cp 62

813 94 10
                                    

Maria berlari menuju ke tingkat atas sekali bangunan sekolah itu. Dia tahu orang yang dia cari ada di sana.

Pintu tempat itu buka dan kelihatan seorang gadis tersenyum sendiri sambil memegang telefonnya.

"Claire!" Sebutnya.

Gadis itu menoleh ke arah Maria sambil tersenyum senin. Dia tahu bahawa perempuan itu akan datang ke situ.

"Kau yang hantar video tu kan?" Soal Maria.

Claire menatap muka marah perempuan itu. Tidak sangka semua itu terjadi terlalu cepat.

"Dan kau yang letak pendrive tu dalam loker aku kan?" Suara dia semakin kuat.

"Apa bukti kau yang aku letak benda tu."

"Kau jangan fikir aku tak tahu. Pendrive sebenar ada dekat bilik aku."

"Ouh, jadi kau mengakulah yang kau terlibat dalam kes soalan bocor tu," Claire teprgelak disitu.

Maria menutup mulutnya apabila terperangkap dengan Claire tadi. Dia tidak perasan bahawa dia akan mengatakan hal itu tadi kerana dia terlalu bangang akan Claire sekarang.

"Maria, aku sebenarnya memang dah lama tahu kau buat semua kerja tu. Tapi aku diamkan sahaja sebab waktu tu aku masih fikir kau kawan aku. Dan memang betul pun, aku yang letak pendrive tu dalam loker kau. Buka tu jer, tapi aku juga yang beritahu cikgu pasal tu dan post video kau dekat website sekolah," ayat yang berakhir dengan senyuman.

Maria memandang tajam ke arah gadis itu. Tangannya digenggam kuat. Hidup dia memang dalam bahaya jika terus begitu.

Perempuan itu berjalan mendekati Claire. Baju Claire ditarik dengan kuat. Claire pada waktu itu tidak melawan malah hanya tersenyum.

"Aku beri kau amaran terakhir, kau buat macam tu lagi, hidup kau hancur dekat sekolah ni," ujar Maria.

Claire memgeluh dan memandang rendah amaran Maria itu. Telefon yang ada ditangannya tiba ditekan olehnya ketika bajunya ditarik.

"Apa bukti kau yang aku letak benda tu."

"Kau jangan fikir aku tak tahu. Pendrive sebenar ada dekat bilik aku."

Suara datang dari telefon itu. Maria terkejut apabila mendengar suaranya tadi. Baju Claire dilepaskan dan Claire hanya tersenyum senin melihat perempuan itu.

"Ops, aku rasa aku terakamlah apa yang kau kata tadi. Sorry lah ya," selamba Claire berkata.

Maria memandang rajam ke arah gadis itu. Bibirnya diketap kuat dan dengan secara langsung perempuan itu cuba merampas telefon tersebut.

Namun aksinya waktu itu tidak berjaya kerana Claire dapat mengelak.

"Beri aku telefon tu!" Arah Maria.

"Buat apa aku nak beri kau. Benda baik ni."

Perempuan itu masih tidak mengaku kalah untuk cuba merampas telefon itu. Dan akhirnya dia berjaya apabila dia cuba menarik baju Claire tadi.

Claire tidak menganbil balik telefon itu, malah tersenyum gembira melihat kelakuan perempuan itu. Dia sudah seperti tidak betul pada waktu itu.

"Aku dah dapat telefon kau. Kau dah tak ada bukti lagi," Maria berasa selamat.

"Tapi sebelum tu, cuba kau tengok telefon tu."

Maria pelik dengan arahan itu. Dia melihat kaca telefon tersebut dan matanya terus terbuka besar.

Suaranya tadi sudah selesai diletakkan di laman web sekolah. Bila masa Claire buat semua itu?

Dia cuba untuk memadam benda tu tapi entah kenapa tidak boleh dipadam. Mata dia terus menoleh ke arah Claire yang tergelak kecil dihadapannya.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now