cp 113

798 68 0
                                    

Kepala aku automatik menoleh ke arah suara itu. Akhirnya datang juga dua orang ini.

Nak tahu siapa.

Siapa lagi kalau bukan ayah sebenar aku, encik Darren dan adik tiri aku, Perth.

Macam mana mereka boleh ada sini?

Kalau nak tahu, aku memaksa Karl untuk memanggil dua orang ini ke sini berjumpa dengan aku sebagai tanda minta maaf dia. Memang pada awalnya Karl tidak bersetuju namun setelah bergaduh mulut dengan aku, dia pun setuju.

"Papa gembira kamu mahu berjumpa dengan papa," lelaki itu mula duduk di hadapan bersama Perth.

Muka lelaki itu tersenyum pelat. Aku tahu mesti dia masih berfikir aku masih lagi memarahinya.

Manakala Perth pula hanya duduk diam. Mungkin dia ada benda yang mahu dia katanya kepada aku. Sebab itulah dia diak seperti sedang berfikir itu.

"Papa dengar ingatan kamu sudah kembali, betul ke?"

Aku mengangguk kepala. Tak tahu kenapa mulut aku masih terasa berat mahu bersuara.

"Papa tahu kamu masih belum maafkan papa tapi papa harap kamu boleh maafkan papa," sayu suara lelaki itu.

Aku mengetap bibir aku. Meja bulat di hadapan aku dari tadi menjadi sasaran mata aku. Aku tidak berani menatap lelaki di hadapan aku ini.

Tidak tahu sama aku takut ataupun aku berasa bersalah. Katanya tadi memang selalu keluar dari mulitnya tetapi entah kali ini kata itu seperti menusuk hati aku inim

"Claire, sebenarnya nak minta maaf." Kata aku tanpa memandang mata mereka.

Perasaan gerun kuat di hati aku ini. Memang meminta maaf akan terasa begini ke?

"Kakak minta maaf untuk apa? Kakak tak salah apa-apa pun," Perth membalas kata aku.

"Kakak minta maaf sebab sikap kakak selama ni. Kakak tahu mesti kanu fikir kakak kejam sebab tak maafkan papa."

Budak itu terdiam. Aku faham kenapa dia begitu. Siapa sahaja tidak fikir aku kejam. Aku sorokkan kenyataan tentang aku keluar dari keluarga itu daripada pengetahuan dia dan aku juga tidak dapat maafkan ayah aku sendiri setelah bermacam-macam cara dia lakukan.

"Claire," aku mengangkat muka aku.

"Kamu tak salah. Papa yang sebenarnya salah. Papa buang kamu dari keluarga tanpa soal siasat. Papa terlalu bodoh percayakan perempuan tu," lembut suaranya seperti memujuk aku.

"Tapi Claire sudah buat macam-macam pada papa. Claire memang sudah jadi anak yang kurang hajar," aku membangkang kata lelaki itu tadi.

Kalau difikirkan aku memang sudah terlalu kurang hajar kepada lelaki ini. Aku tidak mengngaku dirinya sebagai ayah aku dan telah berhaduh dengannya di hadapan makam ibu aku sendiri.

"Papa tak pernah anggap kamu kurang hajar. Bagi papa kamu adalah anak yang membanggakan. Malah papa yang sepatutnya berasa malu sekarang kerana telah buat kamu begini sekarang."

"Kakak, Perth pun faham perasaan kakak. Tapi Perth setuju dengan papa. Walaupun kakak seperti itu dahulu, tak semestinya kakak yang bersalah sepenuhnya. Kami pun ada buat salah pada kakak."

Mata aku memandang ke arah adik tiri aku itu. Riak wajahnya seperti memaksudkan kata tadi. Tetapi kenapa hati aku terasa sangat bersalah sekarang.

"Kakak dah tinggalkan kamu tanpa beritahu perkara sebenar pun kamu masih ke dapat maafkan kakak? Kakak sudah banyak berdosa pada kamu," ucap diriku.

"Perth yang sebenarnya patut minta maaf pada kakak. Perth sudah berkasar pada kakak tanpa tahu cerita sebenar. Kali ini Perth memang bersalah."

Aku terdiam sejenak. Apa semua ini? Bukankah aku yang bersalah kerana menjadi orang penyebab semua kalau-bilau ini terjadi.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now