cp 64

782 93 0
                                    

Rechel dan Ian duduk di bangku yang berdekatan dengan tasik di sekolah itu. Sejak kejadian semalam, Claire langsung tidak menegur mereka. Malah apabila Rechel cuba menegurnya, gadis itu hanya hiraukan. Dia umpama Claire diwaktu pertama kali mereka kenal.

Rechel dan Ian masih keliru dengan benda yang terjadi semalam. Mereka tidak sama ada perkara yang dikatakan oleh perempuan itu betul atau salah.

Mereja mahu bertanya tapi tidak dapat kerana Claire tidak menghiraukan mereka lagi. Rechel yang selama ini rapat dengan Claire pun sudah dihiraukan dan semua itu membuat Rechel stress.

Dia tidak pernah stress pasal benda itu selama ini tapi entah kenapa dia sangat stress bila Claire tidak mahu melayannya lagi.

"Kau okay tak?" Soal Ian yang sakit melihat Rechel yang sudah seperti orang tidak betul itu.

"Tak!"

Ian mengeluh melihat kawan kecilnya itu. Dia tahu mesti Rechel risaukan Claire. Dia juga sebenarnya risaukan Claire juga. Claire adalah kawan perempuan kedua dia jadi memang risau jugalah lelaki.

Cerita yang dikeluarkan oleh perempuan semalam masih lagi bermain dikepala mereka berdua. Tidak tahu sahih atau tidak cerita itu.

Kalaulah benar cerita itu, mereka mahu mendengar penjelasan Claire kenapa dia buat begitu. Mereka tahu Claire bukan seperti orang lain. Dia tidak akan buat hal kalau orang tidak cari pasal dengan dia.

Personaliti Claire juga seberna bagus walaupun dia jenis yang dingin sedikit dan mustahil dia akan melakukan semua itu tanpa alasan yang kukuh.

"Kau rasa betul ke Claire buat semua tu?" Rechel menyoal pula.

"Aku tak tahu. Kalau betul pun dia buat mesti ada sebab."

Rechel mengeluh. Rambutnya diselak kasar olehnya sampaikan rambut itu tidak terurus lagi.

Kepala dia memang sakit.

Sakit memikirkan perkara itu.

"Ma-maafkan saya," satu suara datang dari arah belakang mereka berdua.

Ian dan Rechel meboleh ke belakang dan kelihatan seorang budak perempuan berdiri menatap muka mereka berdua.

Budak itu adalah budak yang tahu akan kehadiran Claire di dewan itu semalam.

"Kenapa?" Soal Ian.

Budak perempuan itu menelan air liurnya lalu berjalan ke hadapan Rechel dan Ian. Mukanya kelihatan sedikit takut. Namun dia tetap mahu teruskan niatnya.

"Sa-saya datang sini nak beritahu kakak dan abang sesuatu," katanya.

Rechel dan Ian saling memandang dengan muka yang tertanya.

"Apa dia?" Tanya Rechel.

"Apa yang dikata oleh kakak Leyna dan kakak Grace semalam memang betul."

Terbuka besar mata Rechel apabila mendengar kata budak itu. Jadi selama dia ada lah di situ semasa kejadian itu berlaku.

"Hah! Kena-"

"Tapi kakak Claire buat semua itu bersebab," sambungnya lagi memotong ayat Rechel.

Rechel terhenti daripada menanya soalannya tadi. Mata dia menoleh ke arah Ian yang duduk disebelahnya. Mereka berdua memang tidak faham akan situasi kini.

"Boleh tak kamu ceritakan semua yang terjadi pada Claire masa dia sekolah dekat sini," pinta Ian.

Budak itu megangguk tanda setuju. Dia memulakan ceritanya tentang kejadian 2 tahun lepas.

Daripada kisah Maria sehingga bagaimana perempuan itu keluar dari sekolah ini. Dia juga mencerita bagaimana sikap Claire ketika itu.

Hampir semua kisah yang berlaku pada Claire diceritakan olehnya kepada Rechel dan Ian. Mereka berdua yang mendengar cerita itu pun naik turun sahaja perasan mereka apabila tahu Claire itu sebenarnya dikhianati oleh orang yang paling dia percaya.

