cp 104

715 77 0
                                    

"Kakak!" terdengar satu suara seperti memanggil aku.

Aku yang sedang menahan kesakitan di kepala ini cuba menoleh ke arah suara itu.

Orang tersebut adalah Carol.

Muka gadis itu kelihatan risau akan aku yang kelihatan sakit ini. Aku cuba untuk menahan, namun rasanya bertambah sakit.

Kepala aku seperti mahu meletup dengan semua memori aneh yang aku dapat sekarang. Memori seorang wanita berambut perang yang sungguh indah tersenyum kepada aku.

Siapa wanita itu?

Aku ada apa-apa hubungan dengan dia ke?

"Kakak kenapa? Sakit ke?" Cemas Carol menanyakan soalan itu.

Aku mahu menjawab tapu badan aku terasa sungguh lemah. Aku rebah di situ. Pandangan aku kembali menghitam.

.
.
.

"Ingat, mama selalu ada di hati kamu."

Kelopak mata dibuka. Cahaya memasuki mata membuat aku terasa sedikit sakit.

Dinding putih adalah perkara pertama yang aku lihat. Aku dimana?

Aku cuba berdiri dari baring aku dan menyandar di katil tempat aku terbaring. Mata aku liar memandang sekeliling tempat ini.

Tempat ni bukan bilik rawatan sekolah ke. Macam mana aku boleh ada di sini?

Seingat aku tadi aku masuk ke taman tertutup sekolah ni dan aku ada jumpa Carol. Lepas tu, aku pengsan.

Ya, aku pengsan!

Tapi itu tidak menjawab soalan kenapa aku ada di sini? Tak kan Carol yang bawa aku. Kalau ya pun, kuat juga Carol sampai boleh bawa aku sampai ke sini. Jauh kot tempat ni dengan taman tadi.

Tangan aku menyentuh kepala aku yang terasa sedikit sakit ini. Manakala tangan satu lagi cuba mengambil telefon yang berada di poket baju aku.

Jam dari telefon aku dilihat. Sudah hampir satu jam juga aku tidak sedarkan diri.

Aku keluh sendiri. Tidak tahulah kenapa dengan diri ini. Memori yang tidak pernah aku dapat tiba-tiba ada dalam otak aku. Siapa punya memori itu? Dan siapa pula wanita itu?

Pelik sungguh.

"Kakak sudah sedar," tiba aku terdengar suara Carol.

Carol datang ke arah aku sambil membawa satu gelas berisi air kosong.

"Nah! Minumlah dulu. Tadi doktor kata kakak penat sangat sebab tu pengsan," gelas tadi diberikan kepada aku.

Tanpa membuang aku terus mengambil gelas itu dan menimun airnya. Mata aku memandang sekeliling tempat ini. Tiada sesiapa kecuali aku dan Carol.

"Macam mana aku boleh ada dekat sini?" Aku menyoal.

"Tadi kakak pengsan jadi saya bawa kakak ke sini."

"Kamu seorang?"

"Tak! Perth yang tolong kakak tadi. Saya minta tolong dia," budak itu menggelengkan kepadanya.

Muka aku menunjukkan reaksi yang pelik. Siapa yang Carol maksudkan tu?

Perth?

Macam kenal sahaja nama tu. Tapi dekat mana ya. Lagipun memang ada ke orang dekat taman tadi. Seingat aku tak ada pula aku jumpa orang lain selain Carol.

"Siapa Per-"

Kring!

Bunyi loceng memotong soalan aku. Jam di telefon dilihat. Sudah masuk jam untuk kelas sesi petang.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now