cp 107

690 76 1
                                    

"Claire!"

Aku terjaga dari hayalan aku. Kepala aku dipusinglan 30 darjah melihat Rechel yang sudah berdiri di tepi meja aku.

"Kau ni kenapa? Sejak dua menjak ni mengelamun jer aku tengok. Ada masalah ke?" Soal Rechel yang kelihatan risaukan aku.

Aku menggelengkan kepala aku menandakan aku tidak ada masalah. Walaupun sebenarnya terdapat banyak sangat masalah yang berkumpul di otak ini.

"Kalau macam tu, kau dah tahu ke kau partner dengan siapa nanti?" Aku memandang hairan Rechel.

"Partner? Untuk apa?" aku kebinggungan

"Lah, kau tak dengar ke apa yang cikgu kata tadi."

Aku diam sambil menunjukkan muka yang tidak faham. Serius aku tak tahu apa-apa tadi. Otak aku sudah melayang jauh entah kemana tadi.

"Cikgu kata, minggu depan kita akan ada satu event di mana kita yang senior akhir ni akan perform bersama dengan junior bawah kita sebagai partner," terang Rechel.

"Untuk apa pula event macam tu?"

"Entah. Dekat sekolah ni memang setiap tahun akan sambut event macam tu."

Aku diam memandang meja aku. Tangan aku dari tadi mengetuk meja ini. Sudahlah kepala aku tangah serabut memikirkan memori asing ini dan sekarang datang pula benda ni.

Tak perlu ke bagi aku nak berehat kejap. Aku mesti selesaikan misteri memori tersebut. Malas betul nak sibuk dengan pertandingan seperti itu.

"Kau partner dengan siapa?" Soal aku.

Rechel menggelangkan kepalanya sambil mengangkat bahu.

"Kau partner dengan Carol," tiba suara Ian menyampuk.

Aku dan Rechel memandang ke arah Ian yang sedang berjalan menuju ke arah kami berdua.

"Aku partner dengan Carol. Carol pianist Claire tu?" Rechel meminta kepastian.

Ian mengangguk kepala. Ingatkan aku yang dia maksudkan pasangan dengan Carol. Rupanya Rechel.

Agaknya siapalah pasangan aku nanti. Harap sahaja tidak menyusahkan sangat. Malas aku nak hadap manusia yang menyusahkan dengan kepala yang masih serabut dengan misteri yang belum terungkap ini.

"Kau pula dengan dia ni," Ian memberikan aku satu kertas.

Kertas itu diambil lalu terus aku baca. Terbeliak besar mata aku melihat pasangan yang telah ditetapkan dalam kertas.

Aku akan pasangan sama Perth.

Seriuslah! Budak tu.

Mata aku membaca sekali lagi maklumat kertas itu untuk mendapat kepastian. Dan jawapannya tetap sama. Aku memang pasangan dengan budak itu.

Senyuman nipis hadir di bibir aku. Inilah masanya untuk aku bongkarkan semua rahsia yang tersembunyi.

Aku yakin sangat budak lelaki ini ada kena-mengena dengan smeua yang sudah tersorok selama ini.

Jikalau aku dapat rapat dengan dia, maksudnya aku ada peluang untuk bercakap dengannya.

Ini memang peluang keemasan. Aku tak boleh lepaskan.

.
.
.
.
.

Selepas Claire keluar dari kelas itu, Rechel terus menarik tangan Ian pergi ke satu tangga yang sunyi. Tiada sesiapa yang lalu tempat itu kerana ianya hanyalah ada jalan mati.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now