cp 68

776 96 1
                                    

"Pemenang untuk pertandingan ini, jatuh kepada Claire idtrina Claes dan Zale Charles Harvey."

Aku terus berjalan menuju ke arah pentas bersama Zale apabila nama kami berdua diumumkan sebagai pemenang.

Trofi yang diberikan oleh salah seorang juri tadi diambil oleh aku lalu mulalah sesi bergambar disitu.

Mata aku memandang ke arah Grace dan Leyna yang duduk di bawah pentas dengan muka tidak puas hati mereka.

Untuk pengatahuan korang mereka yang cabar aku hari tu langsung tak menang satu pun tempat. Memang sama seperti Eva. Berlagak jer lebih tapi tak ada hasil. Aku fikirkan mereka akan berubah sejak aku pindah tapi rupanya tidak. Malah semakin teruk cara permainan mereka.

Selesai sahaja aku sesi menangkap gambar tadi, aku terus turun bersama Zale dan berjalan menuju ke pintu keluar. Dalam perjalanan sempat aku melimpasi muka Leyna dan Grace itu.

"Tunggu kau dekat dewan utama selepas ni," ujar aku apabila melimpasi mereka.

Aku tersenyum senin dan meneruskan sahaja perjalanan aku. Zale pula setia mengikuti aku dari belakang.

Kaki aku melangkah keluar dari dewan itu menuju ke satu gazebo yang tidak jauh dari sana.

Di gazebo itu kelihatan dua orang yang amat aku kenali melambai ke arah aku. Dengan serta merta aku berjalan ke sana dan mengambil tempat duduk dihadapan dia orang itu. Zale juga turut mengikuti aku.

"Macam mana? Menang," soal Rechel.

Aku dengan sambil lewa meletakkan trofi tadi di atas meja untuk menjawab soalan itu. Terpapar senyuman di bibir Rechel.

"Muka kau macam kau tak menang je. Tak suka ke menang?" Ian memerli aku. Aku menjeling ke arah lelaki itu. Suka hati dia jer kata aku macam tu.

Aku bukan tak suka tapi sudah selalu sangat sampai aku lupa rasa kalah itu. Lagipun kalau aku menang aku nak buat apa. Menanggis kegembiraan, melompat sana sini ke nak aku jerit satu sekolah ni yang aku sudah menang. Memang tak lah akau akan buat semua itu. Beri malu aku sahaja.

"Benda ni kau bawa balik ke?"

Baru terfikir aku apabila Rechel menyoalkan aku soalan itu. Aku melihat trofi yang sederhana besar ini. Walaupun tak berapa besar tapi aku rasa malas nak bawa balik.

Kalau aku bawa balik pun, nanti aku letak mana. Pertandingan aku masuk bukan pertandingan khas sekolah jadi trofi itu mesti hak milik aku.

"Hmm... Zale kakak beri kamu jer lah trofi ni," kata kepada Zale.

"Eh! Kenapa pula? Ni trofi kakak. Bukan saya punya."

"Apa pula trofi kakak? Ni semua hasil kerja kita berdua, jadi ni trofi kita berdua lah."

"Tapi..." Dia masih lagi mahu menolak.

"Ambil jer. Anggap sahaja hadiah dari kakak." Aku meletakkan trofi itu ditangan Zale.

"Kalau macam tu, okay lah," Dia akur dengan perintah aku.

Aku tergelak sedikit. Macam mana budak yang dulu aku kenal comel boleh jadi lelaki kacak seperti ini. Menusia memang cepat berubah.

"Kau lepas ni nak buat apa?" Aku menoleh ke arah Rechel yang menanya aku soalan itu.

"Aku nak tuntut hadiah sebenar aku."

.
.
.

Aku berdiri di pintu dewan utama itu bersama dengan Rechel disebelah aku. Dari pintu itu sahaja aku sudah dapat dengar Leyna menjerit mengarahkan semua murid di dalam itu untuk mengemas barangan dewan.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now