cp 70

806 99 0
                                    

Seorang wanita memandang langit malam yang gelap itu. Bintang dan bulan yang menyinari langit itu memang mengingatkannya pada pertemuan dia dengan salah seorang rakannya dahulu.

Wanita itu ataupun boleh kita panggil Amelya Erwarnie itu memang merindukan kawannya iaitu Rania. Bagi dia Rania adalah antara rakan dia yang amat dia sayangi.

Perempuan itu selalu menolongnya ketika dia masih lagi di universiti dahulu. Rania juga adalah rakan pertama yang dia kenal bila dia belajar di universiti muzik khas di negara luar.

Memang Alya pergi berlajar bersama suaminya, Eric tapi mereka tidak sama kelas membuat Alya sukar untuk bercakap dengan seseorang. Namun semua itu berakhir apabila dia berjumpa dengan Rania.

Perempuan berambut perang dan bermata biru itu memang hebat. Sampaikan Alya yang susah nak dibuat kawan juga dapat menjadi kawan kepada dia. Memang kehebatan perempuan itu.
.
.

Flashback beberapa tahun lepas

"Hai, awak Alya kan," tegur seorang gadis berrambut perang.

Alya yang baru berumur 20an itu terkejut apabila ditegur begitu. Dia tidak kenal siapa gadis itu. Dia juga tidak tahu hendak menjawab apa.

Kalaulah ada Eric mungkin Eric boleh tolong dia. Dia sangat gugup bila berjumpa dengan orang baru.

Apatah lagi bila berjumpa seperti ini. Alya yang tadinya duduk di sebuah bangku untik melihat keindahan malam di universiti itu tiba-tiba ditegur oleh seorang gadis yang tidak tahu datang dari mana.

"Aw-awak siapa?" Soal Alya.

"Awak tak kenal saya ke? Kita sama kelaslah," balasnya.

Alya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Rania mengeluh lalu berjalan ke hadapan Alya. Dia duduk di tepi Alya sambil tersenyum.

"Saya Rania Aderline. Panggil Rania," dia memperkenalkan dirinya.

Tangan dihulur untuk bersalaman. Alya bersalaman dengan gadis itu tanda pertemuan pertama mereka.

"Kenapa awak dalam kelas diam jer? Awak tak ada kawan ke?"

Alya mengangguk sambil memandnag bawah. Dia malu keraan dirinya begitu. Susah sangat nak buat kawan baru. Yang dia kenal di universiti ini pun hanya Eric sahaja. Tapi dia dan Eric bukannya boleh 24 jam bertemu.

Ada masa juga mereka tidak boleh bertemu dan hal itu membuat Alya sunyi tidak ada kawan untuk bercakap.

"Kalau macam tu saya jadi kawan awak boleh?" Terkejut Alya mendengar permintaan itu.

Pertama kali ada orang minta jadi kawan dia sejak dia datang ke universiti ini. Gadis itu memang jenis hati terbuka.

"Awak tak kisah ke, saya jadi kawan awak? Semua orang dalam kelas takutkan saya," kata Alya.

Memang betul kata Alya, semua orang takut untuk bercakap dengannya selepas mereka tahu bahawa Alya adalah angel of piano.

Sebenarnya bukan takut tapi tidak berapa berani untuk menegur kerana dia selalu bersendirian.

"Saya tak kisah. Saya suka adalah. Lagipun buat apa nak takut, awak manusia juga. Bukannya harimau nak makan orang."

Alya tertawa mendengar jawapan itu. Itulah kali pertama dia mendengar jawapan yang terbuka seperti itu.

Malam itu memang sungguh ajaib. Dia dapat berjumpa dengan seorang yang terbuka seperti itu. Dan orang itulah rakan pertama dia di universiti ini.

Sejak itu jugalah Alya mula berkenalan dengan Rania. Bukan sahaja Rania, malah dia juga berkenalan dengan kawan Rania yang lain seperti Louis Claes yang kebetulan berkawan dengan Eric.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now