Mereka tidak sangka semua itu menimpa diri Claire. Memang patut dulu dia sangat sukar untuk berkawan dengan Rechel. Semua itu atas sebab kejadian masa lalunya.

"Jadi kakak dan abang janganlah bencikan kakak Claire. Dia buat semua itu memang bersebab," dia menamatkan ceritanya.

"Kenapa kamu ceritakan pasal ni pada kami?" Ian menyoal.

"Sebenarnya lepas kes itu kakak Claire sudah tak nak senyum lagi. Walaupun hubungan saya dengan dia baik tapi saya tak pernah lihat tersenyum. Dan bila dia pindah pun kami masih lagi tak dapat lihat dia tersenyum lagi. Tapi semalam, semasa saya jumpa dia, saya tengok dia tersenyum lihat kami semua. Itulah kali pertama dia lihat dia tersenyum selepas kes tu."

Rechel dan Ian saling memandang. Rasa kesian mula timbul di dalam mereka.

"Saya fikir mungkin dia mula tersenyum bila dia pindah ke sekolah baru dan berjumpa dengan kakak dan abang. Jadi tolonglah jangan benci dia dan jadilah kawan dia sekali lagi. Walaupun saya bukan dia tapi saya nak sangat dia tersenyum seperti dulu. Saya rindukan kakak Claire yang dahulu," tambahnya lagi.

Dia amat memohon kepada Rechel dan Ian itu. Memang suci betul niat dia mahu menolong Claire walaupun dia bukanlah siapa-siapa pada Claire.

Rechel dan Ian memandang kesian pada budak itu. Rechel berdiri lalu memupuk bahu budak itu. Muka budak itu diangkat melihat Rechel.

"Kami tak akan tinggalkan dia. Kami bukan macam kawan lama dia dan kami tak akan pernah khianati dia. Claire tu adalah kawan terbaik bagi saya walaupun dia selalu tak layan saya. Tapi sebab itu lah saya suka berkawan dengan dia. Dia selalu jujur dan tak pernah fikir hendak gunakan saya."

Sudah semestinya mereka akan terus menjadi kawan Claire. Bagi mereka Claire itu umpama permata yang susah nak dapat tapi amat berharga  apabila dapatkannya.

Walaupun dia selalu begitu tapi dia selalu bersinar dalam permainan violin. Dan itulah yang membuat mereka mahu berkawan dengannya agar dia boleh bersinar lagi. Bukan sahaja di atas pentas tapi di luar pentas. Dia patut bersinar.

Budak tadi tersenyum lalu dia meminta kebenaran untuk pergi dari situ. Memang untung dia katakan semau itu. Kalau tidak sudah semestinya sampai kini Rechel dan Ian tidak akan tahu.

"Rechel, tu bukan Claire ke?" Ian menunjukkan ke arah seseorang yang baru keluar dari bangunan asrama tidak jauh dari mereka.

Rechel melihat sosok perempuan itu lalu terus dia menarik tangan dan dia berlari menuju je arah perempuan itu.

Dia harus bertemu dengan Claire sekarang untuk menyelesaikan masalah mereka. Takut nanti mereka sudah tidak ada peluang dan semuanya akan jadi terlambat.

Rechel tidak mahu kehilangan kawan seperti Claire karena dia tahu Claire itu seorang gadis yang susah dia jadikan sebagai kawan.

Claire yang bermuka beku itu keluar dari bangunan itu langsung tidak perasan akan kehadiran Rechel dan Ian yang berlari ke arahnya. Di otaknya kini mungkin sudah terlalu banyak benda yang dia fikirkan.

Bukan sahaja tentang pertandingan di akhir program ini malah tentang kawannya dulu pun ada. Dia tidak tahu kenapa dia hendak kisahkan benda itu walaupun sudah lama berlaku. Dia tidak menyesal pun berbuat begitu.

"Claire!"

Lupa nak beritahu nama budak perempuan tu Iris

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lupa nak beritahu nama budak perempuan tu Iris.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now