jadi dia masih boleh menerima hal itu. Kakaknya, Claire juga waktu itu selalu menyokongnya bermain piano menyebabkan Perth menyukai Claire.

Tapi tidak sampai begitu lama. Genap umur Claire 6 tahun, Claire keluar dari rumah itu dan tinggal bersama keluarga lain. Waktu itu hati Perth bagai sudah pecah berderai melihat sosok kakak kesayangannya keluar meninggalkan dirinya di dalam rumah puaka itu.

Sejak waktu itu dia tiada lagi mendengar suara sokongan kakaknya. Latihan yang diberikan oleh ibu bapanya juga semakin teruk. Mereka sampai sanggup memukul Perth sekiranya salah walaupun satu not.

Perth amat merindui kakaknya. Dia selalu menunggu kakaknya untuk kembali dan menyokongnya kembali. Dia hanya perlukan semua itu sahaja.

Dia tidak perlukan kemewahan keluarga dia. Hanya sokongan dia perlukan, bukan paksaan. Setiap hari dia menatap gambar dia dan kakaknya untuk mengubati rasa rindu di dalam diri ini.

Dia amat berharap dapat berjumpa Claire walaupun sekali. Dia amat merindunya. Dia tetap menunggu sehinggalah 10 tahun tapi Claire tidak pernah berjumpa dia mahupun menelefon dirinya.

Dan dari situlah muncul ukiran benci di hati Perth pada Claire. Claire tidak pernah menjumpai dirinya. Hanya gambar di dalam bilik perth yang dapat dia tatap.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now